Owners manual

26
LG KP500 | Panduan Pengguna
Asas
Kenalan
Memindah - Ini berfungsi dengan
cara yang sama seperti Menyalin,
tetapi kenalan hanya akan disimpan
di lokasi di mana anda memindahnya.
Oleh itu, jika anda memindah kenalan
daripada USIM ke telefon bimbit ia
akan dipadamkan daripada memori
USIM.
Hantar semua kenalan melalui
Bluetooth - Hantar semua
kenalan anda kepada peranti lain
menggunakan Bluetooth. Anda
akan digesa untuk menghidupkan
Bluetooth jika anda memilih pilihan
ini.
Sandaran kenalan - Lihat Membuat
sandaran dan menyimpan semula
maklumat telefon pada halaman 57.
Simpan semula kenalan -
Lihat Membuat sandaran dan
menyimpan semula maklumat
telefon pada halaman 57.
Kosongkan kenalan - Padam semua
kenalan anda. Sentuh Ya jika anda
pasti anda hendak mengosongkan
buku alamat anda.
Memaparkan maklumat
1 Daripada skrin siap sedia sentuh
dan pilih
.
2 Sentuh
dan pilih Maklumat.
3 Daripada sini anda boleh melihat
Nombor dail perkhidmatan,
Nombor anda sendiri, Maklumat
memori anda. (berapa baki ruang
anda) dan Kad niaga saya.
PETUA! Jika anda belum lagi
menambah kad niaga untuk diri
anda sendiri, pilih Kad niaga saya
dan masukkan semua butiran anda
yang anda mahu bagi mana-mana
kenalan. Sentuh Simpan untuk
selesai.