MS PROJEKTOR DATA Siri XJ-V XJ-V10X/XJ-V100W/XJ-V110W Siri XJ-F XJ-F10X/XJ-F20XN*/ XJ-F100W/XJ-F200WN*/ XJ-F210WN* *Model Rangkaian Panduan Pengguna Dalam manual ini, “Siri XJ-V” dan “Siri XJ-F” merujuk hanya kepada model khusus yang tersenarai di atas. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan”dan “Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian” dalam dokumen “Panduan Penyediaan” dan pastikan anda menggunakan produk ini dengan betul.
DLP ialah tanda dagangan berdaftar Texas Instruments Amerika Syarikat. Microsoft, Windows, dan Windows Vista ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. HDMI, Logo HDMI dan High-Definition Multimedia Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI Licensing, LLC. Mac OS ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Apple, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
Kandungan Ciri dan Fungsi Berguna ................................................. 7 XJ-V10X/XJ-V100W/XJ-V110W................................................................................... 7 XJ-F10X/XJ-F100W ..................................................................................................... 8 XJ-F20XN/XJ-F200WN/XJ-F210WN (Network Models) .............................................. 9 XJ-V100W/XJ-V110W/XJ-F100W/XJ-F200WN/XJ-F210WN (WXGA Models) ............ 9 Bersedia .............
Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER)..................................23 Untuk memaparkan pemasa .................................................................................. 23 Untuk memaparkan menu fungsi pemasa ............................................................. 23 Untuk mengkonfigurasi seting pemasa .................................................................. 24 Untuk memulakan operasi pemasa kira detik ........................................................
Operasi Menu Fail ...................................................................................................... 49 Untuk togol menu fail antara paparan senarai dan paparan ikon .......................... 49 Untuk menatal menu fail......................................................................................... 49 Untuk membuka folder ...........................................................................................
Lampiran ........................................................................ 73 Menyambung ke Output Video Komponen..........................................73 Menyambung ke Output Video Komposit atau Output S-Video (Siri XJ-F Sahaja) ..................................................................................74 Membekalkan Kuasa ke Peralatan Luaran (Siri XJ-F Sahaja) ..................................................................................
Ciri dan Fungsi Berguna XJ-V10X/XJ-V100W/XJ-V110W Sumber Cahaya Hibrid bebas-Merkuri Laser asli CASIO dan sumber cahaya hibrid LED membolehkan lunminans yang tinggi, penggunaan kuasa yang rendah, dan kos pengendalian yang rendah. Projektor ini tidak menggunakan lampu merkuri, menjadikannya mesra alam.
XJ-F10X/XJ-F100W Sumber Cahaya Hibrid bebas-Merkuri Laser asli CASIO dan sumber cahaya hibrid LED membolehkan lunminans yang tinggi, penggunaan kuasa yang rendah, dan kos pengendalian yang rendah. Projektor ini tidak menggunakan lampu merkuri, menjadikannya mesra alam. Tayangan tanpa perlu menunggu Sumber cahaya hidbrid CASIO mencapai kecerahan yang maksimum dengan serta merta selepas kuasa dihidupkan, berbanding dengan masa menunggu lebih kurang satu minit yang biasanya diperlukan dengan lampu merkuri.
XJ-F20XN/XJ-F200WN/XJ-F210WN (Network Models) Model rangkaian termasuk semua ciri XJ-F10X dan XJ-F100W (halaman 8) bersama dengan model yang diterangkan di bawah.
Bersedia Bahagian ini menerangkan cara memilih lokasi untuk projektor, cara menyambungkan kabelnya dan cara melaksanakan operasi lain yang diperlukan sebelum menggunakannya. Menyediakan Projektor Tempatkan projektor di atas meja atau tempat letak yang tegap dan rata. Pastikan anda menyediakan ruang yang mencukupi di bahagian sisi dan belakang projektor untuk pengaliran udara yang sempurna.
Menyambung Kabel Projektor Sambungkan projektor ke salur keluar kuasa dan pada peranti sumber input. Siri XJ-V Siri XJ-F *1 *2 Beberapa terminal yang ditunjukkan dalam ilustrasi tidak dilengkapkan pada XJ-F10X dan XJ-F100W. Gunakan kord kuasa yang dibekalkan untuk memasang projektor ke salur keluar kuasa. Gunakan kabel USB untuk menyambung ke terminal output RGB komputer atau sumber input lain.
Alat Kawalan Jauh Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh ialah kira-kira 5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat). Pemancar isyarat alat kawalan jauh Kunci [P] Menghidupkan atau mematikan kuasa.
Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh Pastikan anda menggunakan bateri alkali sahaja. *Awas RISIKO LETUPAN JIKA BATERI DIGANTIKAN DENGAN JENIS YANG SALAH. BUANG BATERI YANG TELAH DIGUNAKAN MENGIKUT ARAHAN. 1. Buka penutup bateri di bahagian belakang alat kawalan jauh. 2. 3. Tutup penutup bateri di bahagian belakang alat kawalan jauh. Muatkan dua bateri baharu ke dalam ruang itu, pastikan hujung positif (+) dan negatif (–) berhadapan dengan betul.
Mengendalikan Projektor Operasi dalam bahagian ini dilakukan menggunakan alat kawalan jauh, melainkan dinyatakan sebaliknya. Jika kedua-dua projektor dan alat kawalan jauh mempunyai kunci yang sama, mana-mana satu boleh digunakan untuk melakukan operasi yang sama. Memilih Sumber Input (INPUT) Jadual di bawah menunjukkan sumber input yang boleh dipilih untuk setiap model projektor.
