User manual

BM 165
Bahasa MelayuMain
Akses menu DVD
1 Tekan DISC untuk mengakses menu utama
cakera.
2 Pilih pilihan mainan, kemudian tekan OK.
Dalam sesetengah menu, tekan butang
nombor untuk menginputkan pemilihan
anda.
Untuk kembali ke menu tajuk semasa
main balik, tekan TITLE.
Akses menu VCD atau menu
pratonton
PBC (Kawalan Main Balik) untuk VCD
dihidupkan secara lalai di kilang. Sebaik sahaja
anda memuatkan VCD, menu kandungan
dipaparkan.
1 Tekan vV untuk memilih pilihan mainan,
kemudian tekan OK untuk memulakan
mainan.
Jika PBC mati, ia melangkau menu dan
mula bermain dari tajuk pertama.
Semasa main, anda boleh menekan
BACK untuk kembali ke menu (jika
mod PBC dihidupkan).
Petua
Tetapan lalai untuk PBC dihidupkan. Untuk menukar
tetapan lalai, lihat bab ‘Laraskan tetapan’ - [ Tetapan
Pilihan ] > [ PBC ] untuk mendapatkan butiran.
Segerakkan output audio dengan
mainan video
Jika mainan video lebih perlahan daripada
output audio (bunyi tidak sepadan dengan
gambar), anda boleh menundakan output audio
supaya sepadan dengan video.
1 Tekan dan tahan AUDIO SYNC sehingga
‘AUDIO SYNC XXX’ dipaparkan.
‘XXX’ menandakan masa tunda.
2 Dalam masa lima saat, tekan VOL +-
untuk menetapkan masa tunda untuk
output audio.
Catatan
Jika kawalan kelantangan tidak digunakan dalam masa
lima saat, ia akan menyambung semula fungsi kawalan
kelantangan biasa.