Panduan Pengguna ASUS ExpertWiFi EBR63 Penghala Dwi Jalur AX3000 Wayarles Model: EBR63
MY22960 Edisi Pertama Januari 2024 Copyright © 2024 ASUSTeK Computer Inc. All Rights Reserved. No part of this manual, including the products and software described in it, may be reproduced, transmitted, transcribed, stored in a retrieval system, or translated into any language in any form or by any means, except documentation kept by the purchaser for backup purposes, without the express written permission of ASUSTeK Computer Inc. (“ASUS”).
Kandungan 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Mengenali EBR63 anda Selamat datang!...............................................................................7 Kandungan pakej............................................................................7 Penerangan Perkakasan................................................................8 Menetapkan kedudukan penghala anda............................ 10 Keperluan Penyediaan................................................................ 11 Penyediaan Penghala...
Kandungan 3.4 AiProtection................................................................................... 31 3.4.1 3.5 3.6 Dashboard (Papan Pemuka) .................................................... 35 Kawalan akses peranti................................................................ 36 3.6.1 3.6.2 3.7 Penapis Web & Aplikasi........................................................36 Penjadualan Waktu................................................................37 Tembok Api..................
Kandungan 3.11.6 Rangkaian VPN........................................................................57 3.11.7 Penjelajah Senario.................................................................58 3.11.8 Rangkaian Tersuai..................................................................59 3.12 Log Sistem...................................................................................... 60 3.13 Monitor Trafik................................................................................. 61 3.13.
3.18 Wayarles........................................................................................... 90 3.18.1 3.18.2 3.18.3 3.18.4 3.18.5 3.18.6 3.18.7 Umum........................................................................................90 WPS.............................................................................................92 WDS (Penghubung)..............................................................94 Penapis MAC Wayarles.........................................................
1 Mengenali EBR63 anda 1.1 Selamat datang! Terima kasih kerana membeli ASUS ExpertWiFi EBR63! EBR63 yang ultra nipis dan bergaya menampilkan dwi jalur 2.4GHz dan 5GHz untuk penstriman HD wayarles serentak yang tidak sepadan; pelayan SMB, pelayan UPnP AV, dan pelayan FTP untuk perkongsian fail 24/7; keupayaan untuk mengendalikan 300,000 sesi; dan Teknologi Rangkaian Hijau ASUS, yang menyediakan sehingga 70% penyelesaian penjimatan kuasa. 1.
1.3 Penerangan Perkakasan LED 5GHz Mati: Tiada isyarat 5GHz. Hidup: Sistem wayarles sudah sedia. Berkelip: Menghantar atau menerima data melalui sambungan wayarles. LED 2.4GHz Mati: Tiada isyarat 2.4GHz. Hidup: Sistem wayarles sudah sedia. Berkelip: Menghantar atau menerima data melalui sambungan wayarles. LAN 1~4 LED Mati: Tiada kuasa atau sambungan fizikal. Hidup: Mempunyai sambungan fizikal ke rangkaian kawasan setempat (LAN). WAN (Internet) LED Merah: Tiada IP atau sambungan fizikal.
Port Kuasa (DCIN) Masukkan adapter AC yang diletakkan bersama ke dalam port ini dan sambung penghala anda ke sumber kuasa. Port USB 2.0 Masukkan peranti yang serasi dengan USB 2.0 seperti cakera keras USB atau pemacu kilat USB ke dalam port ini. Port USB 3.2 Gen 1x1 Masukkan peranti yang serasi dengan USB 3.2 Gen 1x1 seperti cakera keras USB atau pemacu kilat USB ke dalam port ini. Port WAN (Internet) Sambung kabel rangkaian ke dalam port ini untuk membentuk sambungan WAN.
1.4 Menetapkan kedudukan penghala anda Untuk mendapatkan prestasi rangkaian wayarles yang terbaik daripada penghala wayarles anda, ikuti saranan di bawah: • Letakkan penghala wayarles di tengah-tengah rangkaian anda untuk liputan wayarles yang maksimum. • Pastikan peranti berada jauh dari sekatan logam dan jauh dari cahaya matahari langsung. • Pastikan peranti berada jauh dari peranti Wi-Fi 802.11g atau 20MHz sahaja, persisian komputer 2.
1.5 Keperluan Penyediaan Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut: • Port Ethernet RJ-45 (LAN) (10Base-T/100Base-TX/1000BaseTX) • Keupayaan wayarles IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax • Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang • Penyemak imbas Web seperti Microsoft Internet Explorer, Firefox, Safari, atau Google Chrome NOTA: • Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina dalam, pasang penyesuai IEEE 802.
1.6 Penyediaan Penghala PENTING! • Gunakan sambungan berwayar semasa menyediakan penghala wayarles anda untuk mengelakkan isu penyediaan wayarles yang mungkin berlaku. • Sebelum menyediakan penghala wayarles ASUS anda, lakukan yang berikut: • Jika anda sedang menggantikan penghala yang sedia ada, tanggalkannya daripada rangkaian anda. • Putuskan sambungan kabel/wayar dari modem anda yang sedia ada. Jika modem anda mempunyai bateri sandaran, tanggalkannya juga. • But semua komputer anda (disarankan).
1.6.1 Sambungan berwayar NOTA: Penghala wayarles anda menyokong kedua-dua kabel tembus lalu atau silang atas semasa menyediakan sambungan berwayar. EBR63 Modem LINE WAN Wall Power Outlet Power LAN RESET PWR LAN b a c Laptop d Untuk menyediakan rangkaian menggunakan sambungan berwayar: 1. Masukkan penyesuai AC penghala wayarles anda ke port DCIN dan pasangkannya ke dalam alur keluar kuasa. 2. Menggunakan kabel rangkaian kelompok, sambungkan computer anda ke port LAN penghala wayarles anda. 3.
1.6.2 Sambungan wayarles EBR63 Smart phone Modem LINE LAN RESET PWR Tablet WAN Wall Power Outlet Power a b Laptop c Untuk menyediakan rangkaian wayarles anda: 1. Masukkan penyesuai AC penghala wayarles anda ke port DCIN dan pasangkannya ke dalam alur keluar kuasa. 2. Menggunakan kabel rangkaian kelompok, sambungkan modem anda ke port WAN penghala wayarles anda. 3. Masukkan penyesuai AC modem anda ke port DCIN dan pasangkannya ke dalam alur keluar kuasa. 4. Pasang penyesuai IEEE 802.
2 Bermula 2.1 Melog masuk ke GUI web Penghala Wayarles ASUS anda menggunakan antara muka pengguna berasaskan web yang membolehkan anda untuk mengkonfigurasi penghala menggunakan sebarang penyemak imbas web seperti Microsoft Edge, Safari, atau Google Chrome. NOTA: Ciri mungkin berbeza dengan versi perisian tegar berbeza. Menyambung ke rangkaian anda secara wayarles: 1. Pada komputer anda, klik ikon rangkaian dalam kawasan pemberitahuan untuk memaparkan rangkaian wayarles tersedia. 2.
