Owners manual

91
an
n
la
a
Jangan cas telefon bimbit
berdekatan bahan mudah
terbakar kerana telefon bimbit
tersebut boleh menjadi panas dan
menyebabkan bahaya api.
Gunakan hanya kain kering untuk
membersihkan bahagian luar unit
(jangan gunakan pelarut seperti
benzena, pencair atau alkohol).
Jangan caj telefon semasa ia
berada di atas kain hiasan.
Telefon haruslah dicas di kawasan
pengudaraan yang baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada
asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di
sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
Jangan ketuk skrin dengan objek
yang tajam kerana ia boleh
merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada
cecair atau kelembapan.
Gunakan aksesori seperti fon
telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
Jangan gunakan telefon atau
aksesori di tempat yang sangat
lembap seperti kolam, rumah
hijau, solarium atau persekitaran
tropik, ia mungkin menyebabkan
kerosakan kepada telefon dan
menyebabkan waranti tidak sah.