Panduan Pengguna ASUS ExpertWiFi EBA63 Titik Akses AX3000 PoE Model: EBA63
MY23207 Edisi Pertama Februari 2024 Copyright © 2024 ASUSTeK Computer Inc. All Rights Reserved. No part of this manual, including the products and software described in it, may be reproduced, transmitted, transcribed, stored in a retrieval system, or translated into any language in any form or by any means, except documentation kept by the purchaser for backup purposes, without the express written permission of ASUSTeK Computer Inc. (“ASUS”).
Kandungan 1 Mengenali EBA63 anda 2 Bermula 3 Mengkonfigurasi EBA63 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 2.1 3.1 Selamat datang!...............................................................................5 Kandungan pakej............................................................................5 Penerangan Perkakasan................................................................6 Menetapkan kedudukan penghala anda...............................7 Keperluan Penyediaan...........................................
Kandungan 3.5.3 3.5.4 3.6 Rangkaian Ditentukan Sendiri................................................. 26 3.6.1 3.6.2 3.6.3 3.6.4 3.7 3.8 Hidupkan LAN.........................................................................25 Peraturan Sambung Pintar.................................................25 Pekerja........................................................................................27 Rangkaian Tetamu.................................................................28 Rangkaian Berjadual....
1 Mengenali EBA63 anda 1.1 Selamat datang! Terima kasih kerana membeli ASUS ExpertWiFi EBA63! EBA63 yang ultra nipis dan bergaya menampilkan dwi jalur 2.4GHz dan 5GHz untuk penstriman HD wayarles serentak yang tidak sepadan dan Teknologi Rangkaian Hijau ASUS, yang menyediakan sehingga 70% penyelesaian penjimatan kuasa. 1.
1.3 Penerangan Perkakasan Butang tetap semula Butang ini menetap semula atau menyimpan sistem ke tetapan lalai kilang. Port PoE IN Sambungkan kabel PoE ke port ini untuk rangkaian Kuasa Menerusi Ethernet anda Port Kuasa (DCIN) Masukkan adapter AC yang diletakkan bersama ke dalam port ini dan sambung penghala anda ke sumber kuasa. Slot kunci Kensington® Slot kunci Kensington® membolehkan produk dilindungi menggunakan kabel keselamatan Serasi Kensington®.
1.4 Menetapkan kedudukan penghala anda Untuk mendapatkan prestasi rangkaian wayarles yang terbaik daripada penghala wayarles anda, ikuti saranan di bawah: • Letakkan penghala wayarles di tengah-tengah rangkaian anda untuk liputan wayarles yang maksimum. • Pastikan peranti berada jauh dari sekatan logam dan jauh dari cahaya matahari langsung. • Pastikan peranti berada jauh dari peranti Wi-Fi 802.11g atau 20MHz sahaja, persisian komputer 2.
1.5 Keperluan Penyediaan Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut: • Port Ethernet RJ-45 (LAN) (10Base-T/100Base-TX/1000BaseTX) • Keupayaan wayarles IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax • Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang • Penyemak imbas Web seperti Edge, Safari, atau Google Chrome NOTA: 8 • Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina dalam, pasang penyesuai IEEE 802.
1.6 Penyediaan Penghala PENTING! • Gunakan sambungan berwayar semasa menyediakan penghala wayarles anda untuk mengelakkan isu penyediaan wayarles yang mungkin berlaku. • Sebelum menyediakan penghala wayarles ASUS anda, lakukan yang berikut: • Jika anda sedang menggantikan penghala yang sedia ada, tanggalkannya daripada rangkaian anda. • Putuskan sambungan kabel/wayar dari modem anda yang sedia ada. Jika modem anda mempunyai bateri sandaran, tanggalkannya juga. • But semua komputer anda (disarankan).
Untuk menyediakan ExpertWiFi EBA63: 1. Sambungkan ExpertWiFi EBA63 (pilih salah satu pilihan): 1) Tingkatkan kuasa EBA63 dengan menyambungkan port PoE IN ke suis PoE atau get laluan PoE. PoE/PoE+ switch ( ASUS ExpertWiFi EBP15 ) ASUS ExpertWiFi EBA63 Router Internet 2) Sambungkan EBA63 ke penghala dan salur keluar soket. Internet Router 2. Sertai rangkaian Wi-Fi sedia ada.
[Aplikasi] Imbas kod dan memuat turun aplikasi Penghala ASUSuntuk pengunaan. ASUS ExpertWiFi https://asus.click/asusexpertwifii https://asus.click/asusexpertwifia [Web] • B uka pelayar web dan navigasi ke http://expertwifi.net untuk penyediaan web. • Sebaik sahaja QIS (Persediaan Pemasangan Cepat) selesai, anda boleh menyambung ke SSID baharu dan pergi ke http://expertwifi_eba63-XXXX.local untuk tetapan lanjutan.