2.2 Pengesanan automatik WAN Ciri Persediaan Internet Cepat (QIS) membimbing anda untuk menyediakan sambungan Internet anda dengan cepat. NOTA: Semasa menetapkan sambungan Internet buat pertam kali, tekan butang Tetap semula pada penghala wayarles anda untuk menetapkannya ke tetapan lalai kilang. Pengesanan automatik WAN: 1. Log masuk ke GUI Web. Penghala wayarles secara automatik mengesan jenis sambungan ISP untuk penyediaan.
2. Pilih tetapan lanjutan untuk jenis sambungan ISP seperti IP Automatik (DHCP), PPPoE, atau IP Statik. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk jenis sambungan ISP anda. PENTING! Dapatkan maklumat yang diperlukan dari ISP anda mengenai jenis sambungan Internet.
untuk IP Statik NOTA: • Auto-pengesanan jenis sambungan ISP anda berlaku apabila anda mengkonfigurasi penghala wayarles buat kali pertama atau apabila penghala wayarles anda ditetapkan kepada tetapan lalainya. • Jika QIS gagal untuk mengesan jenis sambungan Internet anda, klik Skip to manual setting dan konfigurasi tetapan sambungan anda secara manual. 3. Masukkan nama pengguna anda, kata laluan atau kekalkan maklumat log masuk lalai dan konfigurasikan tetapan wayarles.
NOTA: Jika anda mahu menetapkan SSID yang berbeza untuk sambungan wayarles 2.4 GHz dan 5 GHz anda, tandakan Pisahkan 2.4GHz dan 5 GHz.
3 Mengkonfigurasi EBR63 3.1 QoS Mudah Suai 3.1.1 Monitor Lebar Jalur Monitor Lebar Jalur membolehkan anda memantau jumlah dan penggunaan lebar jalur muat turun dan muat naik bagi setiap klien. Untuk menggunakan Bandwidth Monitor (Monitor Lebar Jalur), pergi ke Settings (Tetapan) > Adaptive QoS (QoS Mudah Suai) > Bandwidth Monitor (Monitor Lebar Jalur). NOTA: Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.asus.com/ support/faq/1008717.
3.1.2 QoS Kualiti Perkhidmatan (QoS) memastikan lebar jalur untuk tugasan dan aplikasi yang diutamakan. 1. QoS Mudah Suai memastikan lebar jalur yang masuk dan keluar pada kedua-dua sambungan berwayar dan wayarles untuk aplikasi dan tugasan yang diutamakan melalui praset seret dan lepas yang ditentukan lebih awal: permainan, penstriman media, VoIP, pelayaran web dan pemindahan fail. 2.
3.1.4 Kelajuan Internet Perkhidmatan ini disediakan oleh Ookla®. Ia mengesan kelajuan muat turun dan muat naik daripada penghala anda ke Internet. Klik GO untuk memulakan ujian kelajuan Internet, yang mengambil masa lebih kurang satu minit untuk selesai.
3.2 Pentadbiran 3.2.1 Mod Operasi Halaman Mod Operasi membolehkan anda memilih mod bersesuaian untuk rangkaian anda. Untuk menyediakan mod operasi: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > Operation Mode (Mod Operasi). 2. Pilih mana-mana mod operasi ini: • Mod penghala wayarles (lalai): Dalam mod penghala wayarles, penghala wayarles menyambung ka Intternet dan menyediakan akses Internet ke peranti tersedia pada rangkaian setempat sendiri.
3.2.2 Sistem Halaman System (Sistem) membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan penghala anda. Untuk menyediakan tetapan Sistem: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > System (Sistem). 2. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berikut: • Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles dengan memasukkan nama dan kata laluan baru. • Tetapan USB: Anda boleh Dayakan Hibernasi HDD dan ubah mod USB.
• Dayakan Sekatan Akses: Klik Yes (Ya) jika anda ingin menentukan alamat IP peranti yang dibenarkan mengakses tetapan GUI penghala wayarles daripada WAN/LAN. • Perkhidmatan: Ciri ini membolehkan anda mengkonfigurasi Dayakan Telnet/Dayakan SSH/Port SSH/ Benarkan Log Masuk Kata Laluan/Kunci Dibenarkan/Masa Tamat Melahu. 3. Klik Apply (Guna). 3.2.3 Menatarkan perisian tegar NOTA: Muat turun perisian tegar terkini dari laman web ASUS di http://www.asus.com. Untuk menatarkan perisian tegar: 1.
3.2.4 Tetapan Pemulihan/Penyimpanan/Memuat Naik Untuk memulihkan/menyimpan/memuat naik tetapan penghala wayarles: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > Restore/Save/Upload Setting (Tetapan Pemulihan/Simpan/Muat Naik). 2. Pilih tugasan yang anda ingin lakukan: • Lalai kilang: Asalkan semua tetapan, dan kosongkan semua log data untuk AiProtection, Penganalisis Trafik dan Sejarah Web.
3.2.5 Feedback (Maklum Balas) Untuk menggunakan Maklum Balas: 1. Dari panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > Feedback (Maklum Balas). 2. Masukkan wilayah, alamat e-mel, maklumat tambahan anda untuk penyahpepijatan, komen dan cadangan, serta hantarkan kembali log penghala anda untuk penyelesaian masalah. PENTING! • Huraikan komen anda berkenaan situasi itu secara terperinci untuk mendapatkan jawapan pantas. • Sila bersetuju dengan Dasar Privasi ASUS.
3.2.6 Privasi 1. Untuk pengikatan akaun, sambungan DDNS dan Jauh (Aplikasi Penghala ASUS/Aplikasi Lyra/AiCloud/AiDisk): Sila ambil perhatian bahawa maklumat anda, termasuk nama model produk anda, versi perisian tegar, status Internet, Alamat IP, alamat MAC dan nama DDNS, akan dikumpulkan oleh ASUS menerusi fungsi di atas. Jika anda mahu menyahdayakan perkongsian maklumat anda dengan ASUS menerusi fungsi di atas, sila klik Withdraw (Tarik Balik) di bawah.
3.3 AiMesh 3.3.1 Menyediakan tetapan wayarles Untuk melindungi rangkaian wayarles anda daripada akses tidak dibenarkan, anda perlu mengkonfigurasi tetapan keselamatan. Untuk menyediakan tetapan wayarles: 1. Dari panel navigasi, pergi ke AiMesh > Topology (Topologi). 2. Anda boleh mengkonfigurasikan sambungan berwayar dan wayarles, mengurus status rangkaian dan status LED. NOTA: Anda boleh menyediakan tetapan keselamatan wayarles yang berbeza untuk sambungan wayarles 2.4GHz dan 5GHz. 3.
