User Manual

Table Of Contents
Ikon
amaran
Penyelesaian
Lampu semua ikon amaran berkelip.
Tetapkan semula mesin dengan mencabut palam dan menyambung kembali palam.
Sebelum menghidupkan mesin, ikuti langkah-langkah ini:
-
Tanggalkan penuras air AquaClean daripada tangki air.
-
Letakkan tangki air kembali. Tolak masuk ke dalam mesin sejauh mungkin untuk
memastikan alat berada dalam kedudukan yang betul.
-
Buka penutup bekas kopi siap dikisar dan periksa untuk memastikan sama ada
bekas tersumbat dengan serbuk kopi. Untuk membersihkan, masukkan tangkai
sudu ke dalam bekas kopi siap dikisar dan gerakkan tangkai ini ke atas dan
bawah sehingga serbuk kopi yang tersumbat jatuh ke bawah (Raj. 25).
Tanggalkan kumpulan bru dan keluarkan semua serbuk kopi yang telah jatuh ke
bawah. Letakkan kumpulan bru kembali.
-
Hidupkan mesin kembali.
Jika masalah diselesaikan penuras air AquaClean tidak disediakan dengan betul.
Sediakan penuras AquaClean sebelum meletakkan kembali dengan mengikuti
langkah 1 dan 2 dalam bab 'Mengaktifkan penuras air AquaClean (5 min).
Jika lampu terus berkelip, mesin mungkin terlampau panas. Matikan mesin, tunggu
30 minit dan hidupkan kembali. Jika lampu masih berkelip, hubungi Pusat Khidmat
Pengguna di negara anda. Untuk mendapatkan butiran hubungan, lihat risalah
waranti antarabangsa.
Jadual penyelesai masalah
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang anda mungkin alami dengan mesin ini.
Video sokongan dan senarai soalan lazim lengkap boleh didapati di www.philips.com/coffee-care
Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan, hubungi Pusat Layanan Pelanggan di
negara anda. Untuk mendapatkan butiran hubungan, lihat risalah waranti.
Masalah
Sebab Penyelesaian
Dulang titis penuh
dengan cepat.
Ini perkara biasa. Mesin ini
menggunakan air untuk
membilas litar dalaman dan
kumpulan bru. Sesetengah air
mengalir melalui sistem
dalaman terus ke dalam dulang
titis.
Kosongkan dulang titis setiap hari atau
sebaik sahaja penunjuk 'dulang titis
penuh' merah muncul melalui penutup
dulang titis. Petua: Letakkan cawan di
bawah muncung pendispens untuk
mengumpul air bilasan.
Lampu "kosongkan
bekas serbuk kopi" terus
menyala.
Anda telah mengosongkan
bekas serbuk kopi sementara
mesin dimatikan.
Sentiasa kosongkan bekas serbuk kopi
sementara mesin dihidupkan.
Tanggalkan bekas serbuk kopi, tunggu 5
saat dan kemudian masukkan kembali.
Mesin ini menggesa
supaya mengosongkan
bekas serbuk kopi
meskipun bekas itu tidak
penuh.
Mesin ini tidak menetapkan
semula kaunter kali terakhir
anda mengosongkan bekas
serbuk kopi.
Sentiasa tunggu kira-kira 5 saat apabila
anda meletakkan kembali bekas serbuk
kopi. Dalam cara ini, kaunter serbuk kopi
akan ditetapkan semula kepada sifar.
41
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu