Owners manual

13
Notis penting
Sila semak sama ada sebarang
masalah yang telah anda
hadapi dengan telefon anda ada
diterangkan dalam bahagian ini,
sebelum membawa telefon untuk
diservis atau memanggil wakil
servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang ada pada
memori telefon anda kurang
daripada 2%, telefon anda tidak
akan dapat menerima mesej baru.
Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan
sebahagian data seperti aplikasi
atau mesej untuk menjadikan lebih
banyak memori tersedia.
Untuk menguruskan aplikasi:
Pada skrin utama, sentuh tab
Aplikasi
dan pilih Tetepan
> Aplikasi > Uruskan
aplikasi.
1
Selepas semua aplikasi
muncul, tatal dan pilih aplikasi
yang hendak anda nyahpasang.
Ketik Buang pemasangan
(Nyahpasang) dan sentuh OK
untuk menyahpasang aplikasi
yang anda kehendaki.
2. Mengoptimumkan
hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat
bateri anda antara pengecasan
dengan mematikan ciri yang tidak
perlu anda jalankan sepanjang
masa di latar belakang. Anda juga
boleh mengawasi bagaimana
aplikasi dan sumber sistem
menggunakan kuasa bateri.
Untuk memanjangkan hayat
bateri anda:
Matikan komunikasi radio yang
anda tidak gunakan. Jika anda
tidak menggunakan Wi-Fi,
Bluetooth, atau GPS, matikan ia.
2
3