User manual

BM 187
Bahasa MelayuGlosari
10 Glosari
Nisbah aspek
Nisbah aspek merujuk kepada nisbah panjang ke
ketinggian skrin TV. Nisbah standard TV adalah
4:3, sementara nisbah TV de nisi tinggi atau
lebar adalah 16:9. Kotak huruf membenarkan
anda untuk menikmati gambar dengan perspektif
lebih lebar pada skrin standard 4:3.
DivX
Kod DivX adalah teknologi pemampatan video
berasaskan MPEG-4 yang dilindungi paten yang
masih menunggu kelulusan, dibangunkan oleh
DivX Networks, Inc., yang boleh mengecilkan
video digital menjadi saiz yang cukup kecil untuk
dihantar melalui internet, sementara
mengekalkan kualiti visual yang tinggi.
Dolby Digital
Sistem bunyi surround yang dibangunkan oleh
Dolby Laboratories mengandungi sehingga
enam saluran audio digital (hadapan kiri dan
kanan, surround kiri dan kanan, tengah dan
subwufer).
HDMI
Antara Muka Multimedia De nisi Tinggi (HDMI)
adalah antara muka digital kelajuan tinggi yang
boleh memindahkan video de nisi tinggi dan
audio berbilang saluran digital yang tidak
dimampatkan. Ia menghantar gambar dan kualiti
bunyi yang sempurna, dilengkapkan dengan
bebas daripada hingar. HDMI adalah serasi-
undur sepenuhnya dengan DVI.
Seperti yang diperlukan oleh standard HDMI,
menyambungkan ke produk HDMI atau DVI
tanpa HDCP (Perlindungan Kandungan Digital
Jalur Lebar Tinggi) akan menyebabkan tiada
output Video atau Audio.
HDCP
Perlindungan Kandungan Digital lebar jalur Tinggi
adalah spesi kasi yang menyediakan
penghantaran kandungan digital dengan selamat
antara peranti yang berlainan (untuk
mengelakkan hak cipta yang tidak dibenarkan).
JPEG
Format gambar pegun digital yang biasa. Sistem
mampat data gambar pegun yang dicadangkan
oleh Joint Photographic Expert Group, yang
menonjolkan pengurangan kualiti imej yang
sedikit walaupun nisbah mampatannya tinggi.
Fail dikenal pasti oleh sambungan fail mereka
‘JPG atau JPEG’.
MP3
Format fail dengan sistem mampatan data bunyi.
‘MP3’ adalah singkatan bagi Motion Picture
Experts Group 1 (atau MPEG-1) Audio Layer3.
Dengan menggunakan format MP3, satu CD-R
atau CD-RW boleh mengandungi kira-kira 10
kali lebih banyak data berbanding CD biasa. Fail
dikenali dengan lanjutan failnya ‘.MP3’.
MPEG
Kumpulan Pakar Gambar Filem. Koleksi sistem
mampat bagi audio digital dan video.
PBC
Kawalan Main Balik. Sistem menavigasi Video
CD/Super VCD melalui menu pada skrin yang
dirakamkan pada cakera. Anda boleh menikmati
main semula yang interaktif dan mencari.
PCM
Modulasi Kod Denyutan. Sistem pengekodan
audio digital.
Imbas Progresif
Imbas progresif memaparkan dua kali ganda
bilangan rangka setiap saat berbanding sistem
TV biasa. Ia menawarkan resolusi dan kualiti
gambar yang tinggi.
WMA
Windows Media™ Audio. Merujuk kepada
teknologi mampat audio yang telah dibangunkan
oleh Microsoft Corporation. Data WMA boleh
dikodkan dengan menggunakan Windows
Media Player versi 9 atau Windows Media
Player untuk Windows XP. Fail dikenali dengan
lanjutan failnya WMA’.