2 Bermula 2.1 Melog masuk ke GUI web Penghala Wayarles ASUS anda menggunakan antara muka pengguna berasaskan web yang membolehkan anda untuk mengkonfigurasi penghala menggunakan sebarang penyemak imbas web seperti Microsoft Edge, Safari, atau Google Chrome. NOTA: Ciri mungkin berbeza dengan versi perisian tegar berbeza. Menyambung ke rangkaian anda secara wayarles: 1. Pada komputer anda, klik ikon rangkaian dalam kawasan pemberitahuan untuk memaparkan rangkaian wayarles tersedia. 2.
3 Mengkonfigurasi EBA63 3.1 Pentadbiran 3.1.1 Mod Operasi Halaman Mod Operasi membolehkan anda memilih mod bersesuaian untuk rangkaian anda. Untuk menyediakan mod operasi: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > Operation Mode (Mod Operasi). 2. Pilih mana-mana mod operasi ini: • Mod AiMesh: Anda boleh menambah nod AiMesh untuk mewujudkan sistem Wi-Fi AiMesh bagi menyediakan liputan tambahan Wi-Fi.
3.1.2 Sistem Halaman System (Sistem) membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan penghala anda. Untuk menyediakan tetapan Sistem: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > System (Sistem). 2. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berikut: • Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles dengan memasukkan nama dan kata laluan baru. • Tetapan USB: Anda boleh Dayakan Hibernasi HDD dan ubah mod USB.
• Dayakan Sekatan Akses: Klik Yes (Ya) jika anda ingin menentukan alamat IP peranti yang dibenarkan mengakses tetapan GUI penghala wayarles daripada WAN/LAN. • Perkhidmatan: Ciri ini membolehkan anda mengkonfigurasi Dayakan Telnet/Dayakan SSH/Port SSH/ Benarkan Log Masuk Kata Laluan/Kunci Dibenarkan/Masa Tamat Melahu. 3. Klik Apply (Guna). 3.1.3 Menatarkan perisian tegar NOTA: Muat turun perisian tegar terkini dari laman web ASUS di http://www.asus.com. Untuk menatarkan perisian tegar: 1.
3.1.4 Tetapan Pemulihan/Penyimpanan/Memuat Naik Untuk memulihkan/menyimpan/memuat naik tetapan penghala wayarles: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > Restore/Save/Upload Setting (Tetapan Pemulihan/Simpan/Muat Naik). 2. Pilih tugasan yang anda ingin lakukan: • Lalai kilang: Asalkan semua tetapan, dan kosongkan semua log data untuk AiProtection, Penganalisis Trafik dan Sejarah Web.
3.1.5 Feedback (Maklum Balas) Untuk menggunakan Maklum Balas: 1. Dari panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Administration (Pentadbiran) > Feedback (Maklum Balas). 2. Masukkan wilayah, alamat e-mel, maklumat tambahan anda untuk penyahpepijatan, komen dan cadangan, serta hantarkan kembali log penghala anda untuk penyelesaian masalah. PENTING! • Huraikan komen anda berkenaan situasi itu secara terperinci untuk mendapatkan jawapan pantas. • Sila bersetuju dengan Dasar Privasi ASUS.
3.1.6 Privasi 1. Untuk pengikatan akaun, sambungan DDNS dan Jauh (Aplikasi Penghala ASUS/Aplikasi Lyra/AiCloud/AiDisk): Sila ambil perhatian bahawa maklumat anda, termasuk nama model produk anda, versi perisian tegar, status Internet, Alamat IP, alamat MAC dan nama DDNS, akan dikumpulkan oleh ASUS menerusi fungsi di atas. Jika anda mahu menyahdayakan perkongsian maklumat anda dengan ASUS menerusi fungsi di atas, sila klik Withdraw (Tarik Balik) di bawah.
3.2 AiMesh 3.2.1 Menyediakan tetapan wayarles Untuk melindungi rangkaian wayarles anda daripada akses tidak dibenarkan, anda perlu mengkonfigurasi tetapan keselamatan. Untuk menyediakan tetapan wayarles: 1. Dari panel navigasi, pergi ke AiMesh > Topology (Topologi). 2. Anda boleh mengkonfigurasikan sambungan berwayar dan wayarles, mengurus status rangkaian dan status LED. NOTA: Anda boleh menyediakan tetapan keselamatan wayarles yang berbeza untuk sambungan wayarles 2.4GHz dan 5GHz. 3.
3.2.2 Mengurus klien rangkaian anda Untuk mengurus klien rangkaian anda: 1. Dari panel navigasi, pergi ke AiMesh > Topology (Topologi). 2. Pilih ikon Klien untuk memaparkan maklumat klien rangkaian anda seperti nama, alamat MAC dan IP klien. 3. Anda boleh menyekat akses klien kepada rangkaian anda, menyahdayakan penjadualan waktunya atau menyahdayakan pengikatan MAC dan IP dengan mengalihkan penggelongsor kepada MATI. 4. Klik Apply (Guna) setelah selesai.
