TH/ID/MS/VI/AR DATA PROJECTOR XJ-V XJ-V Series Series XJ-V10X/XJ-V100W/ XJ-V110W https://world.casio.com/manual/projector/ XJ-F XJ-F Series Series XJ-F10X/XJ-F20XN*/ XJ-F100W/ XJ-F200WN*/ XJ-F210WN* https://world.casio.com/manual/projector/ https://world.casio.com/manual/projector/ https://world.casio.com/manual/projector/ https://world.casio.
Kandungan Langkah-Langkah Keselamatan ............ MS-1 Panduan Cepat...................................... MS-14 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ... MS-6 Spesifikasi.............................................. MS-15 Panduan Umum ..................................... MS-12 Mengeluarkan Semasa anda mengeluarkan projektor, semak untuk memastikan semua item yang tersenarai di bawah disertakan.
Langkah-Langkah Keselamatan Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Keterangan tentang simbol keselamatan Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan dan kerosakan bahan.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Kord kuasa + Penyalahgunaan kord kuasa mengakibatkan risiko kebakaran dan renjatan elektrik. Pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut. • Pastikan hanya aksesori yang dibekalkan bersama projektor digunakan. • Pastikan anda menggunakan sumber kuasa yang mempunyai voltan yang sama seperti yang dikhususkan untuk projektor. • Jangan bebankan salur keluar kuasa dengan terlalu banyak peranti. • Jangan tempatkan kord kuasa berhampiran dengan dapur.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Menghapuskannya dengan membakar - ● Membersihkannya Jangan sekali-kali cuba menghapuskan projektor dengan membakarnya. Berbuat demikian boleh menyebabkan letupan, yang mengakibatkan risiko kebakaran dan kecederaan diri. ● Pancaran cahaya projektor - • Jangan sekali-kali melihat terus ke dalam lensa, bolong masuk atau bolong ekzos semasa cahaya dihidupkan.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Kilat * Awas Semasa berlaku ribut kilat, jangan sentuh palam kord kuasa projektor. ● Kord kuasa ● Alat kawalan jauh ! + Jangan sekali-kali cuba merungkas atau mengubahsuai alat kawalan jauh dengan apa jua cara. Berbuat demikian mengakibatkan risiko renjatan elektrik, kecederaan terbakar, dan kecederaan diri yang lain. Pastikan pemeriksaan dalaman, pelarasan, dan pembaikan dilakukan oleh pengedar asal anda atau pusat servis CASIO yang bertauliah.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Pembuangan bateri Langkah Berjaga-Jaga Untuk Bateri * Bahaya Pastikan anda buang bateri yang telah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang di tempat anda. + Jika berlaku kebocoran bateri alkali dan bendalir yang keluar termasuk ke dalam mata, lakukan langkah-langkah berikut dengan segera. 1. Jangan sekali-kali gosok mata! Bilas mata dengan air bersih. 2. Hubungi doktor dengan segera. Kegagalan mengambil tindakan segera boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Perihal Unit Sumber Cahaya Unit sumber cahaya projektor menggunakan laser dan LED. Jangka hayat unit sumber cahaya dikadarkan lebih kurang 20,000 jam. Jangka hayat sebenar bergantung kepada keadaan, seting yang dikonfigurasikan pada menu persediaan, dan perbezaan antara setiap unit sumber cahaya. Unit sumber cahaya dijamin untuk jangka masa yang dinyatakan di dalam sijil waranti atau selama 6,000 jam, mana-mana yang berlaku dahulu.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Label Bahagian Bawah Salur Keluar Bolong • Salur keluar bolong menjadi sangat panas semasa tayangan. Jangan sekali-kali menyentuh atau membiarkan bolong tertutup. • Jangan sekali-kali memasukkan objek asing.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Pancaran Cahaya Projektor • Jangan sekali-kali menghadang output cahaya apabila lampu menyala. • Jangan sekali-kali melihat terus ke dalam lensa semasa cahaya dihidupkan. Perlu berhati-hati dan berwaspada apabila terdapat kanak-kanak. Peringatan Lampu Tayangan Label ini ialah “RISK GROUP 2” label peringatan yang diperlukan di bawah standard IEC62471. RISK GROUP 2 (Risiko Sederhana) lampu melebihi had standard Kumpulan Terkecuali (Tidak Bahaya).