Untuk memilih sumber input 1. Tekan kunci [INPUT]. 2. Pada kotak dialog “Input” yang muncul, gunakan kunci [INPUT], [] dan [] untuk memilih sumber input yang anda mahu dan tekan kunci [ENTER]. Jika anda tidak menekan kunci [ENTER],projektor akan menggunakan sumber input semasa yang terpilih secara automatik selepas kira-kira 3 saat. Nama sumber input yang anda pilih akan muncul di sudut kanan atas skrin projektor selama beberapa saat.
Operasi Imej Output Untuk menggunakan pembetulan pepasak (KEYSTONE) Gunakan kunci [KEYSTONE +] dan [KEYSTONE –] untuk melaraskan pembetulan pepasak secara manual. Projektor ini mempunyai ciri pepasak yang mengesan apabila berada pada sudut menegak dengan skrin dan melakukan pembetulan pepasak secara automatik. Gunakan ciri di atas untuk melakukan pelarasan secara manual apabila pembetulan auto menghasilkan keputusan yang bukan anda hasratkan.
Untuk mengosongkan skrin dan membisukan audio buat sementara (BLANK) 1. Tekan kunci [BLANK]. Ini mengosongkan skrin dengan memaparkan imej skrin kosong yang ditetapkan dalam tetapan “Skrin Kosong” Menu Persediaan (halaman 28) dan membisukan audio. 2. Untuk mengembalikan imej dan bunyi normal, tekan kunci [BLANK] (atau kunci [ESC]). Untuk memegun imej (FREEZE) Tekan kunci [FREEZE] untuk memegun imej sumber input semasa.
Penerangan Setiap Seting Normal: Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor sambil mengekalkan nisbah bidang isyarat input. Penuh: Menayang pada saiz maksimum yang mungkin bagi projektor dengan membesarkan atau mengurangkan isyarat input. 16:9: Seting ini menentukan nisbah bidang 16:9, yang merupakan saiz yang sama bagi skrin filem, TV definisi tinggi, dsb.
Untuk melaraskan kecerahan (FUNC) 1. Tekan kunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Kecerahan” dan tekan kunci [ENTER]. 2. Pada skrin pelarasan kecerahan yang muncul, gunakan kunci [] dan [] untuk melaraskan kecerahan. 3. Untuk menyembunyikan tetingkap, tekan kunci [ESC]. Operasi di atas adalah untuk pelarasan halus kecerahan imej tanpa menjejaskan kecerahan cahaya. Untuk maklumat tentang mengubah kecerahan cahaya, lihat “Kawalan Cahaya” (halaman 21). Untuk menukar mod warna (FUNC) 1.
Melaraskan Paras Kelantangan (VOLUME) Gunakan prosedur di bawah untuk melaraskan paras kelantangan output pembesar suara projektor, dan output daripada terminal AUDIO OUT. Jika projektor tidak mempunyai pembesar suara terbina dalam, hanya output terminal AUDIO OUT yang terjejas. Untuk melaraskan aras kelantangan 1. Tekan kunci [VOLUME +] atau [VOLUME –]. Ini menyebabkan skrin “Kelantangan” muncul pada imej yang ditayangkan. 2.
Kawalan Cahaya Kawalan cahaya membolehkan anda melaraskan cahaya yang merupakan output (kecerahan sumber cahaya) daripada projektor. Apabila “Hidup” dipilih untuk “Kawalan Nyala” pada Menu Persediaan (seting lalai awal), output cahaya boleh dilaraskan ke satu daripada tujuh tahap. Dengan Siri XJ-F, memilih “Hidup” untuk seting “Sensor Nyala” Menu Persediaan akan menyebabkan output cahaya dilaraskan secara automatik mengikut cahaya semasa yang tersedia.
Untuk menyemak paras simpanan kuasa 1. Tekan kekunci [ ]. Ini memaparkan kotak dialog kawalan cahaya. Paras simpanan kuasa semasa ditunjukkan oleh tanda daun ( ) di bahagian atas kotak dialog. Lebih banyak tanda daun ditunjukkan, lebih tinggi paras simpanan kuasa. Pada masa anda boleh laraskan paras output cahaya menggunakan kunci [] dan []. 2. Untuk menutup kotak dialog, tekan kunci [ESC].
Menggunakan Pemasa Pembentangan (TIMER) Pemasa persembahan menunjukkan kira detik dari nilai masa yang dipraset. Anda boleh menggunakannya untuk mengesan berapa banyak masa telah berlalu semasa persembahan anda, dan untuk mengehadkan persembahan kepada jumlah masa yang dipraset. Anda boleh mengkonfigurasi pemasa pembentangan agar ia dipaparkan dalam imej yang ditayangkan. Untuk memaparkan pemasa Apabila pemasa tidak dipaparkan pada imej yang ditayangkan, tekan kunci [TIMER] sekali.
Untuk mengkonfigurasi seting pemasa 1. Tekan kunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih seting “Kedudukan”, “Paparan Berterusan”, atau “Masa Mula” dan kemudian ubah seting seperti diterangkan di dalam jadual di bawah. 3.
Untuk menjeda pengiraan detik pemasa 1. Tekan kunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Pilih “Jeda Pemasa” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Untuk menyambung semula pengiraan detik pemasa yang dijedakan 1. Tekan kunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Pilih “Mula Semula Pemasa” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Untuk menetapkan semula pemasa kepada masa mulanya. 1. Tekan kunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2.
Menggunakan Menu Persediaan (MENU) Menekan kunci [MENU] memaparkan Menu Persediaan yang ditunjukkan di bawah pada skrin tayangan. Anda boleh menggunakan menu ini untuk melaraskan kecerahan, kontras, dan seting lain imej yang ditayangkan serta untuk menukar seting projektor. Item Menu (Sub-menu) Item Menu (Menu Utama) Penonjolan Panduan (Syot Skrin Model Rangkaian) Panduan menunjukkan operasi utama yang boleh dilakukan untuk item menu semasa yang terpilih (ditonjolkan).
