User Manual

3
Keterangan Produk
Melihatnya sebagai seorang saksi
Skan Progresif - gandakan garisan gambar yang kelihatan untuk resolusi yang lebih baik
Skan Digital 100Hz menghilangkan kerlipan dan getaran garisan untuk gambar yang seimbang
Monitor HDTV – HDTV adalah isyarat televisyen yang terkini dan terbaik yang boleh didapati
Optik Digital Acclearium™ memaksimumkan kualiti gambar pada semua input
Skrin Saphlon™ – gambar yang lebih baik dan tahan calar
Teknologi dipermudahkan
Kawalan Aktif mengukur isyarat untuk mengeluarkan gambar yang terbaik
Auto IntelliSense™ Focus – penumpuan automatik satu-sentuhan tiub CRT
APAC – Penggantian Automatik Penuaan Fosfor
Pengalaman Bunyi yang Kaya (Rich sound experience)
Virtual Dolby
®*
Surround – bunyi sekeliling tanpa tambahan speaker belakang
Keterangan Produk
Imbas Digital 100Hz
TV konvensional melahirkan gambar dengan mengimbas 50 kali sesaat (50Hz). Frekuensi ini dapat dikesan oleh mata manusia dalam
bentuk gambar medan berkerlipan. 100 Hz menetapkan imbasan 100 kali sesaat, menghilangkan medan berkerlipan.
Skan Progresif
Bingkai gambar mengandungi dua medan: medan yang mempunyai garisan ganjil (medan A) dan medan yang mempunyai garisan genap
(medan B). Selain daripada menghantar medan A ke skrin dahulu, diikuti medan B, medan A dan B ditulis pada satu masa. Dalam satu
saat, bayangan penuh terjadi dengan menggunakan resolusi maksimum. Pada kelajuan ini, mata manusia melihat satu gambar tajam tanpa
struktur garisan.
Monitor HDTV
Kemampuan Paparan HDTV (1080i). Monitor HDTV membolehkan anda menonton definisi tinggi atau definisi dipertingkatkan untuk
memprogram TV di dalam format isyarat 1080i atau 480p. Untuk melakukannya, TV mesti disambung melalui komponen video atau
input RGB ke kotak atas penetapan, yang ditetapkan untuk mengendalikan mod DTV. Isyarat DTV mesti ada di kawasan anda dan kotak
atas penetapan mesti ditala ke saluran yang betul. Antena luar atas-udara mungkin dikehendaki. Satu lagi pilihan adalah khidmat satelit
siaran HDTV. Realisme luarbiasa dalam kedua-dua gambar dan bunyi akan dihasilkan!
Optik Digital Acclearium™
CRT mikro fosfor Philips mempamerkan kemajuan optik untuk bayangan yang terang, lebih terperinci dan fosfor hijau yang
dipertingkatkan, yang menjadikan warna-warna yang terang, lebih asli. Lensa unjuran kacukan bertindak bersama-sama dengan setiap
CRT untuk memperbaiki fokus dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan optikal,menghilangkan herotan dan menjadikan gambar tajam
hingga ke pinggir skrin. Skrin “lenticular” mempunyai hampir satu pertiga kelangsingan yang lebih halus (.515mm) berbanding skrin
tradisional dalam memperbaiki butir-butir gambar dan resolusi. Amplifier Video Jalur Lebar Philips mengeluarkan lebar jalur yang paling
tinggi boleh dilihat dalam kelasnya - menjadikan ia lebih bererti dari segi butir-butir gambar dalam HD tulin.
Skrin Saphlon™
Teknologi skrin Saphlon™ diperbuat dengan bahan-bahan dan proses yang melahirkan lebih kecerahan dan kontras gambar. Ia
melindungi skrin daripada kebanyakan kesan calar dan tanda-tanda cap jari dan menghilangkan silau yang berkaitan dengan skrin
perlindungan berasingan.
Fokus Auto IntelliSense™
Penderia (sensor) di dalam TV mengimbas corak ujian yang telah ditetapkan lebih awal dan melaraskan semula isyarat pada CRT untuk
memastikan merah, hijau dan biru adalah sejajar.
Kawalan Aktif
Dengan lebih 3,000 penyesuaian gambar seminit, “sistem kawalan proaktif ” ini terus-menerus menganalisa kualiti isyarat video yang
masuk untuk Mengurangkan Bunyi Bising Dinamik serta ketajaman dan kemudian secara automatik memperbaikinya supaya menjadi
seperti penetapan yang telah anda pilih sebelum ini di menu gambar.
APAC
APAC direka untuk mengurangkan keberkesanan penahanan bayang daripada bayang tidak bergerak pada skrin. Ini adalah kerana kedua-
dua sumber analog (kabel TV dan DVD) dan sumber digital (HD dan skan progresif DVD) mempunyai berlainan nisbah bidang (4:3,
16:9, 21:9, dll), gambar pada televisyen digital mungkin mempunyai bar hitam di sisi atau atas dan bawah. Apabila bar hitam dikenalpasti
pada samada mod menonton 4:3 atau 16:9, APAC secara automatik mengalihkan gambar televisyen piksel-demi piksel, cukup untuk
melembutkan ketahanan bayang. APAC bertindak dalam kedua-dua mod analog dan digital, jadi ia memberikan perlindungan yang cukup
baik.
Kawalan Aktif dan APAC, adalah tanda niaga Elektronik Pelanggan Philips Amerika Utara. IntelliSense adalah tanda niaga berdaftar Elektronik
Pelanggan Philips Amerika Utara.
*Dikilang di bawah lesen daripada Makmal Dolby. “Dolby” dan simbol D-berganda adalah tanda-tanda niaga Makmal Dolby.