3.3 Dashboard (Papan Pemuka) Papan pemuka membolehkan anda mengurus rangkaian anda seperti sambungan Internet, sambungan klien, penanda aras DNS, status sistem, port Ethernet, dan monitor trafik.
3.4 LAN 3.4.1 LAN IP Skrin IP LAN membolehkan anda mengubah suai tetapan IP LAN penghala wayarles anda. NOTA: Apa-apa perubahan kepada alamat IP LAN akan ditunjukkan pada tetapan DHCP anda. Untuk mengubah suai tetapan IP LAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > LAN > IP LAN. 2. mengubah suai IP address (alamat IP) dan Subnet Mask. 3. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
3.4.2 Kawalan Suis Membolehkan anda menyediakan penghala untuk fungsi kawalan suis. Anda boleh menggabungkan dua port LAN 1Gbps untuk menghantar sehingga kelajuan berwayar 2Gbps melalui ikatan dengan NAS anda yang serasi atau peranti rangkaian lebar jalur tinggi yang lain. NOTA: • Untuk menggunakan fungsi Protokol Kawalan Pengagregatan Pautan (LACP), peranti mesti menyokong protokol IEEE 802.3ad. • Fungsi pengagregatan LAN boleh dikendalikan dengan menjadikan port LAN3 berpasangan dengan port LAN2.
3.4.3 VLAN VLAN (Rangkaian Kawasan Setempat Maya) merupakan rangkaian logik yang dicipta dalam rangkaian fizikal yang lebih besar. VLAN membolehkan anda membahagikan rangkaian kepada subrangkaian yang lebih kecil dan maya, yang boleh digunakan untuk mengasingkan trafik dan meningkatkan prestasi rangkaian. Untuk menyediakan VLAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > LAN > VLAN. 2. Klik tab Profil dan kemudian untuk mencipta profil VLAN. Anda boleh menetapkan ID VLAN anda sendiri. 3.
3.5 Alatan Rangkaian Untuk menggunakan alatan rangkaian, dari panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Network Tools (Alatan Rangkaian). 3.5.1 Analisis Rangkaian Hantar paket ICMP ECHO_REQUEST ke hos rangkaian. 3.5.2 Netstat Paparkan butiran rangkaian. 3.5.3 Hidupkan LAN Ciri WOL (Bangkit Pada LAN) membolehkan anda membangkitkan komputer daripada mana-mana peranti dalam rangkaian. 3.5.4 Peraturan Sambung Pintar Sediakan maklumat berkaitan Smart Connect.
3.6 Rangkaian Ditentukan Sendiri Rangkaian Ditentukan Sendiri (SDN) menyediakan sehingga lima SSID untuk memisahkan dan mengutamakan peranti bagi penggunaan perniagaan yang berbeza dan alternatif rangkaian, mewujudkan segmen rangkaian untuk pekerja, portal tetamu, rangkaian tetamu, rangkaian berjadual, rangkaian IoT dan rangkaian VPN. Untuk mencipta Rangkaian Ditentukan Sendiri: 1. Dari panel navigasi, pergi ke Self-defined Network (Rangkaian Ditentukan Sendiri). 2.
3.6.1 Pekerja Membolehkan anda menyediakan tahap akses untuk penggunaan berbeza bagi meningkatkan keselamatan rangkaian. Disyorkan untuk pejabat yang menetapkan kebenaran ke jabatan yang berbeza.
3.6.2 Rangkaian Tetamu Menyediakan pelawat sementara dengan akses berjadual atau satu kali kepada rangkaian. Disyorkan untuk penggunaan di pusat membeli-belah, gimnasium atau untuk pelawat.
3.6.3 Rangkaian Berjadual Merancang waktu dalam talian harian atau mingguan untuk rangkaian wayarles. Disyorkan untuk pembelajaran jauh, bilik darjah atau kegunaan kanak-kanak.
3.6.4 Rangkaian Tersuai Membolehkan anda memilih pilihan rangkaian diperibadikan.
3.7 Log Sistem Log Sistem mengandungi aktiviti rangkaian terakam anda. NOTA: Log sistem menetap semula apabila penghala dibut semula atau dimatikan. Untuk melihat log sistem anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > System Log (Log Sistem). 2.
3.8 Wayarles 3.8.1 Umum Tab General (Am) membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan wayarles asas. Untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles asas: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Wireless (Wayarles) > General (Am). 2. Pilih 2.4GHz atau 5GHz sebagai jalur frekuensi untuk rangkaian wayarles anda. 3. Berikan nama unik untuk SSID (Pengecam Set Perkhidmatan) atau nama rangkaian anda untuk mengenal pasti rangkaian wayarles anda.