3.3.2 Mengurus klien rangkaian anda Untuk mengurus klien rangkaian anda: 1. Dari panel navigasi, pergi ke AiMesh > Topology (Topologi). 2. Pilih ikon Klien untuk memaparkan maklumat klien rangkaian anda seperti nama, alamat MAC dan IP klien. 3. Anda boleh menyekat akses klien kepada rangkaian anda, menyahdayakan penjadualan waktunya atau menyahdayakan pengikatan MAC dan IP dengan mengalihkan penggelongsor kepada MATI. 4. Klik Apply (Guna) setelah selesai.
3.4 AiProtection AiProtection menyediakan pemantauan masa nyata yang mengesan perisian hasad, perisian pengintip dan akses tidak dikehendaki. Ia juga menapis laman web dan aplikasi yang tidak dikehendaki serta membolehkan anda menjadualkan masa supaya peranti yang bersambung dapat mengakses Internet. 3.4.1 Perlindungan Rangkaian Perlindungan Rangkaian menghalang rangkaian daripada mengeksploitasi dan menjamin keselamatan rangkaian anda daripada akses yang tidak dikehendaki.
PENTING! Item yang ditandakan sebagai Yes (Ya) pada halaman ROUTER SECURITY ASSESSMENT (PENILAIAN KESELAMATAN PENGHALA) dianggap berada pada status safe (selamat). Item ditandakan sebagai No (Tidak) amat disyorkan untuk dikonfigurasikan sewajarnya. 4. (Pilihan) Dari halaman ROUTER SECURITY ASSESSMENT (PENILAIAN KESELAMATAN PENGHALA), secara manual konfigurasi item ditandakan sebagai No (Tidak). Untuk melakukan ini: a. Klik item.
b. Dari halaman tetapan keselamatan item, konfigurasi dan buat perubahan yang perlu kemudian klik Apply (Guna) apabila selesai. c. Kembali ke halaman ROUTER SECURITY ASSESSMENT (PENILAIAN KESELAMATAN PENGHALA) dan klik Close (Tutup) untuk keluar halaman. 5. Untuk mengkonfigurasi tetapan keselamatan secara automatik, klik Secure Your Router (Jamin Keselamatan Penghala Anda). 6. Apabila gesaan mesej muncul, klik OK. Untuk mendayakan perlindungan rangkaian: 1. Dari panel navigasi, pergi ke AiProtection. 2.
3.5 Dashboard (Papan Pemuka) Papan pemuka membolehkan anda mengurus rangkaian anda seperti sambungan Internet, sambungan klien, penanda aras DNS, status sistem, port Ethernet, dan monitor trafik.
3.6 Kawalan akses peranti 3.6.1 Penapis Web & Aplikasi Penapis Web & Aplikasi membenarkan anda untuk menghalang akses kepada laman web dan aplikasi tidak diingini. Untuk menggunakan Penapis Web & Aplikasi: 1. Dari panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Device access control (Kawalan akses peranti) > Web & Apps Filters (Penapis Web & Aplikasi). 2. Luncurkan bar kepada ON (HIDUP) untuk mendayakan Web & Apps Filters (Penapis Web & Aplikasi). 3.
3.6.2 Penjadualan Waktu Penjadualan Waktu membolehkan anda menyediakan waktu berjadual untuk akses Internet peranti khusus. Untuk menggunakan Penjadualan Waktu: 1. Dari panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Device access control (Kawalan akses peranti) > Time Scheduling (Penjadualan Waktu). 2. Luncurkan bar kepada ON (HIDUP) untuk mendayakan Enable Time Scheduling (Dayakan Penjadualan Waktu). 3. Dari lajur Client Name (Nama Klien), pilih atau masukkan nama klien daripada kotak senarai juntai bawah.
3.7 Tembok Api 3.7.1 Umum Penghala wayarles boleh menjadi tembok api perkakas untuk rangkaian anda. NOTA: Ciri Tembok Api didayakan secara lalai. Untuk menyediakan tetapan Tembok Api asas: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Firewall (Tembok Api) > General (Am). 2. Pada medan Enable Firewall (Dayakan Tembok Api), pilih Yes (Ya). 3.
3.7.2 Penapis URL Anda boleh menentukan kata kerja atau alamat web untuk mengelakkan akses ke URL tertentu. NOTA: Penapis URL adalah berdasarkan pertanyaan DNS. Jika klien rangkaian telah mengakses tapak web seperti http://www.abcxxx. com, maka tapak web tidak akan disekat (cache DNS dakan sistem menyimpan tapak web yang dilawati sebelum ini). Untuk menyelesaikan isu ini, kososngkan cache DNS sebelum menyediakan Penapis URL. Untuk menyediakan penapis URL: 1.
3.7.3 Penapis kata kunci Penapis kata kunci menyekat akses ke laman web mengandungi kata kunci yang dinyatakan. Untuk menyediakan penapis kata kunci: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Firewall (Tembok Api) > Keyword Filter (Penapis Kata Kunci). 2. Pada medan Enable Keyword Filter (Dayakan Penapis Kata Kunci), pilih Enabled (Didayakan). 3. Masukkan perkataan atau frasa dan klik butang . 4. Klik Apply (Guna). NOTA: 40 • Penapis Kata Kunci adalah berdasarkan pertanyaan DNS.
3.7.4 Penapis Perkhidmatan Rangkaian Penapis Perkhidmatan Rangkaian menyekat pertukaran paket LAN ke WAN dan mengehadkan klien rangkaian daripada mengakses perkhidmatan web khusus seperti Telnet atau FTP. Untuk menyediakan penapis Perkhidmatan Rangkaian: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Firewall (Tembok Api) > Network Service Filter (Penapis Perkhidmatan Rangkaian. 2. Pada medan Enable Network Services Filter (Dayakan Penapis Perkhidmatan Rangkaian), pilih Yes (Ya). 3.
3.8 IPv6 Penghala wayarles ini menyokong pengalamatan IPv6, sistem yang menyokong lebih alamat IP. Hubungi ISP anda jika perkhidmatan Internet anda menyokong IPv6. Untuk menyediakan IPv6: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > IPv6. 2. Pilih Connection Type (Jenis Sambungan) anda. Pilih konfigurasi berbeza bergantung pada jenis sambungan terpilih anda. 3. Masukkan tetapan IPv6 LAN dan DNS anda. 4. Klik Apply (Guna).
3.9 LAN 3.9.1 LAN IP Skrin IP LAN membolehkan anda mengubah suai tetapan IP LAN penghala wayarles anda. NOTA: Apa-apa perubahan kepada alamat IP LAN akan ditunjukkan pada tetapan DHCP anda. Untuk mengubah suai tetapan IP LAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > LAN > IP LAN. 2. mengubah suai IP address (alamat IP) dan Subnet Mask. 3. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
3.9.2 Pelayan DHCP DHCP (Protokol Konfigurasi Hos Dinamik) adalah protokol untuk konfigurasi automatik yang digunakan pada rangkaian IP. Pelayan DHCP boleh menetapkan alamat IP kepada setiap klien dan memaklumkan klien tentang IP pelayan DNS dan IP get laluan lalai. Untuk mengkonfigurasi pelayan DHCP: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > LAN > DHCP Server (Pelayan DHCP). 2. Dalam medan Enable the DHCP Server (Dayakan Pelayan DHCP), tandakan Yes (Ya). 3.
