MS PROJEKTOR DATA Siri XJ-A XJ-A142/XJ-A147* XJ-A242/XJ-A247* XJ-A252/XJ-A257* Siri XJ-M XJ-M141/XJ-M146* XJ-M151/XJ-M156* XJ-M241/XJ-M246* XJ-M251/XJ-M256* *Model USB Panduan Pengguna Dalam manual ini, “Siri XJ-A” dan “Siri XJ-M” merujuk hanya kepada model khusus yang tersenarai di atas.
z DLP ialah tanda dagangan berdaftar Texas Instruments Amerika Syarikat. z Microsoft, Windows, dan Windows Vista ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. z HDMI, Logo HDMI dan High-Definition Multimedia Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI Licensing, LLC. z Mac OS ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Apple, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
Kandungan Ciri dan Fungsi Utama Projektor ................................... 7 Ciri yang Sama pada Semua Model ............................................................................ 7 Ciri Model USB ............................................................................................................ 7 Ciri Khusus Model Lain ................................................................................................ 8 Bersedia ...............................................................
Untuk menayang fail imej ....................................................................................... 29 Untuk menayang fail filem ...................................................................................... 29 Operasi Menu Fail ...................................................................................................... 31 Untuk togol menu fail antara paparan senarai dan paparan ikon .......................... 31 Untuk menatal menu fail........................................
Untuk melaras imej secara automatik (AUTO)........................................................ 50 Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT) ............................... 51 Untuk melaraskan kecerahan imej (FUNC)............................................................. 52 Untuk menukar mod warna (FUNC) ....................................................................... 52 Mod Eko (ECO).....................................................................................
Lampiran ........................................................................ 72 Menyambung ke Output Video Komponen..........................................72 Menyambung ke Output Video Komposit atau Output S-Video (Siri XJ-M Sahaja) .................................................................................73 Mengemas kini Perisian Tegar dan Memindahkan Logo Pengguna ....74 Untuk menyambungkan port LOGO projektor dengan port USB komputer.......... 74 Menggantung Projektor dari Siling..........
Ciri dan Fungsi Utama Projektor Ciri yang Sama pada Semua Model z Sumber Cahaya Hibrid Bebas Merkuri Laser asli CASIO dan sumber cahaya hibrid LED menyampaikan luminans tinggi daripada 2,500 hingga 3,000 lumen. Projektor ini tidak menggunakan lampu merkuri, menjadikannya mesra alam. z Pelbagai pilihan sumber input RGB analog, video komposit, S-video (Siri XJ-M sahaja), video komponen (Y·Cb·Cr, Y·Pb·Pr) dan sumber input HDMI disokong.
Ciri Khusus Model Lain Siri XJ-A z Nipis dan kompak Bersaiz fail A4 dan senipis kira-kira 43 mm. Cukup kompak untuk dipasang dan digunakan di mana-mana sahaja. Siri XJ-M z Sokongan tayangan imej 3D Tayangan isyarat imej 3D (protokol berjujukan medan 60Hz/120Hz) melalui satu daripada tiga sumber input (RGB analog, video komposit, S-video) disokong. • Cermin mata 3D (YA-G30) yang tersedia secara berasingan diperlukan untuk melihat imej 3D yang ditayangkan dalam bentuk 3D.
Bersedia Bahagian ini menerangkan cara memilih lokasi untuk projektor, cara menyambungkan kabelnya dan cara melaksanakan operasi lain yang diperlukan sebelum menggunakannya. Menyediakan Projektor Tempatkan projektor di atas meja atau tempat letak yang tegap dan rata. Pastikan anda menyediakan ruang yang mencukupi di bahagian sisi dan belakang projektor untuk pengaliran udara yang sempurna.
Langkah Berjaga-Jaga Persediaan z Gunakan salur keluar kuasa yang terletak berhampiran supaya anda dapat mencapainya dengan mudah apabila anda perlu mencabut palam projektor. z Jangan letakkan apa-apa objek dalam jarak 30 sm di sekeliling projektor. Perhatian khusus diperlukan untuk menjauhkan objek dari bukaan pengambilan udara dan ekzos projektor.
Menyambung Kabel Projektor Sambungkan projektor ke salur keluar kuasa dan pada peranti sumber input. Siri XJ-A Gunakan kabel RGB yang dibekalkan bersama projektor untuk bersambung pada terminal output RGB komputer atau sumber input lain. Gunakan kabel HDMI yang boleh didapati secara komersil untuk bersambung pada terminal output HDMI komputer, peralatan video atau sumber input lain. *1 *2 Gunakan kord kuasa yang dibekalkan untuk memasang projektor pada salur keluar kuasa.
Alat Kawalan Jauh Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh adalah kira-kira 5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat). 1 2 3 1 Pemancar isyarat alat kawalan jauh 2 Kekunci [P] (Kuasa) Menghidupkan atau mematikan kuasa. 3 Kekunci [INPUT] Untuk menukar sumber input.
Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh z Pastikan anda menggunakan bateri alkali sahaja. *Awas RISIKO LETUPAN JIKA BATERI DIGANTIKAN DENGAN JENIS YANG SALAH. BUANG BATERI YANG TELAH DIGUNAKAN MENGIKUT ARAHAN. 1. Buka penutup bateri di bahagian belakang alat kawalan jauh. 2. 3. Tutup penutup bateri di bahagian belakang alat kawalan jauh. Muatkan dua bateri baharu ke dalam petak, sambil memastikan bahawa hujung positif (+) dan negatif (–) bateri menghala ke arah yang betul.
Menayang Imej Bahagian ini menyediakan maklumat tentang cara menayang imej daripada pelbagai sumber input yang berbeza. Memilih Sumber Input Pemilihan sumber input menyediakan pilihan yang diterangkan dalam jadual di bawah. Nama Sumber Input Imej Tayangan Output (dan Audio) Komputer Imej skrin komputer yang bersambung pada terminal komputer projektor. Video Siri XJ-A: Imej dan audio dari peranti video yang bersambung pada terminal AV projektor.