Seting Menu Persediaan Satu atau lebih huruf (seperti RCV) selepas nama item menu menunjukkan satu item yang tersedia hanya apabila satu atau lebih sumber input tertentu dipilih. Huruf-huruf tersebut menunjukkan sumber input di mana item menu tersedia.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Pelarasan Imej 2 3 Fasa (R) Laraskan fasa isyarat input RGB apabila imej berkelip-kelip kerana fasa projektor dan fasa isyarat input RGB tidak sepadan. Pelarasan Imej 2 3 Imbasan atas (CVD) Laraskan amaun imbasan atas untuk mendapatkan isyarat video input dalam julat 0% hingga 5%*. Saiz kawasan sempadan yang dipaparkan pada skrin tayangan bergantung pada nilai seting.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Input 3 Laras Tahap RGB (RC) Menetapkan sama ada paras pelarasan isyarat RGB input didayakan (Hidup*) atau dinyahdayakan (Mati). Meninggalkan seting ini “Hidup” akan biasanya mengoptimumkan imej yang ditayangkan. Namun, bergantung kepada isyarat input, mungkin terdapat kes di mana seting ini tidak mengoptimumkan imej dan malah mungkin mengherotkannya. Jika ini berlaku, tukar seting kepada “Mati”.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Opsyen 1 3 Pulihkan Lalai Menu Kembalikan semua item dalam “Seting Opsyen 1” menu utama ke lalai awalnya untuk sumber imej semasa yang ditayangkan. Seting Opsyen 2 3 Pasang dan Main Tetapkan apa yang projektor harus lakukan apabila peranti USB luaran yang disokong bersambung ke port USB-A projektor atau apabila projektor dihidupkan semasa peranti USB luaran bersambung ke port USB-A. Hidup: Mendayakan pertukaran sumber input automatik.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Info Operasi Memaparkan maklumat projektor di bawah. Isyarat Input, Nama Isyarat, Resolusi, Frekuensi Melintang, Frekuensi Menegak, Sistem Imbasan, Masa Nyala, Versi (versi ROM projektor) Pulihkan Semua Lalai 3 Masa Operasi Unit Paparkan masa operasi terkumpul unit ini. Masa ini tidak boleh diasalkan. Pulihkan Semua Lalai 3 Pulihkan Semua Lalai Asalkan semua seting item Menu Persediaan, kecuali yang di bawah.
Perlindungan Kata Laluan Operasi yang diterangkan di bawah boleh dilindungi kata laluan pada projektor. Anda hanya boleh ada satu kata laluan diperuntukkan kepada projektor pada bila-bila masa dan kata laluan yang sama digunakan untuk operasi. Perlindungan permulaan projektor Projektor boleh dikonfigurasi agar kotak dialog yang meminta kata laluan dimasukkan dipaparkan apabila projektor dihidupkan.
Untuk menukar kata laluan 1. Tekan kunci [MENU] atau untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kunci [] untuk memilih “Seting Opsyen 1”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 3. Gunakan kunci [] untuk memilih “Kata Laluan”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Ini akan memaparkan kotak dialog yang meminta anda memasukkan kata laluan semasa. 4. Masukkan kata laluan semasa.
Untuk menukar seting hidup kuasa dengan kata laluan 1. Lakukan langkah 1 hingga 5 di bawah “Untuk menukar kata laluan” (halaman 33) dan paparkan skrin Kata Laluan. 2. Selepas mengesahkan bahawa “Hidup Kuasa dengan Kata Laluan” dipilih, gunakan kunci [] dan [] untuk memilih sama ada seting “Hidup” atau “Mati”. Menukar seting daripada “Mati” ke “Hidup” akan menyebabkan “Minta kata laluan apabila kuasa dihidupkan?” kotak dialog muncul.
Kunci Panel Kawalan (Siri XJ-F Sahaja) Kunci panel kawalan menyahdayakan (kunci) semua kunci projektor, kecuali kunci [P]. Ini membataskan operasi projektor kepada alat kawalan jauh, yang melindunginya daripada operasi salah secara tidak sengaja. Untuk mengunci panel kawalan 1. Tekan kunci [MENU] atau untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kunci [] untuk memilih “Seting Opsyen 2”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 3. Gunakan kunci [] untuk memiih “Kunci Panel Kawalan”. 4.
Menayang daripada Memori Terbina-dalam atau Input USB (Model Rangkaian sahaja) Bahagian ini menerangkan operasi menggunakan “Pemapar Fail” (untuk menayangkan kandungan fail dalam memori terbina-dalam atau pemacu denyar USB), “Paparan USB” (untuk menayangkan data daripada komputer melalui sambungan USB), dan “Alat USB CASIO” (untuk menayangkan kandungan skrin kalkulator CASIO).
Menayang Fail yang Terletak dalam Memori Dalaman Projektor Pemidang fail boleh digunakan untuk menayangkan jenis fail berikut apabila ia ditempatkan dalam memori dalaman projektor: fail imej, fail filem, fail pembentangan, fail PDF. Untuk menggunakan prosedur dalam bahagian ini, fail yang akan ditayang mesti disalin ke memori dalaman projektor terlebih dahulu. Anda boleh menyalin fail menggunakan salah satu kaedah berikut.
6. Jika pemacu kilat USB atau apa-apa media boleh alih lain disambungkan pada komputer anda, tanggalkannya. 7. Gunakan kabel USB yang boleh didapati secara komersil untuk menyambungkan port USB-B projektor (jenis USB B) kepada port USB komputer anda. Lokasi port USB-B projektor ini ditunjukkan oleh “*2” dalam ilustrasi di bawah “Menyambung Kabel Projektor” (halaman 11).