NOTA: • ASUS menyarankan agar anda menggunakan format alamat IP 192.168.1.xxx (di mana xxx boleh jadi sebarang nombor antara 2 dan 254) apabila menyatakan julat alamat IP. • IP Pool Starting Address (Alamat Permulaan Kumpulan IP) tidak boleh melebihi Alamat Akhir Kumpulan IP). 7. Dalam bahagian DNS and Server Settings (Tetapan DNS dan Pelayan), masukkan alamat IP Pelayan DNS dan Pelayan WINS jika diperlukan. 8.
3.9.3 Hala Fungsi ini membolehkan anda menambah peraturan penghalaan pada penghala. Ia berguna jika anda menyambungkan beberapa penghala di belakang EBR63 untuk berkongsi sambungan yang sama kepada Internet. Untuk mengkonfigurasikan jadual Penghalaan LAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > LAN > Route (Hala). 2. Pada medan Enable static route (Dayakan hala statik), pilih Yes (Ya). 3. Pada Static Route List (Senarai Hala Statik), masukkan maklumat rangkaian titik akses atau nod lain.
3.9.4 IPTV Penghala wayarles menyokong sambungan ke perkhidmatan IPTV melalui ISP atau LAN. Tab IPTV memberikan tetapan konfigurasi yang diperlukan untuk menyediakan IPTV, VoIP, multisiar, dan UDP untuk perkhidmatan anda. Hubungi ISP anda untuk maklumat khusus mengenai perkhidmatan anda. 3.9.5 Kawalan Suis Membolehkan anda menyediakan penghala untuk fungsi kawalan suis.
3.9.6 VLAN VLAN (Rangkaian Kawasan Setempat Maya) merupakan rangkaian logik yang dicipta dalam rangkaian fizikal yang lebih besar. VLAN membolehkan anda membahagikan rangkaian kepada subrangkaian yang lebih kecil dan maya, yang boleh digunakan untuk mengasingkan trafik dan meningkatkan prestasi rangkaian. Untuk menyediakan VLAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > LAN > VLAN. 2. Klik tab Profil dan kemudian untuk mencipta profil VLAN. Anda boleh menetapkan ID VLAN anda sendiri. 3.
5. Klik Apply (Guna) setelah selesai. NOTA: Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.asus.com/ support/FAQ/1049415/.
3.10 Alatan Rangkaian Untuk menggunakan alatan rangkaian, dari panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Network Tools (Alatan Rangkaian). 3.10.1 Analisis Rangkaian Hantar paket ICMP ECHO_REQUEST ke hos rangkaian. 3.10.2 Netstat Paparkan butiran rangkaian. 3.10.3 Hidupkan LAN Ciri WOL (Bangkit Pada LAN) membolehkan anda membangkitkan komputer daripada mana-mana peranti dalam rangkaian. 3.10.4 Peraturan Sambung Pintar Sediakan maklumat berkaitan Smart Connect.
3.11 Rangkaian Ditentukan Sendiri Rangkaian Ditentukan Sendiri (SDN) menyediakan sehingga lima SSID untuk memisahkan dan mengutamakan peranti bagi penggunaan perniagaan yang berbeza dan alternatif rangkaian, mewujudkan segmen rangkaian untuk pekerja, portal tetamu, rangkaian tetamu, rangkaian berjadual, rangkaian IoT dan rangkaian VPN. Untuk mencipta Rangkaian Ditentukan Sendiri: 1. Dari panel navigasi, pergi ke Self-defined Network (Rangkaian Ditentukan Sendiri). 2.
3.11.1 Pekerja Membolehkan anda menyediakan tahap akses untuk penggunaan berbeza bagi meningkatkan keselamatan rangkaian. Disyorkan untuk pejabat yang menetapkan kebenaran ke jabatan yang berbeza.
3.11.2 Portal Tetamu Membolehkan anda mencipta portal tetamu untuk pemasaran digital. Disyorkan untuk penggunaan di restoran, hotel atau trak makanan.
3.11.3 Rangkaian Tetamu Menyediakan pelawat sementara dengan akses berjadual atau satu kali kepada rangkaian. Disyorkan untuk penggunaan di pusat membeli-belah, gimnasium atau untuk pelawat.
3.11.4 Rangkaian Berjadual Merancang waktu dalam talian harian atau mingguan untuk rangkaian wayarles. Disyorkan untuk pembelajaran jauh, bilik darjah atau kegunaan kanak-kanak.
3.11.5 Rangkaian IoT Membolehkan anda menyediakan rangkaian berasingan untuk peranti IoT dengan mudah. Disyorkan untuk penggunaan dengan peranti pengawasan, pembantu suara, lampu, kamera loceng pintu, kunci pintar dan sensor.
3.11.6 Rangkaian VPN Membantu mewujudkan sambungan Internet selamat menggunakan VPN. Disyorkan untuk bekerja dari rumah atau bekerja di pejabat cawangan.
3.11.7 Penjelajah Senario Jika anda tidak tahu rangkaian yang mahu dicipta, anda boleh memilih sektor yang sepadan dengan gabungan anda untuk mencipta rangkaian.
3.11.8 Rangkaian Tersuai Membolehkan anda memilih pilihan rangkaian diperibadikan.
3.12 Log Sistem Log Sistem mengandungi aktiviti rangkaian terakam anda. NOTA: Log sistem menetap semula apabila penghala dibut semula atau dimatikan. Untuk melihat log sistem anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > System Log (Log Sistem). 2.
3.13 Monitor Trafik 3.13.1 Monitor Trafik Ciri monitor trafik membolehkan anda mengakses penggunaan lebar jalur dan kelajuan Internet, rangkaian berwayar dan wayarles anda. Ia membolehkan anda memantau trafik rangkaian dalam masa nyata atau berasaskan harian. Ia juga menawarkan pilihan untuk menawarkan trafik rangkaian dalam masa 24 jam terakhir. 3.13.
3.14 Aplikasi USB 3.14.1 Pelayan Media Pelayan media membolehkan anda menyediakan pelayan iTunes dan UPnP. Untuk melancarkan halaman tetapan Pelayan Media, pergi ke Settings (Tetapan) > USB Application (Aplikasi USB) > Media Servers (Pelayan Media). Rujuk ekpada yang berikut unuk huraian medan: • Dayakan Pelayan iTunes?: Pilih HIDUP/MATI untuk mendayakan / nyahdaya Pelayan iTunes. • Dayakan Pelayan Media UPnP: Pilih HIDUP/MATI untuk mendayakan / nyahdaya Pelayan Media UPnP.
