SCF358 Manual pengguna
Kandungan Penting �������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������� 3 Pengenalan ������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������ 6 Perihalan umum ��������������������������������������������������������������������������������������������������������������� 7 Gambaran keseluruhan produk ������������������������������������������������������������������������
Penting Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan masa hadapan. Bahaya - Jangan rendamkan kord, palam atau perkakas di dalam air atau cecair lain. Amaran - Gunakan perkakas di dalam rumah sahaja. - Jangan biarkan kord kuasa terjuntai dari tepi meja atau permukaan ruang kerja. Simpan lebihan kord di dalam tapak pemanas botol. - Jauhkan kord kuasa dari permukaan yang panas. - Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang dibumikan.
- - - Perkakas ini boleh digunakan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan jika mereka diberi pengawasan dan arahan berkenaan penggunaan perkakas secara selamat dan memahami bahaya yang mungkin berlaku. Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas jika mereka telah diberikan pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami bahaya yang mungkin berlaku.
- Apabila makanan atau susu mencapai suhu yang diperlukan, keluarkan botol atau bekas daripada pemanas botol. Jika anda meninggalkan makanan atau susu di dalam pemanas botol, suhu makanan atau susu akan meningkat. Awas - Perkakas ini bertujuan untuk digunakan di dalam rumah dan penggunaan yang serupa seperti rumah ladang, persekitaran jenis inap sarapan, kawasan dapur kakitangan di kedai, di pejabat dan di persekitaran kerja lain dan oleh pelanggan di hotel, motel dan jenis persekitaran perumahan lain.
Pengenalan Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips Avent! Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips Avent, daftar produk anda di www.philips.com/welcome. Melalui pemanas botol ini, anda boleh memanaskan dan menyahfros susu di dalam botol susu Philips Avent dan jenama biasa yang lain serta makanan bayi di dalam bekas dengan selamat. Pemanas botol ini direka bentuk untuk memanaskan susu dengan cara yang lembut.
Perihalan umum Gambaran keseluruhan produk A F B E D C A Pemanas botol D Tetapan simpan panas/nyahfros B Penanda kemajuan E Tetapan jumlah susu C Tetapan pemanasan makanan bayi F Butang hidup/mati -7-
Penerangan tetapan Jumlah susu Pemanasan makanan bayi Simpan panas/nyahfros • Pilih tetapan ini untuk memanaskan susu pada suhu bilik atau suhu peti sejuk. • Pilih jumlah susu yang anda panaskan. Anda boleh menetapkan jumlah dari 30 ml / 1 oz hingga 330 ml / 11 oz. Pemanas botol memanaskan susu kepada suhu yang diinginkan. Susu sedia untuk diminum apabila seluruh penanda kemajuan menyala. Jika anda mahukan susu yang lebih panas, simpan botol di dalam perkakas sehingga mencapai suhu yang diinginkan.
Apabila seluruh penanda kemajuan dihidupkan tetapi tidak berkelip, susu sedia untuk dihidangkan. Beri anak anda susu selepas dipanaskan. Jangan panaskan semula susu setelah menjadi sejuk kerana bakteria mungkin mula terbentuk. Untuk makanan bayi, oleh sebab kelikatan makanan bayi adalah berbeza-beza, perkakas tidak dapat mengesan tempoh masa makanan bayi yang diperlukan untuk dipanaskan secara tepat.
4 5 Apabila seluruh penanda kemajuan berkelip secara berterusan, susu sedia untuk diminum dan pemanas botol akan beralih kepada mod simpan panas secara automatik. Pemanas botol akan dimatikan secara automatik selepas kira-kira 60 minit, termasuk masa pemanasan. Penanda kemajuan akan dimatikan. 60 min Petua • Jika anda mahu susu yang lebih panas, simpan botol di dalam perkakas sehingga mencapai suhu yang diinginkan selepas seluruh penanda kemajuan menyala.
Beri anak anda susu Tekan butang mati/hidup untuk mematikan perkakas dan keluarkan botol susu. Nota • Jika anda menggunakan botol susu kecil seperti botol susu 60 ml/2 oz, berhati-hati dengan air panas semasa anda mengeluarkan botol. Periksa suhu susu sebelum anda menyusukan bayi. Goncang botol secara perlahan-lahan dan periksa dengan menitiskan sedikit susu pada bahagian dalam pergelangan lengan anda. Selepas setiap penggunaan, cabut palam pemanas botol dan biarkan perkakas menyejuk.
Gunakan pemanas botol dengan segera untuk sebotol lagi susu Jika anda mahu memanaskan sebotol lagi susu, biarkan pemanas botol menjadi sejuk. Untuk menyegerakan penyejukan, isikan semula air sejuk segar ke dalam pemanas botol. Apabila anda menghidupkan pemanas botol, penanda kemajuan akan berkelip secara perlahan-lahan untuk menandakan bahawa perkakas tersebut akan dipanaskan sekali lagi.
3 Penanda kemajuan akan berkelip untuk menandakan bahawa pemanas berada dalam proses pemanasan. 4 Apabila seluruh penanda kemajuan berkelip secara berterusan, susu sedia untuk diminum dan pemanas botol akan beralih kepada mod simpan panas secara automatik. 5 Pemanas botol akan dimatikan secara automatik selepas kira-kira 60 minit, termasuk masa pemanasan. Penanda kemajuan akan dimatikan. 60 min Panaskan makanan bayi 1 Letakkan bekas makanan bayi di dalam pemanas botol.
