Owners manual

Anda boleh mengakses pelbagai khidmat WAP (Wireless
Application Protocol) seperti perbankan, berita, laporan
cuaca dan maklumat penerbangan. Khidmat-khidmat ini direka
khas untuk telefon bimbit dan diselenggarakan oleh
pembekalpembekal khidmat WAP.
Periksa ketersediaan khidmat-khidmat WAP, harga dan tarif
dengan operator rangkaian anda atau pembekal khidmat yang
khidmatnya ingin anda gunakan. Pembekal-pembekal khidmat
akan juga memberi anda arahan tentang cara menggunakan
khidmat-khidmat mereka.
Setelah disambungkan, lelaman akan dipaparkan.
Kandungannya bergantung kepada pembekal khidmat. Anda
boleh mengakses sebarang laman web dengan memasukkan
alamat URLnya. Untuk keluar dari penyemak imbas pada
bilabila masa, tekan kekunci . Telefon akan kembali ke mod
tunggu sedia.
Perhatian
v
Menu-menu pelayar WAP boleh berbeza-beza, bergantung
kepada versi pelayar anda.
Laman Utama
Menu *.1
Menyambungkan kepada lelaman. Lelaman boleh merupakan
tapak yang ditakrif di dalam profil yang diaktifkan. Ia akan
ditakrif oleh Pembekal Khidmat jika anda tidak melakukannya
di dalam profil yang diaktifkan.
Penanda Buku
Menu *.2
Menu ini membolehkan anda menyimpan URL bagi
lamanlaman web kegemaran untuk akses mudah pada masa
kemudian. Telefon anda mempunyai beberapa penanda buku
yang telah diprapasang.
Penanda-penanda buku prapasang ini tidak boleh dipadam.
Pergi Ke URL
Menu *.3
Anda boleh menyambung langsung kepada tapak yang anda
mahu. Selepas memasukkan URL yang tertentu, tekan kekunci
OK.
Pengesetan
Menu *.4
Anda boleh mengeset cache profil, cookie dan keselamatan
yang berkaitan dengan perkhidmatan internet.
Pelayar
Pelayar
41