Untuk memilih sumber input 1. Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 2. Bergantung pada sumber input, lakukan salah satu operasi yang diterangkan dalam jadual di bawah. Untuk memilih sumber input ini: Lakukan operasi ini: Komputer, Video, S-Video (Siri XJ-M), HDMI, Wayarles (Siri XJ-A), Rangkaian (Siri XJ-M), Paparan USB Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih nama sumber input yang anda mahu pilih dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. Pemapar Fail 1.
Mod Input 3D (Siri XJ-M Sahaja) Projektor anda menyokong penayangan imej 3D. Untuk menayangkan imej 3D, mula-mula masukan mod input 3D projektor, dan kemudian pilih sumber input. z Cermin mata 3D (YA-G30) yang tersedia secara berasingan diperlukan untuk melihat imej 3D yang ditayangkan dalam bentuk 3D. z Perisian khusus (CASIO 3D Converter) yang tersedia secara berasingan diperlukan untuk menayangkan imej 3D dengan projektor apabila komputer (RGB analog) menjadi sumber input.
Kembali kepada Mod Input Normal daripada Mod Input 3D 1. Tekan kekunci [INPUT] untuk memaparkan skrin pilihan sumber input. 2. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk mengalihkan penonjolan kepada “Ke mod input normal” dan tekan kekunci [ENTER]. z Ini memasukkan mod input normal dan menutup skrin pilihan sumber input. Kebalikan Melintang dalam Mod Input 3D Dalam 3D sebelah-menyebelah, bingkai penuh terdiri daripada dua belah di sebelah kiri dan kanan untuk setiap mata.
Menayang dengan Pemapar Fail (Model USB Sahaja) Gambaran Keseluruhan Pemapar Fail Pemapar Fail ialah satu aplikasi yang boleh anda gunakan untuk melihat atau memainkan semula jenis fail berbeza yang terletak dalam memori dalaman projektor atau pada peranti memori yang bersambung pada port USB projektor.
Untuk menyalin fail dari komputer ke memori dalaman projektor z Prosedur ini disokong pada komputer yang menjalankan salah satu sistem pengendalian di bawah. Windows: XP, Vista, 7, 8, 8.1 (Dilog masuk dengan keistimewaan pentadbir) Mac OS: 10.6, 10.7, 10.8, 10.9 (Dilog masuk dengan akaun akar atau akaun pengguna) z Untuk melaksanakan prosedur di bawah, anda mesti memilih terlebih dahulu salah satu yang berikut sebagai sumber input: Komputer, Video, S-Video (Siri XJ-M sahaja) atau HDMI.
9. Salin fail yang anda mahu tayangkan ke pemacu “InternalMem”. 10. Selepas anda menyalin semua fail yang anda mahukan, lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyahlekap pemacu “InternalMem” . Windows: Klik ikon “Safely Remove Hardware” (Alih Keluar Perkakasan Dengan Selamat) dalam dulang tugas (di sudut kanan bawah skrin). Pada menu yang muncul kemudiannya, pilih “USB Flash Drive” (Pemacu Kilat USB).
Memulakan Tayangan Fail yang Terletak dalam Memori Dalaman Projektor 1. Jika pemacu kilat USB atau peranti USB lain disambungkan pada port USB-A projektor, putuskan sambungannya. 2. Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 3. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Pemapar” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 4. Pada kotak dialog yang muncul, sahkan bahawa “Pemapar Fail” dipilih dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
Untuk memformat memori dalaman projektor (Pengguna Windows sahaja) *Awas Jangan sekali-kali memformat memori dalaman projektor daripada komputer yang menjalankan Mac OS. Melakukan demikian boleh menyahdayakan fungsi USB projektor. z Melakukan prosedur di bawah akan memadam semua folder dan fail yang ada dalam memori dalaman projektor. 1. Lakukan langkah 1 hingga 7 di bawah “Untuk menyalin fail dari komputer ke memori dalaman projektor” (halaman 19). 2.
Menayang Fail dari Peranti Memori Bersambung melalui USB Gunakan prosedur dalam bahagian ini apabila anda mahu menggunakan Pemapar Fail untuk menayang fail imej, fail filem, fail persembahan atau fail PDF dari pemacu kilat USB atau peranti memori lain. Peranti Memori yang Disokong Port USB-A Projektor Data menyokong sambungan peranti memori dengan format FAT/FAT32 yang disokong oleh antara muka USB. Berikut adalah peranti memori yang disokong.
Untuk menyambung kad memori pada projektor 1. Masukkan kad memori ke dalam slot kad pembaca kad USB. z Untuk maklumat lanjut mengenai cara memasukkan kad memori ke dalam pembaca kad USB, lihat dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama pembaca. 2. Sambungkan pembaca kad USB pada port USB-A Projektor Data. Siri XJ-A Siri XJ-M Untuk menyambung kamera digital pada projektor 1. Sekiranya perlu, konfigurasikan seting kelas storan massa USB kamera digital. 2.
Untuk memulakan tayangan fail yang berada dalam peranti memori yang bersambung melalui USB 1. Sambungkan peranti memori yang menyimpan fail yang anda mahu tayangkan pada port USB-A projektor. z Jika skrin utama Pemapar Fail muncul secara automatik, terus pergi ke langkah 5 prosedur ini. Jika tidak muncul, pergi ke langkah 2. Sila ambil perhatian bahawa skrin utama Pemapar Fail akan muncul secara automatik jika “Hidup” dipilih untuk seting “Pasang dan Main” pada Menu Persediaan projektor. 2.
7. Tekan kekunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Penukaran Pemacu” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 8. Bergantung pada fungsi yang anda pilih dalam langkah 5 prosedur ini, lakukan salah satu operasi di bawah. Jika anda memilih fungsi ini: Lakukan operasi ini: Persembahan Lakukan prosedur daripada langkah 2 di bawah “Untuk menayang fail persembahan” (halaman 27). Pemapar PDF Lakukan prosedur daripada langkah 2 di bawah “Untuk menayang fail PDF” (halaman 28).
Menayang Fail Bahagian ini menerangkan prosedur untuk anda menayang setiap jenis fail menggunakan Pemapar Fail. Untuk menayang fail persembahan 1. Pada skrin utama Pemapar Fail, pilih “Persembahan” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan menu fail persembahan (ECA atau PtG). 2. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih fail persembahan yang anda mahu mainkan dan kemudian tekan kekunci [ENTER] (atau kekunci [ ]). z Ini akan memulakan main semula fail persembahan yang dipilih. 3.
Untuk menayang fail PDF 1. Pada skrin utama Pemapar Fail, pilih “Pemapar PDF” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan senarai fail PDF. 2. Gunakan kekunc [T] dan [S] untuk memilih fail PDF yang anda mahu buka dan kemudian tekan kekunci [ENTER] (atau kekunci [ ]). z Ini akan membuka fail PDF yang dipilih. 3. Lakukan pertukaran halaman, zum dan operasi lain jika perlu. z Operasi berikut disokong semasa tayangan fail PDF.
Untuk menayang fail imej 1. Pada skrin utama Pemapar Fail, pilih “Slaid” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan senarai fail imej. 2. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih fail imej yang anda mahu buka dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini akan menayang fail imej yang dipilih. z Menekan kekunci [ ] dan bukan kekunci [ENTER] akan memulakan persembahan slaid imej bermula daripada fail yang dipilih. 3.
3. Lakukan maju pantas, undur pantas, jeda dan operasi lain sebagaimana perlu. z Operasi yang diterangkan di bawah disokong semasa main semula fail filem. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Jeda dan sambung semula main semula filem Tekan kekunci [ENTER] atau kekunci [ ]. z Ikon jeda ( ) dipaparkan di sudut kiri atas skrin tayangan semasa tayangan filem dijeda. Mainkan semula fail dari permulaan 1. Tekan kekunci [FUNC]. 2.
Operasi Menu Fail Terdapat dua paparan berbeza untuk menu fail Pemapar Fail: paparan senarai dan paparan ikon. Paparan Senarai Paparan ini menunjukkan senarai nama folder dan fail dalam memori dalaman projektor, atau pada peranti memori yang bersambung pada port USB projektor. Folder dan fail dipaparkan dalam format ini sejurus anda pergi dari skrin utama Pemapar Fail ke Mod Persembahan, Mod Pemapar PDF, Mod Slaid atau Mod Filem.
Mengkonfigurasi Seting Pemapar Fail Bahagian ini menerangkan cara mengkonfigurasi seting Pemapar Fail, termasuk seting yang mengawal apa yang muncul pada menu fail Pemapar Fail. Untuk mengkonfigurasi seting Pemapar Fail 1. Pada skrin utama Pemapar Fail, pilih “Tetapan Pemapar” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan skrin “Persediaan Pemapar”. 2. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih item yang anda mahu tukar setingnya. 3.
Item Seting Pemapar Fail Seting lalai awal untuk setiap item ditandakan dengan asterisk (*). Nama Seting Penerangan Persediaan Urutan Paparan Menyatakan urutan imej dalam menu fail. Nama Fail (Menaik)*: Memaparkan fail mengikut susunan menaik nama fail. Nama Fail (Menurun): Memaparkan fail mengikut susunan menurun nama fail. Sambungan Nama Fail (Menaik): Memaparkan nama fail mengikut susunan abjad menaik sambungan nama fail.
Autojalan Autojalan membenarkan anda mengkonfigurasi projektor untuk menayang secara automatik fail imej atau fail filem yang terletak dalam folder khas yang dinamakan AUTORUNC. Waktu tayangan auto dilaksanakan bergantung pada di mana folder AUTORUNC ditempatkan. Apabila AUTORUNC diletakkan di sini: Autojalan dilakukan pada masa ini: Memori dalaman Apabila projektor dihidupkan. Pemacu kilat USB Apabila pemacu kilat USB dipasang pada port USB-A projektor.
Untuk tayangan auto fail imej atau fail filem dari memori dalaman projektor 1. Lakukan langkah 1 hingga 8 di bawah “Untuk menyalin fail dari komputer ke memori dalaman projektor” (halaman 19). 2. Buat folder bernama “AUTORUNC” (semua aksara huruf besar bit tunggal) dalam direktori akar pemacu “InternalMem” (memori dalaman projektor). 3. Masukkan semua fail imej atau fail filem yang anda mahu tayang dengan Autojalan ke dalam folder yang anda buat dalam langkah 2.
Penyelesaian Masalah Pemapar Fail Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan Pemapar Fail tidak muncul apabila saya menyambungkan pemacu kilat USB pada port USB-A Projektor Data. z Pemacu kilat USB yang anda sambungkan mungkin mempunyai format yang tidak dikenali oleh Projektor Data. Sambungkan pemacu kilat USB pada komputer anda untuk menyemak jika sistem failnya adalah FAT atau FAT32. Jika ia bukan, format semula pemacu kilat USB kepada FAT atau FAT32.
Mesej Ralat Pemapar Fail Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan Folder tidak mengandungi sebarang fail imej. Tiada folder atau fail yang boleh dipapar dalam folder yang anda sedang cuba capai dengan Pemapar Fail. Guna komputer anda untuk menyemak kandungan folder tersebut. Untuk butiran lanjut mengenai format fail yang disokong untuk main semula Projektor Data, lihat “Fail Main Semula yang Disokong” (halaman 18). Fail ECA/PtG ini tidak boleh dimainkan.
