Owners manual

95
.
Maklumat dan penjagaan
bateri
Anda tidak perlu menyahcas
bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti
sistem bateri lain, tiada kesan
memori yang boleh menjejaskan
prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan
pengecas LG. Pengecas LG direka
bentuk untuk memaksimumkan
hayat bateri.
Jangan buka atau litar pintaskan
pek bateri.
Pastikan sentuhan logam pada
bateri sentiasa bersih.
Gantikan bateri apabila ia tidak
lagi memberi prestasi yang boleh
diterima. Pek bateri boleh dicas
semula beratus-ratus kali sehingga
ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak
digunakan buat tempoh masa
yang lama untuk memaksimumkan
kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas
bateri kepada cahaya matahari
langsung atau gunakannya pada
kelembapan yang tinggi, seperti
dalam bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat
yang panas atau sejuk, ini boleh
menjejaskan prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri
digantikan dengan jenis yang
salah.
Lupuskan bateri yang telah
digunakan mengikut arahan
pengilang. Sila kitar semula apabila
boleh. Jangan lupuskan sebagai
sampah rumah tangga.