Owners manual
72
NOTA:
Pertama kali anda
membuka aplikasi Google
pada telefon anda, anda akan
diperlukan untuk mendaftar
masuk dengan akaun Google
sedia ada anda.
Google Maps™
Periksa lokasi semasa anda dan
keadaan trafik dan terima arahan
untuk ke destinasi anda. Telefon
anda hendaklah disambungkan
kepada Wi-Fi atau 3G/GPRS.
NOTA:
Google Maps tidak
meliputi semua bandar dan
negara.
Dengan kekunci Menu, anda
dapat memilih pilihan seperti
Search, Directions, Starred
Places, Clear Map, Join Latitude
(Cari, Arahan, Tempat Berbintang,
Kosongkan Peta, Sertai Latitude)
dan seterusnya.
Market™
Android Market™ membolehkan
anda memuat turun aplikasi
berguna serta permainan. Jika
anda memasang aplikasi dan
permainan daripada Google
Market, ia muncul dalam
menu LG-P990. Anda boleh
menandakan aplikasi yang dimuat
turun dengan mengetuk tab muat
turun.
Gmail™
Gmail dikonfigurasi ketika anda
pertama kali menyediakan telefon
anda. Bergantung pada tetapan
penyegerakan anda, Gmail secara
automatik disegerakkan pada
telefon anda dengan akaun Google
anda di web. Senarai perbualan
peti masuk adalah pandangan lalai
Gmail anda.
Aplikasi Google