Memulakan Tayangan Fail yang Terletak dalam Memori Dalaman Projektor 1. Jika pemacu kilat USB atau peranti USB lain disambungkan pada port USB-A projektor, putuskan sambungannya. 2. Tekan kunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 3. Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Pemapar” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 4. Pada kotak dialog yang muncul, sahkan bahawa “Pemapar Fail” dipilih dan kemudian dan tekan kunci [ENTER].
Untuk memformatkan memori dalaman projektor (Pengguna Windows sahaja) *Awas Jangan sekali-kali memformat memori dalaman projektor daripada komputer yang menjalankan Mac OS. Melakukan demikian boleh menyahdayakan fungsi USB projektor. Melakukan prosedur di bawah akan memadam semua folder dan fail yang ada dalam memori dalaman projektor. 1. Lakukan langkah 1 hingga 7 di bawah “Untuk menyalin fail dari komputer ke memori dalaman projektor” (halaman 37). 2.
Menayang Fail dari Peranti Memori Bersambung melalui USB Gunakan prosedur dalam bahagian ini apabila anda mahu menggunakan Pemapar Fail untuk menayang fail imej, fail filem, fail persembahan atau fail PDF dari pemacu kilat USB atau peranti memori lain. Peranti Memori yang Disokong Port USB-A Projektor Data menyokong sambungan peranti memori dengan format FAT/FAT32 yang disokong oleh antara muka USB. Berikut adalah peranti memori yang disokong.
Untuk menyambung kamera digital pada projektor 1. Sekiranya perlu, konfigurasikan seting kelas storan massa USB kamera digital. 2. Matikan kamera digital dan sambungkan kabel USB padanya. 3. Masukkan hujung kabel USB (penyambung Jenis A) yang satu lagi pada port USB-A Projektor Data. 4. Hidupkan kamera digital. Untuk maklumat lanjut mengenai langkah 1, 2 dan 4, lihat dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama kamera digital anda.
4. Bergantung pada jenis fail yang anda mahu tayang, lakukan salah satu operasi di bawah. Untuk menayang fail jenis ini: Lakukan operasi ini: Fail Persembahan Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Persembahan” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Fail PDF Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Pemapar PDF” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Fail Imej Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Slaid” dan kemudian tekan kunci [ENTER].
Menu Pemacu Memasuki Mod Pembentangan, Mod Pemidang, Mod Slaid, atau Mod Filem semasa terdapat berbilang peranti memori bersambung ke port USB-A Projektor Data (berbilang peranti pemacu kilat USB yang bersambung melalui hub USB, berbilang kad memori dimuatkan dalam pembaca kad memori yang bersambung ke Projektor Data, dsb) akan menyebabkan menu seperti yang ditunjukkan di bawah muncul pada skrin tayangan.
Menayang Fail Bahagian ini menerangkan prosedur untuk anda menayang setiap jenis fail menggunakan Pemapar Fail. Untuk menayang fail persembahan 1. Pada skrin utama Pemidang Fail, pilih “Persembahan” dan tekan kunci [ENTER]. Ini memaparkan menu fail persembahan (ECA atau PtG). 2. Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih fail pembentangan yang anda mahu mainkan dan kemudian tekan kunci [ENTER] (atau kunci [R] ). Ini akan memulakan main semula fail persembahan yang dipilih.
Untuk menayang fail PDF 1. Pada skrin utama Pemidang Fail, pilih “Pemapar PDF” dan tekan kunci [ENTER]. Ini memaparkan senarai fail PDF. 2. Gunakan kunci [] dan kunci [] untuk memilih fail PDF yang anda mahu buka dan kemudian tekan kunci [ENTER] (atau kunci [R] ). Ini akan membuka fail PDF yang dipilih. 3. Lakukan pertukaran halaman, zum dan operasi lain jika perlu. Operasi berikut disokong semasa tayangan fail PDF.
Untuk menayang fail imej 1. Pada skrin utama Pemidang Fail, pilih “Slaid” dan tekan kunci [ENTER]. Ini memaparkan senarai fail imej. 2. Gunakan kunci [] dan kunci [] untuk memilih fail imej yang anda mahu buka dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Ini akan menayang fail imej yang dipilih. Menekan kunci [R] dan bukan kunci [ENTER] akan memulakan pembentangan slaid fail imej bermula daripada fail semasa yang dipilih. 3.
3. Lakukan maju pantas, undur pantas, jeda dan operasi lain sebagaimana perlu. Operasi yang diterangkan di bawah disokong semasa main semula fail filem. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Jeda dan sambung semula main semula filem Tekan kunci [ENTER] atau [R]. Ikon jeda ( ) dipaparkan di sudut kiri atas skrin tayangan semasa tayangan filem dijeda. Mainkan semula fail dari permulaan 1. Tekan kunci [FUNC]. 2. Pada menu yang muncul, pilih “Main dari Permulaan” dan tekan kunci [ENTER].
Operasi Menu Fail Terdapat dua paparan berlainan untuk menu fail Pemidang Fail: senarai paparan dan paparan ikon. Paparan Senarai Paparan ini menunjukkan senarai nama folder dan fail dalam memori dalaman projektor, atau pada peranti memori yang bersambung pada port USB projektor. Folder dan fail dipaparkan dalam format ini sejurus anda pergi dari skrin utama Pemapar Fail ke Mod Persembahan, Mod Pemapar PDF, Mod Slaid atau Mod Filem.
Mengkonfigurasi Seting Pemapar Fail Bahagian ini menerangkan cara mengkonfigurasi seting Pemapar Fail, termasuk seting yang mengawal apa yang muncul pada menu fail Pemapar Fail. Untuk mengkonfigurasi seting Pemapar Fail 1. Pada skrin utama Pemapar Fail, pilih “Tetapan Pemapar” dan tekan kunci [ENTER]. Ini memaparkan skrin “Persediaan Pemapar”. 2. Gunakan [] dan [] untuk memilih item yang setingnya anda mahu tukar. 3. Gunakan [] dan [] untuk menukar seting semasa yang dipilih.
Item Seting Pemapar Fail Seting lalai awal untuk setiap item ditandakan dengan asterisk (*). Nama Seting Penerangan Persediaan Urutan Paparan Menyatakan urutan imej dalam menu fail. < Nama Fail (Menaik) >*: Memaparkan fail mengikut susunan menaik nama fail. < Nama Fail (Menurun) >: Memaparkan fail mengikut susunan menurun nama fail. < Sambungan Nama Fail (Menaik) >: Memaparkan nama fail mengikut susunan abjad menaik sambungan nama fail.
Autojalan Auto jalan membolehkan anda mengkonfigurasikan projektor untuk penayangan automatik fail imej atau fail filem yang berada dalam folder khas yang dinamakan “AUTORUNC”. Bila penayangan auto dilakukan bergantung kepada di mana folder “AUTORUNC” berada. Apabila AUTORUNC diletakkan di sini: Autojalan dilakukan pada masa ini: Memori dalaman Apabila projektor dihidupkan semasa tidak ada apa yang bersambung ke port USB-A.
Untuk tayangan auto fail imej atau fail filem dari memori dalaman projektor 1. Lakukan langkah 1 hingga 8 di bawah “Untuk menyalin fail dari komputer ke memori dalaman projektor” (halaman 37). 2. Cipta folder yang dinamakan “AUTORUNC”(semua aksara huruf besar bait tunggal) dalam direktori akar pemacu (memori dalaman projektor) “InternalMem”. 3. Masukkan semua fail imej atau fail filem yang anda mahu tayang dengan Autojalan ke dalam folder yang anda buat dalam langkah 2.
Penyelesaian Masalah Pemapar Fail Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan Pemapar Fail tidak muncul apabila saya menyambungkan pemacu kilat USB pada port USB-A Projektor Data. Pemacu kilat USB yang anda sambungkan mungkin mempunyai format yang tidak dikenali oleh Projektor Data. Sambungkan pemacu kilat USB pada komputer anda untuk menyemak jika sistem failnya adalah FAT atau FAT32. Jika ia bukan, format semula pemacu kilat USB kepada FAT atau FAT32.
Mesej Ralat Pemapar Fail Masalah Folder tidak mengandungi sebarang fail imej. Punca dan Tindakan yang Diperlukan Tiada folder atau fail yang boleh dipapar dalam folder yang anda sedang cuba capai dengan Pemapar Fail. Guna komputer anda untuk menyemak kandungan folder tersebut. Untuk butiran lanjut mengenai format fail yang disokong untuk main semula Projektor Data, lihat “Fail Main Semula yang Disokong” (halaman 36). Fail ECA ini tidak boleh dimainkan.
Menggunakan EZ-Converter FA untuk Menukar Fail PowerPoing ke Fail ECA atau PtG EZ-Converter FA ialah perisian komputer untuk menukar fail PowerPoint ke fail ECA atau fail PtG, yang boleh dimainkan semula mengunakan Pemapar Fail projektor. EZ-Converter FA menyokong penukaran fail yang dicipta dengan Microsoft Office PowerPoint 2003, 2007 dan 2010. Sebelum mencuba untuk menggunakan EZ-Converter FA, pastikan anda pergi ke laman web CASIO (https://www.casio-intl.
Untuk menukar fail PowerPoint kepada fail ECA atau fail PtG Sebelum melakukan apa-apa operasi yang dinyatakan di sini, anda perlu mempunyai fail yang dibuat menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2003, 2007 atau 2010 dalam simpanan. Penukaran fail PowerPoint kepada fail ECA atau PtG memerlukan fail asal dimainkan semula dari awal hingga akhir. Ambil perhatian bahawa masa yang diperlukan untuk penukaran adalah lebih kurang sama dengan masa yang diperlukan untuk main semula. 1.
7. Konfigurasikan seting seperti diperlukan pada kotak dialog. Yang berikut menerangkan maksud dan seting setiap item yang muncul pada kotak dialog. Item Kotak Dialog 8. Penerangan Input File Menunjukkan nama fail PowerPoint yang dipilih dalam langkah 6. Seting bagi item ini tidak boleh ditukar. Output Drive Menunjukkan nama pemacu cakera boleh tanggal (pemacu kilat USB atau kad memori) yang bersambung ke komputer dalam langkah 2.
Untuk menentukan resolusi skrin fail ECA atau fail PtG 1. Klik kanan pada sebelah kiri tetingkap EZ-Converter FA. 2. Pada menu yang muncul, klik “Output Resolution”. 3. Pada submenu yang muncul, pilih resolusi yang anda mahu. Pilih 1280 × 800 atau 1280 × 768. Jika anda tidak boleh pilih resolusi 1280 × 800 atau 1280 × 768, pilih 1024 × 768. Untuk fail PtG, pilih 1024 × 768 atau 800 × 600. Seting yang anda pilih di sini kekal digunakan sehingga anda menukarnya.
4. Pilih fail ECA atau fail PtG yang anda mahu main semula dan kemudian klik bebutang [Open]. Ini akan memaparkan panel kawalan di bahagian atas skrin. Panel kawalan Semasa main semula fail, anda boleh menggunakan bebutang panel kawalan untuk melakukan operasi yang diterangkan di bawah. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Pergi ke halaman sebelumnya Klik bebutang . Pergi ke halaman seterusnya Klik bebutang . Lompat ke halaman tertentu 1.
Menayang dengan Fungsi Paparan USB Gambaran Keseluruhan Fungsi Paparan USB Menyambung projektor ke komputer dengan kabel USB* membolehkan tayangan kandungan skrin komputer. Ini menyokong tayangan kandungan skrin walaupun bagi komputer kecil yang hanya mempunyai satu port USB, tetapi tiada RGB, HDMI atau jenis terminal output video lain. * Untuk menggunakan fungsi Paparan USB, sambungkan komputer pada port USB-B projektor.
Untuk menayang kandungan skrin komputer Windows melalui sambungan USB buat kali pertama 1. Tekan kunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 2. Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia “Paparan USB” ditayangkan. 3. Semasa komputer anda berjalan, gunakan kabel USB yang boleh didapati secara komersil untuk menyambungkan port USB-B projektor (jenis USB B) pada port USB komputer anda.
Untuk menayang kandungan skrin komputer Mac OS melalui sambungan USB buat kali pertama 1. Tekan kunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 2. Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia “Paparan USB” ditayangkan. 3. Semasa komputer anda berjalan, gunakan kabel USB yang boleh didapati secara komersil untuk menyambungkan port USB-B projektor pada port USB komputer anda.
Operasi yang Disokong semasa Tayangan melalui sambungan USB Operasi yang diterangkan dalam jadual di bawah disokong pada tetingkap CASIO USB Display semasa operasi. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Mulakan (sambung semula) tayangan skrin komputer Klik . Pegunkan tayangan skrin komputer Klik . Hentikan tayangan skrin komputer dan tayang skrin tunggu sedia paparan USB Klik . Mulakan output audio daripada komputer*1 Klik .
Untuk menayang kandungan skrin komputer melalui sambungan USB buat kali pertama 1. Hidupkan dan mulakan projektor dan komputer. 2. Tekan kunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 3. Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia “Paparan USB” ditayangkan. 4. Gunakan kabel USB untuk menyambungkan port USB-B projektor pada port USB komputer anda.
Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf Anda boleh menyambungkan kalkulator graf CASIO pada Projektor Data menggunakan kabel USB dan menayang imej skrin kalkulator dengan Projektor Data. Sambungan USB kalkulator graf CASIO berikut disokong. ClassPad II (fx-CP400) ClassPad 330 PLUS Siri fx-CG Siri fx-9860G Siri fx-9860GII fx-9750GII GRAPH 95/85/85 SD/75/75+/35+ Untuk menayang imej skrin kalkulator graf 1.
Membersihkan Projektor Jadikan satu kebiasaan untuk membersihkan projektor dalam selang masa yang tetap seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Sebelum membersihkan projektor, pastikan palam projektor dicabut dari salur kuasa dan pastikan ia sejuk sepenuhnya. Membersihkan Bahagian Luar Projektor Lap bahagian luar projektor dengan kain lembut yang telah dilembabkan dengan larutan lemah air dan detergen neutral lembut. Pastikan semua air yang berlebihan diperah dari kain sebelum mengelap.
Penyelesaian Masalah Penunjuk Penunjuk POWER/STANDBY dan penunjuk STATUS berubah untuk menunjukkan status semasa projektor seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran Mesej amaran dan penunjuk memberitahu anda masalah yang berlaku apabila ralat projektor berlaku. Apabila ralat berlaku, tunggu sehingga kipas berhenti sebelum mencabut palam kord kuasa AC. Jika anda mencabut palam kord kuasa AC semasa kipas masih berjalan, ralat boleh berlaku apabila anda memasangkan semula kord kuasa AC. Tekan kekunci [ESC] untuk menghilangkan mesej amaran.
Penunjuk/Mesej Ralat POWER : Merah stabil STATUS : Merah berkelip (selang masa 0.5 saat) Mesej : – POWER : Merah stabil STATUS : Merah berkelip (selang masa 2-saat atau 1-saat) Mesej : – Keterangan dan Tindakan yang Diperlukan Projektor dimatikan secara automatik kerana unit sumber cahaya dimatikan atau tidak dihidupkan. Selepas mengesahkan bahawa penunjuk POWER/STANDBY menyala merah (tanpa berkelip), cabut kord kuasa.
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan Tiada output bunyi daripada terminal AUDIO OUT Seting aras kelantangan projektor mungkin terlalu rendah atau disenyapkan. Gunakan alat kawalan jauh [VOLUME +] dan kunci [VOLUME –] untuk melaraskan paras kelantangan. Lihat halaman 20. Seting aras kelantangan peranti yang bersambung kepada projektor terlalu rendah atau peranti lain tidak mengeluarkan audio. Laraskan aras kelantangan peranti yang bersambung.
Masalah Kuasa tiba-tiba mati dan projektor mula semula. Penyebab dan Saranan Tindakan Projektor melakukan operasi pemeriksaan kendiri secara berkala. Dalam kes yang jarang berlaku, hasil daripada pemeriksaan kendiri mungkin menyebabkan projektor bermula semula secara automatik. Ini pada kebiasaannya tidak menunjukkan malfungsi, jadi anda boleh terus menggunakan projektor. Walau bagaimanapun, malfungsi mungkin ditunjukkan jika permulaan semula yang berturutan terus berlaku.
Lampiran Menyambung ke Output Video Komponen Bahagian ini menerangkan bagaimana membuat sambungan video komponen antara projektor dan peranti video. Terminal output video komponen mempunyai set 3 terminal: Y·Cb·Cr atau Y·Pb·Pr. Pastikan warna palam pada kabel video komponen sepadan dengan warna terminal (Hijau: Y; Biru: Cb/Pb; Red: Cr/ Pr). Ambil perhatian bahawa hanya sambungan ke terminal output video komponen analog disokong. Sambungan ke terminal output digital tidak disokong.
Siri XJ-F Projektor Peranti video Terminal KOMPUTER Terminal AUDIO IN Ke terminal output audio Ke terminal output video komponen Putih Merah Palam mini stereo Kabel audio jenis palam pin (boleh didapati secara komersil) Kabel video komponen (boleh didapati secara komersil) Menyambung ke Output Video Komposit atau Output S-Video (Siri XJ-F Sahaja) Projektor Kabel S-video (boleh didapati secara komersil) Ke terminal S-VIDEO Peranti video Ke terminal output S-video Ke terminal output audio/video
Membekalkan Kuasa ke Peralatan Luaran (Siri XJ-F Sahaja) Kuasa boleh dibekalkan ke peralatan luaran melalui port USB-A/DC 5V projektor model XJ-F20XN, XJ-F200WN, atau XJ-F210WN atau melalui port DC 5V projektor model XJ-F10X atau XJ-F100W. Mematikan kuasa projektor juga akan memutuskan kuasa yang sedang dibekalkan ke kelengkapan luaran.
Mengemas kini Perisian Tegar dan Memindahkan Logo Pengguna Dengan projektor Siri XJ-V, anda boleh mengemas kini perisian tegar (perisian dalam ROM kilat projektor) menggunakan komputer. Dengan projektor Siri XJ-F, anda boleh mengemas kini perisian tegar dan juga memindahkan imej ke projektor yang akan digunakan sebagai logo pengguna. Untuk butiran tentang operasi ini, rujuk “Projector Firmware Update Guide” dan “User Logo Transfer Guide”, yang tersedia untuk dimuat turun daripada laman web projektor CASIO.
Menggantung Projektor dari Siling Projektor boleh digantung dari siling. Apabila menggantung projektor daripada siling, anda boleh mengorientasikannya secara terbalik atau dengan lensa projektor menghadap terus ke bawah. Untuk butiran lengkap, hubungi penjual di mana anda membeli projektor itu. Apabila menggantung projektor dari siling, pastikan ia berada sekurang-kurangnya satu meter dari pengesan kebakaran, penggera kebakaran, dan peranti perlindungan kebakaran yang lain.
Jarak Tayangan dan Saiz Skrin Nilai jarak tayangan di bawah ialah untuk rujukan apabila menyediakan projektor. “h” dalam ilustrasi dan jadual menunjukkan jarak antara tengah lensa projektor dengan tepi bawah skrin projektor. h Anggaran Jarak Tayangan Saiz Tayangan XJ-V100W/XJ-V110W/XJ-F100W/ XJ-F200WN/XJ-F210WN XJ-V10X/XJ-F10X/XJ-F20XN Saiz Skrin Pepenjuru (cm) Jarak Minimum (m) Jarak Maksimum (m) h 30 76 0.93 1.38 0 – – – 35 89 – – – 0.92 1.37 8 40 102 1.27 1.88 0 1.
Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan Perkara berikut menunjukkan bagaimana imej ditayangkan mengikut jenis isyarat input dan seting nisbah bidang projektor.
XJ-V10X/XJ-F10X/XJ-F20XN Sumber input: RGB atau HDMI (PC) Isyarat Input Normal Penuh 16:9 16:10 16:10 4:3 SVGA (800 × 600) XGA (1024 × 768) WXGA (1280 × 800) SXGA (1280 × 1024) Sumber input: Video*, S-Video*, Komponen atau HDMI (DTV) Isyarat Input Normal 16:9 Imej Bidang 4:3 Imej Terpenyek Imej Kotak Surat Imej Bidang 16:9 * XJ-F10X/XJ-F20XN sahaja 80
Isyarat yang Disokong Walaupun jika sesuatu isyarat tersenarai dalam jadual di bawah, ia tidak menjamin yang anda akan boleh memaparkan imejnya dengan betul. Isyarat RGB VESA Nama Isyarat Resolusi Frekuensi Melintang (kHz) Frekuensi Menegak (Hz) 640 × 480/60 640 × 480 31.5 60 640 × 480/72 640 × 480 37.9 73 640 × 480/75 640 × 480 37.5 75 640 × 480/85 640 × 480 43.3 85 800 × 600/56 800 × 600 35.2 56 800 × 600/60 800 × 600 37.9 60 800 × 600/72 800 × 600 48.
Isyarat Komponen HDTV SDTV Nama Isyarat Frekuensi Melintang (kHz) Frekuensi Menegak (Hz) 1080p/50 56.3 50 1080p/60 67.5 60 720p/50 37.5 50 720p/60 45.0 60 1080i/50 28.1 50 1080i/60 33.7 60 576p/50 31.3 50 576i/50 16.6 50 480p/60 31.5 60 480i/60 15.7 60 Isyarat Video (Siri XJ-F sahaja) Nama Isyarat Frekuensi Melintang (kHz) NTSC 15.7 Frekuensi Menegak (Hz) 60 NTSC4.43 15.7 60 PAL 15.6 50 PAL-M 15.7 60 PAL-N 15.6 50 PAL60 15.7 60 SECAM 15.
Kawalan Projektor RS-232C Apabila terdapat sambungan bersiri antara projektor dan komputer, anda boleh mengawal projektor menggunakan arahan RS-232C yang dihantar dari komputer. Untuk membuat sambungan bersiri antara projektor dan komputer Sambungkan projektor dengan komputer seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah.
Menggunakan Arahan Kawalan Bahagian ini menerangkan arahan yang digunakan untuk mengawal projektor dari komputer. Format Penghantaran Arahan Konfigurasikan port bersiri komputer anda dengan seting berikut. Protokol Komunikasi Kadar Data 19200 bps Bit Data 8 bit Pariti Tiada Bit Henti 1 bit Kawalan Aliran Tiada Hantar arahan ini apabila anda mahu maklumat tentang persediaan semasa projektor data.
Senarai Arahan Hanya fungsi berikut disokong semasa projektor dimatikan. Jangan cuba hantar sebarang arahan lain kepada projektor. Kuasa hidup/mati: Baca Kuasa hidup: Tulis Dapatkan masa nyala: Baca Input isyarat yang sah mesti berlangsung untuk menggunakan arahan untuk menghidupkan skrin kosong atau menukar nisbah bidang.
Fungsi Kawalan Cahaya: Mengkonfigurasikan seting Kawalan Cahaya dan seting Mod Mati Kawalan Cahaya. Seting 2 hanya sah untuk projektor Siri XJ-F sahaja. Nama Arahan RW PMD RW Seting 0: Terang, 1: Normal 2: Sensor Cahaya Hidup 3: Output Cahaya 7 4: Output Cahaya 6 5: Output Cahaya 5 6: Output Cahaya 4 7: Output Cahaya 3 8: Output Cahaya 2 9: Output Cahaya 1 Pegun: Menghidupkan atau mematikan pegun.
Nama Arahan Fungsi Kelantangan +/–: Meningkatkan atau mengurangkan seting kelantangan semasa sebanyak 1. +: VLP –: VLM RW W Seting 0 hingga 30 Bisu: Menghidupkan atau mematikan bisu. MUT RW 0: Mati, 1: Hidup Paras Input Mikrofon: Melaraskan paras kelantangan input audio daripada terminal MIC. Arahan ini tersedia hanya untuk projektor model rangkaian sahaja.
GPL dan LGPL (1) Produk ini menggunakan perisian (Perisian ini) yang dibekalkan di bawah GNU General Public License (GPL) dan GNU Lesser General Public License (LGPL). Sebagai mematuhi GPL dan LGPL, kod sumber Perisian ini ialah kod sumber terbuka. Sesiapa saja yang berhasrat untuk melihat kod sumber terbuka ini boleh berbuat demikian dengan memuat turun dari tapak muat turun Projektor CASIO.
GNU GENERAL PUBLIC LICENSE Version 2, June 1991 Copyright (C) 1989, 1991 Free Software Foundation, Inc. 51 Franklin Street, Fifth Floor, Boston, MA 02110-1301, USA Everyone is permitted to copy and distribute verbatim copies of this license document, but changing it is not allowed. Preamble The licenses for most software are designed to take away your freedom to share and change it.
TERMS AND CONDITIONS FOR COPYING, DISTRIBUTION AND MODIFICATION 0. This License applies to any program or other work which contains a notice placed by the copyright holder saying it may be distributed under the terms of this General Public License.
These requirements apply to the modified work as a whole. If identifiable sections of that work are not derived from the Program, and can be reasonably considered independent and separate works in themselves, then this License, and its terms, do not apply to those sections when you distribute them as separate works.
5. You are not required to accept this License, since you have not signed it. However, nothing else grants you permission to modify or distribute the Program or its derivative works. These actions are prohibited by law if you do not accept this License. Therefore, by modifying or distributing the Program (or any work based on the Program), you indicate your acceptance of this License to do so, and all its terms and conditions for copying, distributing or modifying the Program or works based on it. 6.
10.If you wish to incorporate parts of the Program into other free programs whose distribution conditions are different, write to the author to ask for permission. For software which is copyrighted by the Free Software Foundation, write to the Free Software Foundation; we sometimes make exceptions for this. Our decision will be guided by the two goals of preserving the free status of all derivatives of our free software and of promoting the sharing and reuse of software generally. NO WARRANTY 11.
END OF TERMS AND CONDITIONS How to Apply These Terms to Your New Programs If you develop a new program, and you want it to be of the greatest possible use to the public, the best way to achieve this is to make it free software which everyone can redistribute and change under these terms. To do so, attach the following notices to the program.
GNU LESSER GENERAL PUBLIC LICENSE Version 2.1, February 1999 Copyright (C) 1991, 1999 Free Software Foundation, Inc. 51 Franklin Street, Fifth Floor, Boston, MA 02110-1301 USA Everyone is permitted to copy and distribute verbatim copies of this license document, but changing it is not allowed. [This is the first released version of the Lesser GPL. It also counts as the successor of the GNU Library Public License, version 2, hence the version number 2.1.
Most GNU software, including some libraries, is covered by the ordinary GNU General Public License. This license, the GNU Lesser General Public License, applies to certain designated libraries, and is quite different from the ordinary General Public License. We use this license for certain libraries in order to permit linking those libraries into non-free programs.
TERMS AND CONDITIONS FOR COPYING, DISTRIBUTION AND MODIFICATION 0. This License Agreement applies to any software library or other program which contains a notice placed by the copyright holder or other authorized party saying it may be distributed under the terms of this Lesser General Public License (also called “this License”). Each licensee is addressed as “you”.
d) If a facility in the modified Library refers to a function or a table of data to be supplied by an application program that uses the facility, other than as an argument passed when the facility is invoked, then you must make a good faith effort to ensure that, in the event an application does not supply such function or table, the facility still operates, and performs whatever part of its purpose remains meaningful.
However, linking a “work that uses the Library” with the Library creates an executable that is a derivative of the Library (because it contains portions of the Library), rather than a “work that uses the library”. The executable is therefore covered by this License. Section 6 states terms for distribution of such executables.
For an executable, the required form of the “work that uses the Library” must include any data and utility programs needed for reproducing the executable from it. However, as a special exception, the materials to be distributed need not include anything that is normally distributed (in either source or binary form) with the major components (compiler, kernel, and so on) of the operating system on which the executable runs, unless that component itself accompanies the executable.
It is not the purpose of this section to induce you to infringe any patents or other property right claims or to contest validity of any such claims; this section has the sole purpose of protecting the integrity of the free software distribution system which is implemented by public license practices.
END OF TERMS AND CONDITIONS How to Apply These Terms to Your New Libraries If you develop a new library, and you want it to be of the greatest possible use to the public, we recommend making it free software that everyone can redistribute and change. You can do so by permitting redistribution under these terms (or, alternatively, under the terms of the ordinary General Public License). To apply these terms, attach the following notices to the library.
MA2008-F