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain Projektor ini dibuat daripada komponen ketepatan. Kegagalan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ini boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk menyimpan data dengan selamat dan malfungsi. ● Jangan sekali-kali menggunakan atau menyimpan projektor di lokasi berikut. Berbuat demikian mengakibatkan risiko malfungsi dan kerosakan pada projektor.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ● Jangan sekali-kali mendedahkan projektor pada impak kuat ketika ia sedang beroperasi. Jika projektor mengalami impak kuat secara tidak sengaja, imej tayangan akan hilang buat sementara. Imej akan muncul semula selepas beberapa ketika, tetapi ia mungkin mempunyai warna yang salah atau ia mungkin memaparkan mesej ralat. Jika imej yang ditayangkan mempunyai warna yang salah, pilih semula sumber input semasa.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor selepas Digunakan Bolong ekzos projektor dan kawasan sekitar bolong menjadi sangat panas semasa beroperasi, dan akan masih panas sebaik saja projektor dimatikan. Oleh itu, anda perlu pegang kedua-dua sisi projektor seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi apabila mengalihkannya. Membersihkan Projektor Bersihkan bahagian luaran projektor, lensa, bolong masuk dan bolong ekzos secara berkala dan tetap.
Panduan Umum Gambaran Keseluruhan Panel penunjuk dan kekunci Bolong ekzos Bolong ekzos Bolong masuk Penerima isyarat alat kawalan jauh Gelang zum Lensa tayangan Gelang fokus Bolong masuk Panel Penunjuk dan Kekunci Siri XJ-V Siri XJ-F Penunjuk POWER/STANDBY Penunjuk STATUS Kekunci [ON/Stand-byP] Kekunci [INPUT] Kekunci kursor (q/w/U/I) Kekunci [ENTER] Kekunci [MENU] Kekunci [ESC] Sensor kecerahan MS-12
Panduan Umum Terminal Belakang Siri XJ-V Lubang kunci antikecurian* Terminal SERIAL Terminal COMPUTER Terminal HDMI Terminal AUDIO OUT / AUDIO IN Port SERVICE Pemancar isyarat alat kawalan jauh Penyambung kuasa Siri XJ-F Lubang kunci antikecurian* Pemancar isyarat alat kawalan jauh Terminal LAN (Model rangkaian sahaja) Port DC 5V (XJ-F10X/XJ-F100W) Port USB-A/DC 5V (XJ-F20XN/XJ-F200WN/ XJ-F210WN) Terminal HDMI 2 Terminal COMPUTER Terminal HDMI
Panduan Cepat Bahagian ini menerangkan aliran operasi sehingga tayangan bermula. Untuk lebih banyak operasi individu, lihat “Panduan Pengguna” (UsersGuide.pdf). 1. Masukkan bateri ke dalam alat kawalan jauh. ☞ “Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh” (Panduan Pengguna) 2. Tempatkan projektor di atas meja, atau tempat letak yang rata dan tegap, dan pastikan terdapat ruang yang mencukupi di sekelilingnya.
Spesifikasi 12. Setelah anda selesai membuat tayangan, tekan kekunci [P] untuk mematikan projektor. Produk ini juga direka untuk sistem pengagihan kuasa IT dengan voltan 230 V fasa ke fasa. Jika anda menghadapi masalah... Jika anda mengalami sebarang masalah semasa mengendalikan projektor atau jika anda rasa bahawa projektor tidak beroperasi dengan betul, rujuk bahagian “Penyelesaian Masalah” di dalam “Panduan Pengguna” (UsersGuide.pdf).
Spesifikasi Nama Model Terminal XJ-V10X Input RGB XJ-V100W XJ-V110W Terminal COMPUTER: RGB 15-pin mini D-Sub × 1; Digunakan untuk kedua-dua input dan komponen RGB Input (YCbCr/YPbPr). Input Komponen Input Video Digital Terminal input HDMI: Terminal HDMI jenis A × 1 Sokongan HDCP, sokongan isyarat audio Input Audio Bicu mini stereo 3.5 mm x 1 Output Audio Bicu mini stereo 3.
Spesifikasi Nama Model Jarak Tayangan XJ-F10X XJ-F20XN XJ-F100W XJ-F210WN 60 inci 1.95 hingga 2.87 meter 1.64 hingga 2.42 meter 100 inci 3.33 hingga 4.85 meter 2.81 hingga 4.11 meter Jarak Tayangan Minimum 0.93 meter 0.92 meter Gamut Warna penuh (sehingga 1.
Spesifikasi XJ-F10X XJ-F20XN XJ-F100W XJ-F200WN XJ-F210WN Output Cahaya 7 apabila “Kawalan Nyala” adalah “Hidup” 160W 165W 140W 165W Output Cahaya 1 apabila “Kawalan Nyala” adalah “Hidup” 80W 85W 70W 85W Apabila “Terang” dipilih untuk “Mod Mati Kawalan Cahaya”. 195W 205W 165W 205W Apabila “Normal” dipilih untuk “Mod Mati Kawalan Cahaya”.
Manufacturer: CASIO COMPUTER CO., LTD. 6-2, Hon-machi 1-chome, Shibuya-ku, Tokyo 151-8543, Japan Responsible within the European Union: Casio Europe GmbH Casio-Platz 1, 22848 Norderstedt, Germany www.casio-europe.
MA2102-G