User Manual

Table Of Contents
Membersihkan LatteGo (bekas susu)
Pembersihan LatteGo selepas setiap penggunaan
1 Tanggalkan LatteGo daripada mesin (Raj. 32).
2 Tuang apa-apa susu yang masih tinggal.
3 Tekan butang lepas dan keluarkan bekas susu daripada rangka LatteGo (Raj. 33).
4 Bersihkan semua bahagian di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk atau di bawah pili dengan air
suam dan sedikit cecair pencuci.
Bersihkan pembusa susu klasik
Bersihkan pembusa susu klasik selepas setiap kali digunakan
Bersihkan pembusa susu selepas setiap kali anda menggunakann untuk tujuan kebersihan dan untuk
mengelak pengumpulan sisa susu.
1 Letakkan cawan di bawah pembusa susu.
2 Ketik ikon stim dan tekan butang mula/henti
untuk memulakan pengeluaran stim dan untuk
menanggalkan apa-apa susu yang masih tinggal di dalam pembusa susu.
3 Untuk berhenti mendispens stim selepas beberapa saat, tekan butang
mula/henti sekali lagi.
4 Bersihkan pembusa susu dengan kain lembap.
Pembersihan harian pembusa susu klasik
1 Biarkan pembusa susu menjadi sejuk sepenuhnya.
2 Sengetkan pembusa susu ke kiri (Raj. 34) dan tanggalkan kedua-dua bahagian logam dan
bahagian (Raj. 35) silikon.
3 Rungkas kedua-dua bahagian (Raj. 36) dan bilas dengan air segar atau bersihkan dalam mesin
basuh pinggan mangkuk.
4 Pasangkan semula kedua-dua bahagian pembusa susu dan pasang semula pembusa susu ini
pada mesin.
Penuras air AquaClean
Penuras air AquaClean boleh diletakkan ke dalam tangki air untuk mengekalkan rasa kopi anda. Ini
juga mengurangkan keperluan untuk menyahkerak dengan mengurangkan pengumpulan kerak pada
mesin anda.
Ikon dan lampu AquaClean
Mesin anda dilengkapi lampu (Raj. 37) penuras air AquaClean untuk menunjukkan status penuras
tersebut. Guna jadual di bawah untuk melihat tindakan apa yang diperlukan apabila lampu menyala
atau apabila lampu berkelip.
Semasa anda menggunakan mesin ini kali pertama, lampu AquaClean mula
berkelip dalam warna jingga. Ini menunjukkan bahawa anda boleh mula
menggunakan penuras air AquaClean. Jika anda tidak mengaktifkan penuras air
AquaClean, lampu akan padam secara automatik selepas beberapa ketika.
Setelah anda memasang penuras dan mengaktifkan penuras tersebut dengan ikon
AquaClean, lampu AquaClean bertukar menjadi biru untuk mengesahkan bahawa
penuras AquaClean aktif.
36
Bahasa Melayu