Owners manual

44
LG-E900 | Panduan Pengguna
Menyediakan akaun e-mel
Microsoft Exchange
Anda boleh menggunakan langkah
yang berikut untuk menyediakan
akaun e-mel pada Pelayan Microsoft
Exchange. (Sebagai contoh, akaun
e-mel anda di tempat kerja mungkin
terdapat pada Pelayan Microsoft
Exchange.) Anda boleh juga
menggunakan langkah-langkah
dalam prosedur berikut untuk
menyediakan akaun-akaun e-mel
lain yang menggunakan Exchange
ActiveSync—termasuk akaun e-mel
berhos Microsoft Exchange atau akaun
Outlook Web App.
1 Pada skrin Start, kuis ke kiri ke
senarai Apps, ketik
Settings, dan
kemudian ketik Email & accounts.
2 Ketik Add an account > Outlook.
Menyediakan akaun
e-mel daripada Penyedia
Perkhidmatan Internet (ISP)
Apabila anda menyediakan akaun
e-mel, telefon anda akan cuba untuk
secara automatik mencari tetapan
yang betul bagi akaun e-mel anda.
Akaun e-mel ini mungkin yang melalui
Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)
anda, atau ia mungkin merupakan
akaun e-mel IMAP atau POP lain
daripada penyedia lain.
1 Pada skrin Start, kuis ke kiri ke
senarai Apps, ketik
Settings, dan
kemudian ketik Email & accounts.
2 Ketik Add an account > Other
account.
Berikut adalah senarai tetapan yang
anda perlu tahu terlebih dahulu
apabila tetapan akaun e-mel yang
betul tidak boleh didapati secara
automatik. Biasanya, anda boleh
mendapatkan maklumat ini pada
laman web penyedia.
Jenis akaun -e-mel (POP atau IMAP)
Alamat pelayan e-mel masuk
Alamat pelayan e-mel keluar (SMTP)
Tetapan pengesahan pelayan
Keperluan SSL bagi e-mel masuk
Keperluan SSL bagi e-mel keluar
Menghantar mesej e-mel
Selepas menyediakan akaun e-mel
pada telefon anda, anda boleh
menghantar atau menerima e-mel
pada akaun ini.
1 Pada skrin Start, ketik akaun
e-mel yang hendak anda akses
(contohnya, Outlook, Google, atau
Windows Live).
2 Ketik New .
3 Lakukan salah satu daripada yang
berikut:
Dalam kotak teks To:, ketik Add ,
dan kemudian pilih satu kenalan.
Ketik dalam kotak teks To:, dan
kemudian mula menaip alamat
e-mel. Telefon anda akan membuat
cadangan sambil anda menaip.
Untuk mengeluarkan penerima,
ketik nama atau alamat e-melnya,
LG-E900_SGP.indb 44 12/2/10 2:14 PM