2 Pilih tetapan pemanasan makanan bayi dan tekan butang mati/hidup untuk menghidupkan pemanas. 3 Penanda kemajuan akan berkelip untuk menandakan bahawa pemanas berada dalam proses pemanasan. 4 Oleh sebab kelikatan makanan bayi adalah berbeza-beza, perkakas tidak dapat mengesan tempoh masa makanan bayi yang diperlukan untuk dipanaskan secara tepat. Kacau makanan bayi semasa balang atau bekas berada di dalam pemanas botol. Untuk mendapatkan hasil optimum, periksa suhu semasa makanan dipanaskan.
Beri anak anda makanan bayi Tekan butang mati/hidup untuk mematikan perkakas dan keluarkan bekas atau balang makanan. Sentiasa periksa suhu makanan bayi sebelum anda menyuapkan makanan kepada bayi. Kacau makanan bayi secara perlahan-lahan di dalam bekas atau balang dan rasa makanan untuk memastikan suhu tidak terlalu panas.
2 Pilih tetapan simpan panas/nyahfros dan tekan butang mati/hidup untuk menghidupkan pemanas. 3 Penanda kemajuan akan berkelip untuk menandakan susu sedang dipanaskan. 4 Apabila seluruh penanda kemajuan berkelip secara berterusan, susu sedia untuk diminum dan pemanas botol akan mengekalkan susu pada suhu ini. 5 Pemanas botol akan dimatikan secara automatik selepas kira-kira 60 minit, termasuk masa pemanasan. Penanda kemajuan akan dimatikan.
Nyahfros susu Dengan tetapan ini, sensor terbina dalam melaraskan corak pemanasan untuk mengekalkan kepanasan atau nyahfros. Jika anda memasukkan susu beku, pemanas botol akan mencairkan susu, kemudian memanaskan susu kepada suhu yang sesuai. Anda boleh menyahfros susu dari 30 ml/ 1 oz hingga 180 ml/ 6 oz. 1 Letakkan botol di dalam pemanas botol. Isikan air minuman ke dalam pemanas sehingga paras susu. Jika jumlah susu banyak, isikan air sehingga kira-kira 1 cm di bawah bahagian atas pemanas botol.
Nota • Contohnya, untuk menyahfros dan memanaskan botol susu beku 60 ml/2 oz akan mengambil masa 45 minit. Proses nyahfros dan pemanasan mungkin mengambil masa yang lebih lama atau lebih singkat bergantung pada jumlah susu dan bahan bekas. 5 Pemanas botol akan dimatikan secara automatik selepas kira-kira 60 minit, termasuk masa nyahfros dan pemanasan. Penanda kemajuan akan dimatikan.
3 4 Penanda kemajuan akan berkelip untuk menandakan makanan bayi sedang dinyahfros. Oleh sebab kelikatan makanan bayi yang beku adalah berbeza-beza, perkakas tidak dapat mengesan tempoh nyahfros tepat yang diperlukan. Kacau makanan bayi apabila makanan bayi mula dinyahfros. Berhati-hati agar jari anda tidak melecur semasa memegang bekas atau balang sewaktu mengacau makanan. Nota • Contohnya, untuk menyahfros balang makanan bayi beku 180 ml/6 oz akan mengambil masa 60 minit.
Nota • Pastikan pemanas botol dimatikan sebelum memutar tombol kepada tetapan makanan bayi. Jika tidak, tetapan makanan bayi tidak boleh dihidupkan. 7 8 Penanda kemajuan akan berkelip untuk menandakan makanan bayi sedang dipanaskan. Oleh sebab kelikatan makanan bayi berbeza-beza, perkakas tidak dapat mengesan tempoh pemanasan tepat yang diperlukan. Kacau makanan bayi semasa dipanaskan. Untuk mendapatkan hasil optimum, periksa suhu semasa makanan dipanaskan.
Membersihkan dan menyahkerak Pembersihan 1 2 Cabut palam dan biarkan pemanas menjadi sejuk. 3 Lap dengan kain lembap. » Jangan gunakan pelarut pelelas, agen pembersihan anti bakteria, pelarut kimia atau alat tajam untuk membersihkan pemanas botol. Tuang air dari bahagian sisi dan bukannya ke hadapan atau ke belakang untuk mengelakkan air tertumpah pada tombol atau palam kuasa.
Menyahkerak Anda disyorkan untuk menyahkerak pemanas botol setiap empat minggu untuk memastikan pemanas terus berfungsi dengan cekap. Untuk menyahkerak pemanas botol, campurkan 60 ml/2 oz cuka putih dengan 120 ml/4 oz air sejuk. Hidupkan pemanas dan pilih tetapan pemanasan susu untuk kandungan kurang daripada 180 ml/6 oz dan biarkan perkakas beroperasi selama 10 minit. Biarkan larutan itu di dalam pemanas botol sehingga semua kerak larut.
Menyelesaikan masalah Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi dengan perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda. Masalah Selepas anda menghidupkan pemanas botol, seluruh penanda kemajuan berkelip dengan pantas, kemudian dimatikan. Sebab • Suhu air di dalam pemanas botol terlalu panas atau terlalu sejuk. • Perlindungan didih kering diaktifkan. Penyelesaian • Matikan pemanas dan cabut palam.
Masalah Sebab Susu masih sejuk. • Anda mungkin telah memilih tetapan yang salah, menggunakan botol silikon atau mengisikan air suam ke dalam pemanas botol. • Anda mungkin tidak mengisikan air yang mencukupi di dalam pemanas botol. • Anda mungkin telah meletakkan botol di dalam pemanas botol selepas menghidupkan pemanas botol. Penyelesaian • Letakkan botol di dalam pemanas botol. Isikan air segar bersuhu bilik ke dalam pemanas botol. Isi pemanas botol dengan air hingga paras susu.
© 2023 Koninklijke Philips N.V. Semua hak terpelihara.