3.14.2 Perkongsian (Samba) Tempat Rangkaian Kongsi Tempat Rangkaian (Samba) membolehkan anda menyediakan akaun dan kebenaran untuk perkhidmatan Samba. Untuk menggunakan kongsi Samba, pergi ke Settings (Tetapan) > USB Application (Aplikasi USB) > Network Place (Samba) Share (Perkongsian (Samba) Tempat Rangkaian). 3.14.3 Kongsi FTP FTP Share membolehkan anda menyediakan akaun dan kebenaran untuk perkhidmatan FTP.
3.14.4 Pelayan Pencetak Rangkaian 3.14.4.1 ASUS EZ Printer Sharing Utiliti ASUS EZ Printing Sharing membolehkan anda menyambung pencetak USB ke port USB penghala wayarles anda dan menyediakan pelayan pencetak. Ini membolehkan klien rangkaian anda mencetak dan mengimbas fail secara tanpa wayar. NOTA: Fungsi pelayan pencetak disokong pada Windows® 10 dan Windows® 11. Untuk menyediakan mod perkongsian EZ Printer: 1.
4. Ikuti arahan pada skrin untuk menyediakan perkakas anda, kemudian klik Next (Seterusnya). 5. Tunggu beberapa minit untuk penyediaan pemulaan selesai. Klik Next (Seterusnya). 6. Klik Finish (Selesai) untuk melengkapkan pemasangan. 7. Ikuti arahan OS Windows® untuk memasang pemacu pencetak.
8. Selepas pemasangan pemacu pencetak selesai, klien rangkaian boleh menggunakan pencetak.
3.14.4.2 Menggunaka LPR untuk Berkongsi Pencetak Anda boleh berkongsi pencetak anda dengan komputer yang berjalan pada sistem operasi Windows® dan MAC menggunakan LPR/LPD (Kawalan Jauh Talian Pencetak/Daemon Talian Pencetak). Untuk berkongsi pencetak LPR anda: 1. Dari desktop Windows®, klik Start (Mula) > Devices and Printers (Peranti dan Pencetak) > Add a printer (Tambah Pecetak) untuk menjalankan Add Printer Wizard (Wizard Tambah Pencetak). 2.
3. Pilih Create a new port (Cipta port baru) kemudian tetapkan Type of Port (Jenis Port) untuk Standard TCP/IP Port (TCP/ Port IP Standard). Klik New Port (Port Baru). 4. Dalam medan Hostname or IP address (Nama hos atau alamat IP), masukkan alama IP penghala wayarles kemudian klik Next (Seterusnya).
5. Pilih Custom (Tersuai) kemudian klik Settings (Tetapan). 6. Tetapkan Protocol (Protokol) ke LPR. Dalam medan Queue Name (Nama Baris), masukkan LPRServer kemudian klik OK untuk meneruskan.
7. Klik Next (Seterusnya) untuk menyelesaikan menyediakan port TCP/IP standard. 8. Pasang pemacu pencetak dari senarai model vendor. Jika pencetak anda tiada dalam senarai, klik Have Disk (Ada Cakera) untuk memasang pemacu pencetak secara manual daripada CD-ROM atau fail.
9. Klik Next (Seterusnya) untuk menerima nama lalai pencetak. 10. Klik Finish (Selesai) untuk melengkapkan pemasangan.
3.14.5 Modem USB Tukar kepada mod USB untuk menggunakan dongel wayarles USB 3G/4G atau telefon Android sebagai modem USB. Untuk menggunakan modem USB, pergi ke Tetapan > Aplikasi USB > Modem USB.
3.15 VPN Fusion (Gabungan VPN) 3.15.1 Mencipta gabungan VPN Gabungan VPN membolehkan anda menyambung ke berbilang pelayan VPN secara serentak dan menugaskan peranti klien anda untuk menyambung ke terowong VPN yang berbeza. 1. Dari panel navigasi, pergi ke Gabungan VPN. 2. Klik pada medan Tambah profil untuk menyediakan terowong VPN baharu. 3. Lengkapkan konfigurasi VPN termasuk nama sambungan, jenis VPN, wilayah, kunci persendirian dan peranti. 4. Klik Guna dan Dayakan.
3.15.2 Sambungan Internet Membolehkan anda mengurus status WAN bagi peranti yang bersambung melalui sambungan Internet.
3.16 VPN Server (Pelayan VPN) 3.16.1 PPTP 1. Dari panel navigasi, pergi ke VPN Server (Pelayan VPN) > PPTP dan alihkan penggelongsor ke kanan (ia ditetapkan kepada mati di bahagian kiri secara lalai). 2. Pada medan VPN Client (Max Limit: 16) [Klien VPN (Had Maks: 16)], klik untuk menambah akaun. 3. Masukkan [Nama Pengguna] dan [Kata Laluan] tersuai, dan klik OK. NOTA: Sebaik sahaja [Nama Pengguna] dan [Kata Laluan] ditetapkan, ia tidak boleh diubah. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.asus.
3.16.2 OpenVPN 1. Dari panel navigasi, pergi ke VPN Server (Pelayan VPN) > OpenVPN (Buka VPN) dan alihkan penggelongsor ke kanan (ia ditetapkan kepada mati di bahagian kiri secara lalai). 2. Konfigurasikan tetapan umum dalam medan Butiran VPN. 3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda dalam lajur kosong. 4. Pada medan VPN Client (Max Limit: 16) [Klien VPN (Had Maks: 16)], klik untuk menambah akaun. 5. Kata laluan disembunyikan secara automatik. Klik Gunakan semua tetapan.
3.16.3 IPSec VPN 1. Dari panel navigasi, pergi ke VPN Server (Pelayan VPN) > IPSec VPN dan alihkan penggelongsor ke kanan (ia ditetapkan kepada mati di bahagian kiri secara lalai). 2. Masukkan kunci dalam medan Kunci Dikongsi Awal. 3. Pada medan VPN Client (Max Limit: 8) [Klien VPN (Had Maks: 8)], klik untuk menambah akaun. 4. Masukkan [Nama Pengguna] dan [Kata Laluan] tersuai, dan klik Gunakan semua tetapan. NOTA: Sebaik sahaja [Nama Pengguna] dan [Kata Laluan] ditetapkan, ia tidak boleh diubah.
3.16.4 WireGuard® VPN 1. Dari panel navigasi, pergi ke VPN Server (Pelayan VPN) > WireGuard VPN. 2. Pada medan VPN Client (Max Limit: 10) [Klien VPN (Had Maks: 10)], klik untuk menambah akaun. Untuk peranti umum seperti komputer riba atau telefon pintar, klik Guna. 3. Klik Gunakan semua tetapan untuk mendayakan WireGuard® VPN. 4. Klik “ ” untuk butiran lanjut.