Menggunakan EZ-Converter FA untuk Menukar Fail PowerPoint kepada Fail ECA atau PtG EZ-Converter FA adalah perisian komputer untuk menukar fail PowerPoint kepada fail ECA atau fail PtG, yang boleh dimainkan semula menggunakan Pemapar Fail projektor. EZ-Converter FA menyokong penukaran fail yang dibuat dengan Microsoft Office PowerPoint 2003, 2007 dan 2010. Sebelum cuba menggunakan EZ-Converter FA, pastikan anda pergi ke laman web CASIO (https://www.casio-intl.
Untuk menukar fail PowerPoint kepada fail ECA atau fail PtG z Sebelum melakukan apa-apa operasi yang dinyatakan di sini, anda perlu mempunyai fail yang dibuat menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2003, 2007 atau 2010 dalam simpanan. z Penukaran fail PowerPoint kepada fail ECA atau PtG memerlukan fail asal dimainkan semula dari awal hingga akhir. Ambil perhatian bahawa masa yang diperlukan untuk penukaran adalah lebih kurang sama dengan masa yang diperlukan untuk main semula. 1.
7. Konfigurasikan seting seperti diperlukan pada kotak dialog. z Yang berikut menerangkan maksud dan seting setiap item yang muncul pada kotak dialog. Item Kotak Dialog 8. Penerangan Input File Menunjukkan nama fail PowerPoint yang dipilih dalam langkah 6. Seting bagi item ini tidak boleh ditukar. Output Drive Menunjukkan nama pemacu cakera boleh alih (pemacu kilat USB atau kad memori) yang disambungkan pada komputer dalam langkah 2.
Untuk menentukan resolusi skrin fail ECA atau fail PtG 1. Klik kanan bahagian kiri tetingkap EZ-Converter FA. 2. Pada menu yang muncul, klik “Output Resolution”. 3. Pada submenu yang muncul, pilih resolusi yang anda mahu. z Pilih 1280 × 800 atau 1280 × 768. Jika anda tidak boleh memilih resolusi 1280 × 800 atau 1280 × 768, pilih 1024 × 768. z Untuk fail PtG, pilih 1024 × 768 atau 800 × 600. z Seting yang anda pilih di sini kekal digunakan sehingga anda menukarnya.
4. Pilih fail ECA atau fail PtG yang anda mahu main semula dan kemudian klik bebutang [Open] . z Ini akan memaparkan panel kawalan di bahagian atas skrin. Panel kawalan z Semasa main semula fail, anda boleh menggunakan bebutang panel kawalan untuk melakukan operasi yang diterangkan di bawah. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Pergi ke halaman sebelumnya Klik bebutang . Pergi ke halaman seterusnya Klik bebutang . Lompat ke halaman tertentu 1.
Menayang dengan Fungsi Paparan USB (Model USB Sahaja) Gambaran Keseluruhan Fungsi Paparan USB Menyambung projektor ke komputer dengan kabel USB* membolehkan tayangan kandungan skrin komputer. Ini menyokong tayangan kandungan skrin walaupun bagi komputer kecil yang hanya mempunyai satu port USB, tetapi tiada RGB, HDMI atau jenis terminal output video lain. * Untuk menggunakan fungsi Paparan USB, sambungkan komputer pada port USB-B projektor.
Untuk menayang kandungan skrin komputer Windows melalui sambungan USB buat kali pertama 1. Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 2. Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia Paparan USB ditayangkan. 3. Semasa komputer anda berjalan, gunakan kabel USB yang boleh didapati secara komersil untuk menyambungkan port USB-B projektor (jenis B Mikro USB) pada port USB komputer anda.
Untuk menayang kandungan skrin komputer Mac OS melalui sambungan USB buat kali pertama 1. Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 2. Gunakan kekunci [] dan [] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia Paparan USB ditayangkan. 3. Semasa komputer anda berjalan, gunakan kabel USB yang boleh didapati secara komersil untuk menyambungkan port USB-B projektor pada port USB komputer anda.
Operasi yang Disokong semasa Tayangan melalui sambungan USB Operasi yang diterangkan dalam jadual di bawah disokong pada tetingkap CASIO USB Display semasa tayangan. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Mulakan (sambung semula) tayangan skrin komputer Klik . Pegunkan tayangan skrin komputer Klik . Hentikan tayangan skrin komputer dan tayang skrin tunggu sedia paparan USB Klik . Mulakan output audio dari komputer*1*3 Klik .
Untuk menayang kandungan skrin komputer melalui sambungan USB buat kali pertama 1. Hidupkan dan mulakan projektor dan komputer. 2. Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 3. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia Paparan USB ditayangkan. 4. Gunakan kabel USB untuk menyambungkan port USB-B projektor pada port USB komputer anda.
Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf (Model USB Sahaja) Anda boleh menyambungkan kalkulator graf CASIO pada Projektor Data menggunakan kabel USB dan menayang imej skrin kalkulator dengan Projektor Data. Sambungan USB kalkulator graf CASIO berikut disokong. z ClassPad II (fx-CP400) z ClassPad 330 PLUS z Siri fx-CG z Siri fx-9860G z Siri fx-9860GII z fx-9750GII z GRAPH 95/85/85 SD/75/75+/35+ Untuk menayang imej skrin kalkulator graf 1.
Mengendalikan Projektor Bahagian ini menerangkan cara menggunakan alat kawalan jauh untuk melakukan operasi projektor. Imej Output dan Operasi Audio Untuk menggunakan pembetulan pepasak manual (KEYSTONE) Projektor ini mempunyai ciri pembetulan pepasak yang menghalang herotan imej yang ditayang apabila menayang dari satu sudut. Projektor mengesan apabila ia berada pada sudut menegak kepada skrin dan melakukan pembetulan pepasak secara automatik.
