Owners manual
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan
telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan memandu.
• Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
• Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat dan
menjawab panggilan jika keadaan memandu memerlukan.
• Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di
dalam kenderaan bermotor anda seperti stereo kereta,
kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi dengan Beg udara, jangan
letakkan barang-barang termasuk sama ada kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ini boleh
menyebabkan kecederaan serius jika tidak berfungsi dengan
betul.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Ikut
sekatan-sekatan, dan patuhi sebarang undang-undang atau
peraturan.
Persekitaran Boleh Meletup
• Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar.
Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas atau cecair mudah terbakar,
atau bahan letupan di dalam petak simpanan kenderaan anda,
yang mengandungi telefon bimbit anda dan aksesori-
aksesorinya.
Di Dalam Pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
6
Garis Panduan bagi Penggunaan
yang Selamat dan Cekap