3.17 WAN 3.17.1 Sambungan Internet Skrin Sambungan Internet membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan pelbagai jenis sambungan WAN. Untuk mengkonfigurasikan tetapan sambungan WAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > WAN > Internet Connection (Sambungan Internet). 2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik Apply (Guna). • Jenis Sambungan WAN: Pilih jenis Pembekal Perkhidmatan Internet anda.
• Mendayakan UPnP: UPnP (Universal Plug and Play) (Palam dan Main Universal) membenarkan beberapa peranti (seperti penghala, televisyen, sistem stereo, konsol permainan, dan telefon selular) untuk dikawal melalui rangkaian berasaskan IP dengan atau tanpa kawalan pusat melalui get laluan. UPnP menyambungkan PC semua betuk faktor, memberikan rangkaian tak berkelim untuk konfigurasi jauh dan pemindahan data. Menggunakan UPnP, peranti rangkaian baru ditemui secara automatik.
3.17.2 WAN Dual WAN Dual membolehkan anda memilih dua sambungan ISP ke penghala anda, WAN primer dan WAN sekunder. Untuk mengkonfigurasikan WAN Dual: 1. Dari panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > WAN > Dual WAN (WAN Dual). 2. Pergi ke medan Enable Dual WAN (Dayakan WAN Dua), pilih ON (HIDUP). 3. Pilih Primary WAN (WAN Primer) dan Secondary WAN (WAN Sekunder) anda. Terdapat WAN, USB, LAN Ethernet dan WAN 2.5G untuk pilihan anda. 4.
3.17.3 Picu Port Picu Port membolehkan anda mendayakan port data buat sementara waktu apabila peranti LAN memerlukan akses tanpa had kepada Internet. Terdapat dua kaedah untuk membuka port data masuk: pemajuan port dan picu port. • Pemajuan port mendayakan port data tertentu sepanjang masa dan peranti mesti menggunakan alamat IP statik. • Picu port hanya mendayakan port masuk apabila peranti LAN meminta akses kepada port picu.
• Penerangan: Masukkan nama pendek atau huraian untuk perkhidmatan ini. • Port Picu: Tentukan port picu untuk membukan port masuk. • Protokol: Pilih protokol, TCP, atau UDP. • Port Masuk: Nyatakan port masuk untuk menerima data masuk daripada Internet. NOTA: • Apabila menyambung ke pelayan IRC, PC klien membuat sambungan keluar menggunakan julat port picu 66660-7000. Pelayan IRC respons dengan mengesahkan nama pengguna dan mencipta sambungan baru kepada PC klien menggunakan port masuk.
3.17.4 Pelayan Maya/Pemajuan Port Pelayan Maya / Pemajuan port membolehkan komputer jauh untuk disambungkan ke komputer atau perkhidmatan tertentu dalam rangkaian kawasan setempat (LAN) persendirian. Untuk sambungan lebih laju, beberapa aplikasi P2P (seperti BitTorrent) mungkin juga memerlukan anda untuk menetapkan tetapan pemajuan port. Sila rujuk manual pengguna aplikasi P2P untuk mendapatkan butiran.
• Senarai Pelayan Terkenal: Tentukan jenis perkhidmatan yang manakah yang anda ingin akses. • Senarai Permainan Terkenal: Item ini menyenaraikan port yang diperlukan untuk permainan dalam talian popular untuk berfungsi dengan betul. • Nama Perkhidmatan: Masukkan nama perkhidmatan. • Protokol: Pilih protokol. Jika anda tidak pasti, pilih BOTH (KEDUA-DUANYA).
• Port Dalaman: Masukkan port khusus untuk menerima paket yang dimajukan. Biarkan medan ini kosong jika anda mahu paket masuk dihalakan semula ke julat port yang dinyatakan. • Alamat IP Dalaman: Masukkan alamat IP LAN klien. • IP Sumber: Jika anda mahu membuka port anda ke alamat IP khusus daripada Internet, masukkan alamat IP yang anda berikan akses dalam medan ini. NOTA: Gunakan alamat IP statik untuk klien setempat untuk menjadikan pemajuan port berfungsi dengan baik. Rujuk bahagian 3.
3.17.5 DMZ DMZ Maya membolehkan anda mendedahkan satu komputer kepada Internet supaya semua paket masuk akan dihalakan semula ke komputer yang anda tetapkan. Ia berguna semasa anda menjalankan beberapa aplikasi yang menggunakan port masuk yang tidak pasti. Sila gunakannya dengan berhati-hati. Untuk menyediakan DMZ: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > WAN > DMZ. 2. Konfigurasi tetapan di bawah. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
3.17.6 DDNS DDNS (Sistem Nama Domain Dinamik) merupakan perkhidmatan yang membolehkan klien rangkaian menyambung ke penghala wayarles, walaupun dengan alamat IP awam yang dinamik, melalui nama domainnya yang berdaftar. Penghala wayarles dibenamkan dengan perkhidmatan DDNS ASUS dan perkhidmatan DDNS lain. Untuk menyediakan DDNS: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > WAN > DDNS. 2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
3.17.7 Masuk Lalu NAT Dayakan Masuk Lalu NAT untuk membolehkan sambungan Rangkaian Peribadi Maya (VPN) melalui penghala ke klien rangkaian. Untuk menyediakan Masuk Lalu NAT, pergi ke Settings (Tetapan) > WAN > NAT Passthrough (Masuk Lalu NAT). Apabila selesai, klik Apply (Guna).
3.18 Wayarles 3.18.1 Umum Tab General (Am) membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan wayarles asas. Untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles asas: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Wireless (Wayarles) > General (Am). 2. Pilih 2.4GHz atau 5GHz sebagai jalur frekuensi untuk rangkaian wayarles anda. 3. Berikan nama unik untuk SSID (Pengecam Set Perkhidmatan) atau nama rangkaian anda untuk mengenal pasti rangkaian wayarles anda.
• Auto: Pilih Auto untuk membenarkan peranti 802.11ax, 802.11ac, 802.11n, 802.11g, dan 802.11b bersambung dengan penghala wayarles. 6. Pilih mana-mana lebar jalur saluran ini untuk menyesuaikan kelajuan penghantaran yang lebih tinggi: 2.4GHz: Pilih antara 40MHz dan 20 MHz untuk daya pemprosesan wayarles. 5GHz: Pilih antara 160MHz, 80MHz, 40MHz dan 20 MHz untuk daya pemprosesan wayarles. 7. Pilih saluran operasi untuk penghala wayarles anda.
3.18.2 WPS WPS (Persediaan Dilindungi Wi-Fi) adalah standard keselamatan wayarles yang membenarkan anda untuk menyambungkan peranti dengan mudah ke rangkaian wayarles. Anda boleh mengkonfigurasi fungsi WPS melalui kod PIN atau butang WPS. NOTA: Memastikan bahawa peranti menyokong WPS. Untuk mendayakan WPS pada rangkaian wayarles anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Wireless (Wayarles) > WPS. 2. Dalam medan Dayakan WPS, gerakkan gelangsar ke HIDUP. 3. WPS menggunakan 2.