Untuk membisukan audio (VOLUME) 1. Tekan kekunci [VOLUME +] atau [VOLUME –] untuk memaparkan skrin “Kelantangan”. 2. Tekan kekunci [ENTER]. z Ini menghentikan output dari pembesar suara. 3. Untuk mengembalikan audio, tekan kekunci [VOLUME +] atau [VOLUME –]. Untuk mengosongkan imej dan membisukan audio seketika (BLANK) 1. Tekan kekunci [BLANK].
Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT) Tekan kekunci [ASPECT] untuk mengitar semua seting nisbah bidang untuk imej yang ditayang. Seting yang tersedia bergantung pada model projektor anda seperti di bawah. XJ-A242/XJ-A247/XJ-A252/XJ-A257/XJ-M241/XJ-M246/XJ-M251/XJ-M256 Menekan kekunci [ASPECT] akan mengitar semua seting menurut sumber input semasa seperti di bawah.
Untuk melaraskan kecerahan imej (FUNC) 1. Tekan kekunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Kecerahan” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 2. Pada skrin pelarasan kecerahan yang muncul, gunakan kekunci [W] dan [X] untuk melaraskan kecerahan. 3. Untuk menyembunyikan tetingkap tersebut, tekan kekunci [ESC]. Untuk menukar mod warna (FUNC) 1. Tekan kekunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Mod Warna” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini akan memaparkan tetingkap pemilihan mod warna.
Mod Eko (ECO) Tiga seting Mod Eko berikut tersedia untuk menentukan sama ada keutamaan harus diberikan kepada kuasa rendah, operasi rendah hingar atau kepada kecerahan tayangan. Hidup (Auto) : Penderia kecerahan pada bahagian atas projektor mengesan cahaya di persekitaran, dan secara automatik melaraskan kecerahan dan warna tayangan mengikut kesesuaian. Kecerahan dikurangkan untuk persekitaran yang lebih gelap, yang menjimatkan kuasa dan mengurangkan hingar operasi.
Menggunakan Pemasa Persembahan (TIMER) Pemasa persembahan menunjukkan kira detik dari nilai masa yang dipraset. Anda boleh menggunakannya untuk mengesan berapa banyak masa telah berlalu semasa persembahan anda, dan untuk mengehadkan persembahan kepada jumlah masa yang dipraset. Anda boleh mengkonfigurasi pemasa persembahan supaya ia dipaparkan dalam imej yang ditayang. Untuk memaparkan pemasa Apabila pemasa tidak dipaparkan pada imej yang ditayang, tekan kekunci [TIMER] sekali.
Untuk mengkonfigurasi seting pemasa 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih seting “Kedudukan”, “Paparan Berterusan”, atau “Masa Mula” dan kemudian tukar seting seperti yang diterangkan dalam jadual di bawah. 3.
Untuk menjeda pengiraan detik pemasa 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Pilih “Jeda Pemasa” dan tekan kekunci [ENTER]. Untuk menyambung semula pengiraan detik pemasa yang dijedakan 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Pilih “Mula Semula Pemasa” dan tekan kekunci [ENTER]. Untuk menetapkan semula pemasa kepada masa mulanya. 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2.
Menggunakan Menu Persediaan (MENU) Menekan kekunci [MENU] memaparkan Menu Persediaan yang ditunjukkan di bawah pada skrin tayangan. Anda boleh menggunakan menu ini untuk melaraskan kecerahan, kontras, dan seting lain imej yang ditayangkan serta untuk menukar seting projektor. Item Menu (Submenu) Item Menu (Menu Utama) Penonjolan Panduan Panduan menunjukkan operasi utama yang boleh dilakukan untuk item menu semasa yang terpilih (ditonjolkan).
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Pelarasan Imej 1 3 Ketajaman (V) Gunakan submenu ini untuk melaraskan ketajaman garis rangka imej yang ditayangkan. Nilai yang lebih besar menjadikan imej lebih tajam, manakala nilai yang lebih kecil menjadikannya kurang tajam. Pelarasan Imej 1 3 Ketepuan (V) Gunakan submenu ini untuk melaraskan ketepuan warna imej yang ditayangkan. Nilai yang lebih besar meningkatkan ketepuan warna.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Skrin 3 Nisbah Bidang (RCVHD) Pilih seting nisbah bidang untuk imej yang ditayangkan. Lihat “Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)” (halaman 51) untuk butiran lanjut. Seting Skrin 3 Mod Tayangan Nyatakan sama ada tayangan akan berlangsung dari hadapan atau belakang skrin. Hadapan*: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari hadapan skrin. Belakang: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari belakang skrin.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Opsyen 1 3 Mati Kuasa Auto Nyatakan jumlah masa operasi projektor dan ketidakaktifan isyarat input yang dibenarkan sebelum Mati Kuasa Auto dicetuskan untuk mematikan kuasa projektor secara automatik. Mati Kuasa Auto boleh dinyahdayakan, jika anda mahu. 5 min, 10 min*, 15 min, 20 min, 30 min: Masa sehingga Mati Kuasa Auto dicetuskan. Mati: Menyahdayakan Mati Kuasa Auto. Seting Opsyen 1 3 Kata Laluan Lihat “Perlindungan Kata Laluan” (halaman 62).
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Opsyen 2 3 Altitud Tinggi Hidupkan atau matikan seting kelajuan kipas altitud tinggi mengikut altitud kawasan tempat anda menggunakan projektor. Hidup: Pilih seting ini apabila menggunakan projektor di kawasan altitud tinggi (1,500 hingga 3,000 meter di atas paras laut) di mana udara adalah nipis. Seting ini meningkatkan kecekapan penyejukan. Mati*: Pilih seting ini pada altitud biasa (sehingga 1,500 meter).
