User manual

144 BM
Notis kitar semula
Kelengkapan elektronik ini mengandungi
bilangan bahan yang banyak yang boleh dikitar
semula atau digunakan semula jika dibuka oleh
syarikat khusus. Jika anda melupuskan mesin
lama, sila bawakannya ke pusat kitar semula. Sila
amalkan peraturan tempatan mengenai
pelupusan bahan pembungkusan, bateri lama
dan kelengkapan tua.
Notis hak cipta
Produk ini menggabungkan teknologi
perlindungan hak cipta yang dilindungi oleh
tuntutan kaedah beberapa paten dan lain-lain
hak harta intelektual yang dimiliki oleh
Macrovision Corporation dan pemilik hak yang
lain. Penggunaan teknologi perlindungan hak
cipta mesti mendapat kebenaran daripada
Macrovision Corporation, dan dimaksudkan
untuk penggunaan tontonan di rumah dan lain-
lain tempat yang terhad sahaja melainkan
dibenarkan oleh Macrovision Corporatio.
Kejuruteraan terbalik atau membuka
pemasangan adalah dilarang.
1 Penting
Notis Keselamatan penting
Amaran!
Risiko kebakaran atau kejutan elektrik!
Pastikan udara dapat mengalir dengan baik melalui
lubang alih udara pada unit ini. Beri kelejaan
sekurang-kurangnya 5~10 cm di sekeliling unit ini.
Jangan dedahkan unit ini kepada cahaya matahari
langsung, nyalaan terdedah atau haba.
Jangan letak unit ini pada kelengkapan elektrik yang
lain.
Jauhkan dari anda daripada unit ini semasa ribut kilat.
Jangan keluarkan sarung kes ini. Harap biarkan semua
kerja penyenggaraan dibuat oleh kakitangan yang
berkelayakan.
Jauhkan unit ini daripada air, kelembapan dan objek
yang berisi air.
Awas!
Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau jika
kawalan jauh tidak akan digunakan buat tempoh masa
yang lama.
Jangan campurkan bateri (lama dan baru atau karbon
dan alkali, dll.).
Bateri mengandungi bahan kimia, mereka harus
dilupuskan dengan betul.
Sinaran laser boleh nampak dan sinaran laser tak
nampak apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada
pancaran.
Pastikan alur keluar kuasa sentiasa boleh dicapai. Jika
situasi yang tidak normal berlaku, putuskan bekalan
kuasa sepenuhnya (cabut plag kuasa dari alur keluar
kuasa).