5. Untuk menyediakan WPS menggunakan butang penghala WPS, ikuti langkah ini: a. Klik Start (Mula) atau tekan butang WPS yang dijumpai di belakang penghala wayarles. b. Tekan butang WPS pada peranti wayarles anda. Ini biasanya dikenal pasti melalui logo WPS. NOTA: Periksa peranti wayarles anda atau manual pengguna untuk lokasi butang WPS. c. Penghala wayarles akan mengimbas mana-mana peranti WPS tersedia. Jika penghala wayarles tidak menjumpai mana-mana peranti WPS, ia akan bertukar ke mod siap sedia. 6.
3.18.3 WDS (Penghubung) Penghubung atau WDS (Sistem Pengedaran Wayarles) membolehkan penghala wayarles ASUS anda untuk bersambung ke titik akses wayarles lain secara eksklusif, mengelakkan peranti wayarles lain atau stesen untuk mengakses penghala wayarles ASUS anda. Ia juga boleh dianggap sebagai pengulang wayarles di mana penghala wayarles ASUS anda berkomunikasi dengan titik akses lain dan peranti wayarles lain. Untuk menyediakan penghubung wayarles: 1.
3.18.4 Penapis MAC Wayarles Penapis MAC Wayarles memberikan kawalan ke atas paket yang dihantar ke alamat MAC (Kawalan Akses Media) yang dinyatakan pada rangkaian wayarles anda. Untuk menyediakan penapis Wayarles MAC: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Wireless (Wayarles) > Wireless MAC Filter (Penapis MAC Wayarles). 2. Raitkan Yes (Ya) dalam medan Enable Mac Filter (Dayakan Penapis Mac). 3.
3.18.5 Seting RADIUS RADIUS (Perkhidmatan Pengguna Dail Masuk Pengesahan Jauh) membolehkan anda menyediakan parameter tambahan untuk mengesahkan klien wayarles melalui pelayan RADIUS. Ia diperlukan apabila anda memilih Kaedah Pengesahan dalam Wayarles - Umum sebagai WPA Perusahaan / WPA2 Perusahaan. Untuk menyediakan tetapan wayarles RADIUS: 1. Pastikan mod pengesahan penghala wayarles ditetapkan ke WPA-Enterprise, WPA2-Enterprise. 2.
3.18.6 Profesional Tetapan Profesional membolehkan anda menyediakan parameter tambahan untuk sambungan wayarles. NOTA: Kami mengesyorkan anda menggunakan nilai lalai pada halaman ini. Dalam skrin tetapan Professional (Profesional), anda boleh mengkonfigurasikan yang berikut: • Band (Jalur): Pilih jalur frekuensi yang tetapan profesional akan digunakan. • Mendayakan Radio: Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan perangkaian wayarles. Pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan perangkaian wayarles.
• Tetapkan pengasingan AP: Item Tetapkan pengasingan Ap menghalang peranti wayarles pada rangkaian anda daripada berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Ciri ini berguna jika ramai tetamu menyertai atau meninggalkan rangkaian annda secra kerap. Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan ciri ini atau pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan.
• Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat. • Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa antara satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100 milisaat. Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk sambungan wayarles tidak stabil atau untuk peranti perayauan.
4 Utiliti NOTA: • Muat turun dan pasangkan utiliti penghala wayarles daripada laman web ASUS: • Penemuan Peranti v1.4.7.1 di http://dlcdnet.asus.com/pub/ASUS/ LiveUpdate/Release/Wireless/Discovery.zip • Pemulihan Semula Perisian Tegar v1.9.0.4 di http://dlcdnet.asus. com/pub/ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Rescue.zip • • Utiliti Pencetak Windows v1.0.5.5 di http://dlcdnet.asus.com/pub/ ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Printer.zip Utiliti tidak disokong pada MAC OS. 4.
4.2 Pemulihan Perisian Tegar Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar) digunakan pada Penghala Wayarles ASIS selepas penataran perisian tegar yang gagal dijalankan. Utiliti ini memuat naik fail perisian tegar ke penghala wayarles. Proses ini mengambil masa kira-kira tiga hingga empat minit. PENTING: Lancarkan mod menyelamat sebelum menggunakan utiliti Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar). NOTA: Ciri ini tidak disokong pada MAC OS.
4. Dari desktop komputer anda, klik Start (Mulakan) > All Programs (Semua Atur cara) > ASUS Utility (Utiliti ASUS) > Wireless Router (Penghala Wayarles) > Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar). 5. Untuk menavigasi ke fail perisian tegar, kemudian klik Upload (Muat naik). NOTA: Utiliti Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar) tidak digunakan untuk menatarkan perisian tegar bagi Pengha Wayarles ASUS yang berfungsi.
5 Menyelesai Masalah Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di: https://www.asus.com/support/ untuk maklumat produk lanjut dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS. 5.1 Penyelesaian Masalah Asas Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian lanjut.
Periksa jika kabel Ethernet dipalam dengan betul. • Apabila kabel Ethernet menyambungkan penghala dengan modem dipalam dengan betul, LED WAN akan dihidupkan. • Apabila kabel Ethernet menyambungkan komputer yang dihidupkan anda dengan penghala dipalam dengan betul, LED LAN berkenaan akan dihidupkan. Periksa jika tetapan wayarles pada komputer anda sepadan dengan penghala anda.
5.2 Soalan Lazim (FAQ) Saya tidak dapat mengakses GUI penghala menggunakan penyemak imbas web. • Jika komputer anda diwayarkan, periksa sambungan kabel Ethernet dan status LED seperti yang diterangkan dalam bahagian sebelum ini. • Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang betul. Nama log masuk dan kata laluan kilang lalai boleh ditemukan pada label di bahagian bawah EBR63. Pastikan kunci Huruf Besar dinyahdaya semasa anda memasukkan maklumat log masuk.
Klien tidak dapat mewujudkan sambungan wayarles dengan penghala. NOTA: Jika anda mempunyai isu menyambung ke rangkaian 5GHz, pastikan peranti wayarles anda menyokong keupayaan 5GHz atau ciri dwi jalur. • Di Luar Jarak Lingkungan: • Letakkan penghala sebih dekat dengan klien wayarles. • Cuba untuk melaraskan antena penghala kepada arahan terbaik seperti yang diterangkan dalam bahagian 1.4 Positioning your router (Meletakkan penghala anda). • Pelayan DHCP telah dinyahdayakan: 1. Lancarkan Web GUI.