Perlindungan Kata Laluan Operasi yang diterangkan di bawah boleh dilindungi kata laluan pada projektor. Anda hanya boleh ada satu kata laluan diperuntukkan kepada projektor pada bila-bila masa dan kata laluan yang sama digunakan untuk operasi. z Perlindungan permulaan projektor Projektor boleh dikonfigurasikan supaya kotak dialog yang meminta input kata laluan dipaparkan setiap kali projektor dihidupkan.
Untuk menukar kata laluan 1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Opsyen 1”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 3. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Kata Laluan”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini akan memaparkan kotak dialog yang meminta anda memasukkan kata laluan semasa. 4. Masukkan kata laluan semasa.
Untuk menukar seting hidup kuasa dengan kata laluan 1. Lakukan langkah 1 hingga 5 di bawah “Untuk menukar kata laluan” (halaman 63) dan paparkan skrin Kata Laluan. 2. Setelah mengesahkan bahawa “Hidup Kuasa dengan Kata Laluan” dipilih, gunakan kekunci [W] dan [X] untuk memilih sama ada seting “Hidup” atau “Mati”. z Menukarkan seting daripada “Mati” kepada “Hidup” akan menyebabkan kotak dialog “Minta kata laluan apabila kuasa dihidupkan?” muncul.
Kunci Panel Kawalan Kunci panel kawalan menyahdayakan (mengunci) semua kekunci projector, kecuali kekunci [P] (Kuasa). Ini membataskan operasi projektor kepada alat kawalan jauh, yang melindunginya daripada operasi salah secara tidak sengaja. Untuk mengunci panel kawalan 1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Opsyen 2”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 3. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Kunci Panel Kawalan”. 4.
Membersihkan Projektor Jadikan satu kebiasaan untuk membersihkan projektor dalam selang masa yang tetap seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Sebelum membersihkan projektor, pastikan palam projektor dicabut dari salur kuasa dan pastikan ia sejuk sepenuhnya. Membersihkan Bahagian Luar Projektor Lap bahagian luar projektor dengan kain lembut yang telah dilembabkan dengan larutan lemah air dan detergen neutral lembut. Pastikan semua air yang berlebihan diperah dari kain sebelum mengelap.
Penyelesaian Masalah Penunjuk Penunjuk memastikan anda tahu tentang status operasi semasa projektor. Perkara berikut menunjukkan bagaimana penunjuk kelihatan apabila operasi dalam keadaan biasa. Apabila penunjuk kelihatan seperti ini: POWER/ STANDBY LIGHT TEMP Ia bermaksud ini: Anda telah pasangkan kord kuasa AC pada salur kuasa. Tunggu sehingga projektor berada dalam keadaan tunggu sedia (lihat di bawah) sebelum cuba menghidupkan kuasa.
Penunjuk Ralat dan Mesej Amaran Mesej amaran dan penunjuk memberitahu anda masalah yang berlaku apabila ralat projektor berlaku. z Apabila ralat berlaku, tunggu sehingga kipas berhenti sebelum mencabut palam kord kuasa AC. Jika anda mencabut palam kord kuasa AC semasa kipas masih berjalan, ralat boleh berlaku apabila anda memasangkan semula kord kuasa AC. z Tekan kekunci [ESC] untuk menghilangkan mesej amaran.
Penunjuk/Mesej Ralat POWER : Hijau stabil LIGHT : – TEMP : – Mesej : Sedikit masalah berlaku dengan port USB atau terminal LAN. POWER : Hijau stabil LIGHT : – TEMP : – Mesej : Zum dan fokus tidak boleh dilakukan atas sebab tertentu. Cuba matikan dan hidupkan semula projektor. Jika mesej ini muncul semula, mohon penserrisan. POWER : Merah stabil LIGHT : – TEMP : Merah stabil Mesej : – POWER : Merah stabil LIGHT : Merah berkelip (selang 0.5 saat) TEMP : Merah berkelip (selang 0.
Penyelesaian Masalah Projektor Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor. Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan Kuasa tidak hidup. z Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa AC tidak bersambung dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul. z Jika penunjuk TEMP atau LIGHT terus berkelip atau menyala, ini bermaksud terdapat ralat yang telah berlaku. Lihat “Penunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 68).
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan Teks kabur. z Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Laraskan fokus imej. z Seting frekuensi dan/atau fasa semasa tidak sepadan dengan isyarat input. (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.) Tekan kekunci [AUTO] untuk melaksanakan operasi pelarasan automatik. z Pada menu persediaan, lakukan pelarasan“Pelarasan Imej 2 J Frekuensi” dan “Pelarasan Imej 2 J Fasa”. (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.) Lihat halaman 58.
Lampiran Menyambung ke Output Video Komponen Bahagian ini menerangkan bagaimana membuat sambungan video komponen antara projektor dan peranti video. z Terminal output video komponen mempunyai set 3 terminal: Y·Cb·Cr atau Y·Pb·Pr. Pastikan anda memadankan warna palam pada kabel video komponen dengan warna pada terminal (Hijau: Y; Biru: Cb/Pb; Merah: Cr/Pr). z Ambil perhatian bahawa hanya sambungan ke terminal output video komponen analog disokong. Sambungan ke terminal output digital tidak disokong.
Menyambung ke Output Video Komposit atau Output S-Video (Siri XJ-M Sahaja) Projektor Kabel S-video (boleh didapati secara komersil) Ke terminal S-VIDEO Peranti video Ke terminal output S-video Ke terminal output audio/video Merah: Ke terminal R AUDIO MASUK Kuning: Ke terminal VIDEO Putih: Ke terminal L AUDIO MASUK Kabel video/audio jenis palam pin (boleh didapati secara komersil) z Sila ambil perhatian bahawa tidak kira sama ada imej yang ditayangkan diinputkan melalui terminal S-VIDEO projektor at
Mengemas kini Perisian Tegar dan Memindahkan Logo Pengguna Perisian tegar projektor (perisian dalam ROM kilat projektor) boleh dikemas kini dan imej logo pengguna boleh dipindahkan ke projektor dari komputer yang bersambung kepada port LOGO projektor (port USB untuk pengemaskinian ROM) dengan kabel USB. Untuk menyambungkan port LOGO projektor dengan port USB komputer Gunakan kabel USB yang dijual secara komersil untuk menyambungkan port LOGO projektor ke port USB komputer.
