Owners manual

3
Garis Panduan bagi Penggunaan
yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin
merbahaya atau salah di sisi undang-undang. Maklumat terperinci
lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
Pendedahan kepada Tenaga Frekuensi Radio
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model G1600 ini telah direka bentuk supaya
mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi
pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi semua
orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
• Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang radio
ini menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR.
Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR
bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka bentuk
supaya memenuhi garis panduan relevan bagi pendedahan
kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing
Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh
DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 1.120 W/kg (10g).
• Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah
mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik
dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics Engineers)
(IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu
(misalnya Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Taiwan).