• SSID telah disembunyikan. Jika peranti anda boleh mencari SSID dari penghala lain tetapi tidak boleh mencari SSID penghala anda, pergi ke Settings (Tetapan) > Wireless (Wayarles) > General (Am), pilih No (Tidak) pada Hide SSID (Sembunyi SSID), dan pilih Auto pada Control Channel (Saluran Kawalan). • Jika anda menggunakan adapter LAN wayarles, periksa jika saluran wayarles yang digunakan mengikut saluran tersedia di negara/kawasan anda. Jika tidak, laraskan saluran, lebar jalur saluran, dan mod wayarles.
Internet tidak dapat diakses. • Periks jika penghala anda boleh bersambung ke alama IP WAN ISP anda. Untuk melakukannya, lancarkan GUI web dan pergi ke Dashboard (Papan Pemuka), dan periksa Status Internet. • Jika penghala anda tidak boleh bersambung ke alamat IP WAN ISP anda, cuba mula semula rangkaian anda seperti yang diterangkan dalam bahagian Restart your network in following sequence (Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut) di bawah Basic Troubleshooting (Penyelesai Masalah Asas.
Tidak dapat mengakses GUI Web Sebelum anda mengkonfigurasikan penghala wayarles anda, lakukan langkah yang diterangkan dalam bahagian ini untuk komputer hos dan klien rangkaian anda. A. Nyahdayakan sebarang pelayan proksi yang dikonfigurasikan. Windows® 1. Klik Start (Mula) > Internet Explorer untuk melancarkan penyemak imbas. 2. Klik Tools (Alatan) > Internet options (Pilihan Internet) > Connections (Sambugan) > LAN settings (Tetapan LAN). 3.
MAC OS 1. Dari penyemak imbas Safari anda, klik Safari (Safari) > Preferences (Keutamaan) > Advanced (Lanjutan)> Change Settings... (Tukar Tetapan...) 2. Dari skrin Network (Rangkaian) , buang tanda FTP Proxy (FTP Proksi) dan Web Proxy (HTTP) (Proksi Web). 3. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk ciri bantuan penyemak imbas anda untuk butiran mengenai menyahdaya pelayan proksi. B. Menetapkan tetapan TCP/IP untuk dapatkan alamat IP secara automatik. Windows® 1.
2. Klik Sifat untuk memaparkan tetingkap Sifat Ethernet. 3. Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) atau Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6), kemudian klik Properties (Ciriciri). 4. Untuk mendapatkan tetapan IP IPv4 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). Untuk mendapatkan tetapan IP IPv6 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). 5. Klik OK setelah selesai.
MAC OS 1. Klik ikon Apple terletak di bahagian atas sebelah kiri skrin anda. 2. Klik System Preferences (Keutamaan Sistem) > Network (Rangkaian) > Configure (Konfigurasi)... 3. Dari tab TCP/IP, pilih Using DHCP (Menggunakan DHCP) dalam senarai jatuh bawah Configure IPv4 . 4. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk bantuan dan ciri sokongan sistem operasi anda untuk butiran mengenai mengkonfigurasi tetapan TC/IP komputer anda. C.
Lampiran GNU General Public License Licensing information This product includes copyrighted third-party software licensed under the terms of the GNU General Public License. Please see The GNU General Public License for the exact terms and conditions of this license. All future firmware updates will also be accompanied with their respective source code. Please visit our web site for updated information. Note that we do not offer direct support for the distribution.
When we speak of free software, we are referring to freedom, not price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you have the freedom to distribute copies of free software (and charge for this service if you wish), that you receive source code or can get it if you want it, that you can change the software or use pieces of it in new free programs; and that you know you can do these things.
Finally, any free program is threatened constantly by software patents. We wish to avoid the danger that redistributors of a free program will individually obtain patent licenses, in effect making the program proprietary. To prevent this, we have made it clear that any patent must be licensed for everyone’s free use or not licensed at all. The precise terms and conditions for copying, distribution and modification follow. Terms & conditions for copying, distribution, & modification 0.
You may charge a fee for the physical act of transferring a copy, and you may at your option offer warranty protection in exchange for a fee. 2.
These requirements apply to the modified work as a whole. If identifiable sections of that work are not derived from the Program, and can be reasonably considered independent and separate works in themselves, then this License, and its terms, do not apply to those sections when you distribute them as separate works.
c) Accompany it with the information you received as to the offer to distribute corresponding source code. (This alternative is allowed only for noncommercial distribution and only if you received the program in object code or executable form with such an offer, in accord with Subsection b above.) The source code for a work means the preferred form of the work for making modifications to it.
Therefore, by modifying or distributing the Program (or any work based on the Program), you indicate your acceptance of this License to do so, and all its terms and conditions for copying, distributing or modifying the Program or works based on it. 6. Each time you redistribute the Program (or any work based on the Program), the recipient automatically receives a license from the original licensor to copy, distribute or modify the Program subject to these terms and conditions.
on consistent application of that system; it is up to the author/ donor to decide if he or she is willing to distribute software through any other system and a licensee cannot impose that choice. This section is intended to make thoroughly clear what is believed to be a consequence of the rest of this License. 8.
NO WARRANTY 11 BECAUSE THE PROGRAM IS LICENSED FREE OF CHARGE, THERE IS NO WARRANTY FOR THE PROGRAM, TO THE EXTENT PERMITTED BY APPLICABLE LAW. EXCEPT WHEN OTHERWISE STATED IN WRITING THE COPYRIGHT HOLDERS AND/OR OTHER PARTIES PROVIDE THE PROGRAM “AS IS” WITHOUT WARRANTY OF ANY KIND, EITHER EXPRESSED OR IMPLIED, INCLUDING, BUT NOT LIMITED TO, THE IMPLIED WARRANTIES OF MERCHANTABILITY AND FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE. THE ENTIRE RISK AS TO THE QUALITY AND PERFORMANCE OF THE PROGRAM IS WITH YOU.
Maklumat keselamatan Apabila menggunakan produk ini, sentiasa patuhi langkah berjaga-jaga asas, termasuk tetapi tidak terhad pada berikut: AMARAN! • Kord bekalan kuasa mesti dipalam masuk ke salur keluar soket yang disediakan dengan pembumian yang sesuai. Sambungkan peralatan hanya ke salur keluar soket berdekatan yang mudah diakses. • Jika Penyesuai, jangan cuba untuk membetulkannya sendiri. Hubungi juruteknik servis bertauliah atau peruncit anda.
AMARAN! • JANGAN letakkan pada permukaan kerja yang tidak rata atau tidak stabil. • JANGAN letakkan atau jatuhkan objek di bahagian atas produk. Elakkan produk terdedah kepada kejutan mekanikal seperti penghancuran, pembengkokan, pembocoran atau pencincangan. • JANGAN tanggalkan, buka, gelombang mikro, bakar, cat, atau sumbat sebarang objek asing ke dalam produk ini. • Rujuk label perkadaran di bahagian bawah produk anda dan pastikan penyesuai kuasa anda mematuhi perkadaran ini.
Perkhidmatan dan Sokongan Lawati laman web kami yang pelbagai bahasa di https://www.asus.com/support.