Menggantung Projektor dari Siling Projektor boleh digantung dari siling. Apabila berbuat demikian, projektor perlu diterbalikkan, dan dipasangkan ke siling. Untuk butiran lengkap, hubungi penjual di mana anda membeli projektor itu. Apabila menggantung projektor dari siling, pastikan ia berada sekurang-kurangnya satu meter dari pengesan kebakaran, penggera kebakaran, dan peranti perlindungan kebakaran yang lain.
Jarak Tayangan dan Saiz Skrin z Nilai jarak tayangan di bawah ialah untuk rujukan apabila menyediakan projektor. z “h” dalam ilustrasi dan jadual menunjukkan jarak antara tengah lensa projektor dengan tepi bawah skrin projektor. Siri XJ-A h Anggaran Jarak Tayangan Saiz Tayangan XJ-A142/XJ-A147 Jarak Maksimum (m) XJ-A242/XJ-A247/XJ-A252/XJ-A257 Saiz Skrin Pepenjuru (sm) Jarak Minimum (m) h Jarak Minimum (m) Jarak Maksimum (m) 40 102 1.1 2.2 0 1.0 1.9 9 60 152 1.7 3.4 0 1.4 2.
Siri XJ-M h Jadual berikut menunjukkan pertalian antara jarak dan saiz imej yang ditayangkan. Anggaran Jarak Tayangan Saiz Tayangan XJ-M141/XJ-M146/ XJ-M151/XJ-M156 XJ-M241/XJ-M246/ XJ-M251/XJ-M256 Saiz Skrin Pepenjuru (sm) Jarak Minimum (m) Jarak Maksimum (m) h Jarak Minimum (m) Jarak Maksimum (m) 30 76 1.0 1.5 0 – – – 35 89 – – – 1.0 1.5 8 40 102 1.3 2.0 0 1.1 1.7 9 60 152 2.0 3.0 0 1.7 2.5 13 80 203 2.7 4.0 0 2.3 3.4 18 100 254 3.4 5.0 0 2.9 4.
Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan Perkara berikut menunjukkan bagaimana imej ditayangkan mengikut jenis isyarat input dan seting nisbah bidang projektor.
XJ-A142/XJ-A147/XJ-M141/XJ-M146/XJ-M151/XJ-M156 Sumber input: RGB atau HDMI (PC) Isyarat Input Normal Penuh 16:9 SVGA (800 × 600) XGA (1024 × 768) WXGA (1280 × 800) SXGA (1280 × 1024) Sumber input: Video, komponent atau HDMI (DTV) Isyarat Input Normal 16:9 Imej Bidang 4:3 Imej Terpenyek Imej Kotak Surat Imej Bidang 16:9 79 4:3
Isyarat yang Disokong z Walaupun jika sesuatu isyarat tersenarai dalam jadual di bawah, ia tidak menjamin yang anda akan boleh memaparkan imejnya dengan betul. Isyarat RGB VESA Nama Isyarat Resolusi Frekuensi Melintang (kHz) Frekuensi Menegak (Hz) 640 × 480/60 640 × 480 31.5 60 640 × 480/72 640 × 480 37.9 73 640 × 480/75 640 × 480 37.5 75 640 × 480/85 640 × 480 43.3 85 800 × 600/56 800 × 600 35.2 56 800 × 600/60 800 × 600 37.9 60 800 × 600/72 800 × 600 48.
Isyarat Komponen HDTV SDTV Nama Isyarat Frekuensi Melintang (kHz) Frekuensi Menegak (Hz) 1080p/50 56.3 50 1080p/60 67.5 60 720p/50 37.5 50 720p/60 45.0 60 1080i/50 28.1 50 1080i/60 33.7 60 576p/50 31.3 50 576i/50 16.6 50 480p/60 31.5 60 480i/60 15.7 60 Isyarat Video Nama Isyarat Frekuensi Melintang (kHz) NTSC 15.7 Frekuensi Menegak (Hz) 60 NTSC4.43 15.7 60 PAL 15.6 50 PAL-M 15.7 60 PAL-N 15.6 50 PAL60 15.7 60 SECAM 15.
Isyarat 3D (Mod Input 3D) Frekuensi Melintang (kHz) Nama Isyarat Isyarat RGB Isyarat Video, Isyarat S-Video Frekuensi Menegak (Hz) 640 × 480/60 31.5 60 640 × 480/120 61.7 120 800 × 600/60 37.9 60 800 × 600/120 77.2 120 1024 × 768/60 48.4 60 1024 × 768/120 98.8 120 1280 × 768/60 47.8 60 1280 × 768/120 97.4 120 1280 × 800/60 49.7 60 1280 × 800/120 101.6 120 NTSC 15.
Kawalan Projektor RS-232C Apabila terdapat sambungan bersiri antara projektor dan komputer, anda boleh mengawal projektor menggunakan arahan RS-232C yang dihantar dari komputer. Untuk membuat sambungan bersiri antara projektor dan komputer Sambungkan projektor dengan komputer seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah.
Menggunakan Arahan Kawalan Bahagian ini menerangkan arahan yang digunakan untuk mengawal projektor dari komputer. Format Penghantaran Arahan Konfigurasikan port bersiri komputer anda dengan seting berikut. Protokol Komunikasi Kadar Data 19200 bps Bit Data 8 bit Pariti Tiada Bit Henti 1 bit Kawalan Aliran Tiada Hantar arahan ini apabila anda mahu maklumat tentang persediaan semasa projektor data.
