Owners manual

24
NOTA: LG-P880 menyokong kad
memori sehingga 64 GB.
AMARAN
Jangan masukkan atau keluarkan
kad memori semasa telefon
dihidupkan. Berbuat demikian
mungkin akan merosakkan kad
memori serta telefon anda, dan
data yang disimpan pada kad
memori mungkin akan rosak.
Untuk memformat kad memori:
Kad memori mungkin telah diformatkan.
Jika tidak, anda mesti memformatkannya
sebelum anda boleh menggunakannya.
NOTA:Semua fail pada kad memori
anda akan dipadamkan apabila ia
diformatkan.
Pada skrin utama, sentuh > tab
Apl untuk membuka menu.
Tatal dan sentuh Tetapan > Storan.
Sentuh Menyahlekap kad SD dan
sentuh Pilih untuk mengesahkannya.
Sentuh Padam kad SD > Padam kad
SD > Memadam semua, kemudian
sahkan pilihan anda.
Jika anda telah menetapkan kunci
corak, masukkan kunci corak
kemudian pilih Memadam semua.
1
2
3
4
5
NOTA:Jika terdapat kandungan
pada kad memori anda,
struktur foldernya mungkin akan
berbeza selepas pemformatan
memandangkan semua fail telah
dipadamkan.
Mengunci dan menyahkunci
skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon
buat beberapa lama, skrin akan terpadam
dan terkunci secara automatik. Ini
membantu menghalang daripada kekunci
ditekan tanpa sengaja dan menjimatkan
kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan LG-
P880, tekan kekunci Kuasa/Kunci
untuk mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang
berjalan ketika anda menetapkan skrin
kunci, ia mungkin masih terus berjalan
dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar
keluar daripada semua program sebelum
memasuki mod Kunci untuk mengelakkan
bayaran yang tak perlu (seperti panggilan
telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan
Kekunci Kuasa/Kunci . Skrin
kunci akan muncul. Sentuh dan luncurkan
skrin kunci ke mana-mana arah untuk
Mengenali telefon anda