Owners manual
9
an
kapi
h
g
a
ya
an
asa
g
Elakkan kerosakan
terhadap pendengaran
anda
Kerosakan kepada pendengaran
anda boleh berlaku jika anda
terdedah kepada bunyi yang
kuat dalam tempoh yang lama.
Oleh itu kami menyarankan agar
anda tidak menghidupkan atau
mematikan telefon ketika ia hampir
dengan telinga anda. Kami juga
mengesyorkan bahawa kelantangan
muzik dan panggilan ditetapkan
pada paras yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala,
kurangkan kelantangan jika anda
tidak dapat mendengar orang
yang bercakap berdekatan dengan
anda atau jika orang yang duduk
di sebelah anda dapat mendengar
apa yang sedang anda dengar.
•
NOTA: Tekanan bunyi melampau
daripada fon telinga boleh
menyebabkan kehilangan
pendengaran.
Bahagian-bahagian Kaca
Sebahagian daripada peranti
telefon anda diperbuat daripada
kaca. Kaca ini akan retak atau
pecah jika telefon anda terjatuh ke
atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika
kaca retak atau pecah, dinasihatkan
supaya tidak memegang atau cuba
untuk membuangnya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih
anda sehingga kaca digantikan oleh
pembekal khidmat yang disahkan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana
peletupan sedang dijalankan.
Patuhi sekatan,dan ikuti sebarang
peraturan yang dikenakan.