Senarai Arahan z Hanya fungsi berikut disokong semasa projektor dimatikan. Jangan cuba hantar sebarang arahan lain kepada projektor. z Kuasa hidup/mati: Baca z Kuasa hidup: Tulis z Dapatkan masa nyala: Baca z Input isyarat yang sah mesti berlangsung untuk menggunakan arahan untuk menghidupkan skrin kosong atau menukar nisbah bidang.
Fungsi Mod Eko: Memasuki Mod Eko. Nama Arahan RW PMD RW Julat Seting 0: Mati (Terang), 1: Mati (Normal), 2: Hidup (Auto), 3: Hidup (Manual 1), 4: Hidup (Manual 2), 5: Hidup (Manual 3), 6: Hidup (Manual 4), 7: Hidup (Manual 5) Kaku: Menghidupkan atau mematikan kaku. FRZ RW 0: Mati, 1: Hidup Pembetulan Pepasak: Menetapkan seting pembetulan pepasak sebagai nilai yang sepadan dengan seting “Pembetulan Pepasak” Menu Persediaan yang biasa di bawah.
Nama Arahan Fungsi Kelantangan +/–: Meninggikan atau merendahkan seting kelantangan semasa sebanyak 1. Senyap: Menghidupkan atau mematikan mod senyap.
GPL dan LGPL (1) Produk ini menggunakan perisian (Perisian ini) yang dibekalkan di bawah GNU General Public License (GPL) dan GNU Lesser General Public License (LGPL). Sebagai mematuhi GPL dan LGPL, kod sumber Perisian ini ialah kod sumber terbuka. Sesiapa saja yang berhasrat untuk melihat kod sumber terbuka ini boleh berbuat demikian dengan memuat turun dari tapak muat turun Projektor CASIO.
GNU GENERAL PUBLIC LICENSE Version 2, June 1991 Copyright (C) 1989, 1991 Free Software Foundation, Inc. 51 Franklin Street, Fifth Floor, Boston, MA 02110-1301, USA Everyone is permitted to copy and distribute verbatim copies of this license document, but changing it is not allowed. Preamble The licenses for most software are designed to take away your freedom to share and change it.
TERMS AND CONDITIONS FOR COPYING, DISTRIBUTION AND MODIFICATION 0. This License applies to any program or other work which contains a notice placed by the copyright holder saying it may be distributed under the terms of this General Public License.
These requirements apply to the modified work as a whole. If identifiable sections of that work are not derived from the Program, and can be reasonably considered independent and separate works in themselves, then this License, and its terms, do not apply to those sections when you distribute them as separate works.
5. You are not required to accept this License, since you have not signed it. However, nothing else grants you permission to modify or distribute the Program or its derivative works. These actions are prohibited by law if you do not accept this License. Therefore, by modifying or distributing the Program (or any work based on the Program), you indicate your acceptance of this License to do so, and all its terms and conditions for copying, distributing or modifying the Program or works based on it. 6.
10.If you wish to incorporate parts of the Program into other free programs whose distribution conditions are different, write to the author to ask for permission. For software which is copyrighted by the Free Software Foundation, write to the Free Software Foundation; we sometimes make exceptions for this. Our decision will be guided by the two goals of preserving the free status of all derivatives of our free software and of promoting the sharing and reuse of software generally. NO WARRANTY 11.
END OF TERMS AND CONDITIONS How to Apply These Terms to Your New Programs If you develop a new program, and you want it to be of the greatest possible use to the public, the best way to achieve this is to make it free software which everyone can redistribute and change under these terms. To do so, attach the following notices to the program.
GNU LESSER GENERAL PUBLIC LICENSE Version 2.1, February 1999 Copyright (C) 1991, 1999 Free Software Foundation, Inc. 51 Franklin Street, Fifth Floor, Boston, MA 02110-1301 USA Everyone is permitted to copy and distribute verbatim copies of this license document, but changing it is not allowed. [This is the first released version of the Lesser GPL. It also counts as the successor of the GNU Library Public License, version 2, hence the version number 2.1.
Most GNU software, including some libraries, is covered by the ordinary GNU General Public License. This license, the GNU Lesser General Public License, applies to certain designated libraries, and is quite different from the ordinary General Public License. We use this license for certain libraries in order to permit linking those libraries into non-free programs.
TERMS AND CONDITIONS FOR COPYING, DISTRIBUTION AND MODIFICATION 0. This License Agreement applies to any software library or other program which contains a notice placed by the copyright holder or other authorized party saying it may be distributed under the terms of this Lesser General Public License (also called “this License”). Each licensee is addressed as “you”.
d) If a facility in the modified Library refers to a function or a table of data to be supplied by an application program that uses the facility, other than as an argument passed when the facility is invoked, then you must make a good faith effort to ensure that, in the event an application does not supply such function or table, the facility still operates, and performs whatever part of its purpose remains meaningful.
However, linking a “work that uses the Library” with the Library creates an executable that is a derivative of the Library (because it contains portions of the Library), rather than a “work that uses the library”. The executable is therefore covered by this License. Section 6 states terms for distribution of such executables.
For an executable, the required form of the “work that uses the Library” must include any data and utility programs needed for reproducing the executable from it. However, as a special exception, the materials to be distributed need not include anything that is normally distributed (in either source or binary form) with the major components (compiler, kernel, and so on) of the operating system on which the executable runs, unless that component itself accompanies the executable.
It is not the purpose of this section to induce you to infringe any patents or other property right claims or to contest validity of any such claims; this section has the sole purpose of protecting the integrity of the free software distribution system which is implemented by public license practices.
END OF TERMS AND CONDITIONS How to Apply These Terms to Your New Libraries If you develop a new library, and you want it to be of the greatest possible use to the public, we recommend making it free software that everyone can redistribute and change. You can do so by permitting redistribution under these terms (or, alternatively, under the terms of the ordinary General Public License). To apply these terms, attach the following notices to the library.
MA2008-D