• Auto: Pilih Auto untuk membenarkan peranti 802.11ax, 802.11ac, 802.11n, 802.11g, dan 802.11b bersambung dengan penghala wayarles. 6. Pilih mana-mana lebar jalur saluran ini untuk menyesuaikan kelajuan penghantaran yang lebih tinggi: 2.4GHz: Pilih antara 40MHz dan 20 MHz untuk daya pemprosesan wayarles. 5GHz: Pilih antara 160MHz, 80MHz, 40MHz dan 20 MHz untuk daya pemprosesan wayarles. 7. Pilih saluran operasi untuk penghala wayarles anda.
3.8.2 WPS WPS (Persediaan Dilindungi Wi-Fi) adalah standard keselamatan wayarles yang membenarkan anda untuk menyambungkan peranti dengan mudah ke rangkaian wayarles. Anda boleh mengkonfigurasi fungsi WPS melalui kod PIN atau butang WPS. NOTA: Memastikan bahawa peranti menyokong WPS. Untuk mendayakan WPS pada rangkaian wayarles anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Wireless (Wayarles) > WPS. 2. Dalam medan Dayakan WPS, gerakkan gelangsar ke HIDUP. 3. WPS menggunakan 2.
5. Untuk menyediakan WPS menggunakan butang penghala WPS, ikuti langkah ini: a. Klik Start (Mula) atau tekan butang WPS yang dijumpai di belakang penghala wayarles. b. Tekan butang WPS pada peranti wayarles anda. Ini biasanya dikenal pasti melalui logo WPS. NOTA: Periksa peranti wayarles anda atau manual pengguna untuk lokasi butang WPS. c. Penghala wayarles akan mengimbas mana-mana peranti WPS tersedia. Jika penghala wayarles tidak menjumpai mana-mana peranti WPS, ia akan bertukar ke mod siap sedia. 6.
3.8.3 WDS (Penghubung) Penghubung atau WDS (Sistem Pengedaran Wayarles) membolehkan penghala wayarles ASUS anda untuk bersambung ke titik akses wayarles lain secara eksklusif, mengelakkan peranti wayarles lain atau stesen untuk mengakses penghala wayarles ASUS anda. Ia juga boleh dianggap sebagai pengulang wayarles di mana penghala wayarles ASUS anda berkomunikasi dengan titik akses lain dan peranti wayarles lain. Untuk menyediakan penghubung wayarles: 1.
3.8.4 Penapis MAC Wayarles Penapis MAC Wayarles memberikan kawalan ke atas paket yang dihantar ke alamat MAC (Kawalan Akses Media) yang dinyatakan pada rangkaian wayarles anda. Untuk menyediakan penapis Wayarles MAC: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > Wireless (Wayarles) > Wireless MAC Filter (Penapis MAC Wayarles). 2. Raitkan Yes (Ya) dalam medan Enable Mac Filter (Dayakan Penapis Mac). 3.
3.8.5 Seting RADIUS RADIUS (Perkhidmatan Pengguna Dail Masuk Pengesahan Jauh) membolehkan anda menyediakan parameter tambahan untuk mengesahkan klien wayarles melalui pelayan RADIUS. Ia diperlukan apabila anda memilih Kaedah Pengesahan dalam Wayarles - Umum sebagai WPA Perusahaan / WPA2 Perusahaan. Untuk menyediakan tetapan wayarles RADIUS: 1. Pastikan mod pengesahan penghala wayarles ditetapkan ke WPA-Enterprise, WPA2-Enterprise. 2.
3.8.6 Profesional Tetapan Profesional membolehkan anda menyediakan parameter tambahan untuk sambungan wayarles. NOTA: Kami mengesyorkan anda menggunakan nilai lalai pada halaman ini. Dalam skrin tetapan Professional (Profesional), anda boleh mengkonfigurasikan yang berikut: • Band (Jalur): Pilih jalur frekuensi yang tetapan profesional akan digunakan. • Mendayakan Radio: Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan perangkaian wayarles. Pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan perangkaian wayarles.
• Tetapkan pengasingan AP: Item Tetapkan pengasingan Ap menghalang peranti wayarles pada rangkaian anda daripada berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Ciri ini berguna jika ramai tetamu menyertai atau meninggalkan rangkaian annda secra kerap. Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan ciri ini atau pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan.
• Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat. • Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa antara satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100 milisaat. Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk sambungan wayarles tidak stabil atau untuk peranti perayauan.
4 Utiliti NOTA: • Muat turun dan pasangkan utiliti penghala wayarles daripada laman web ASUS: • Penemuan Peranti v1.4.7.1 di http://dlcdnet.asus.com/pub/ASUS/ LiveUpdate/Release/Wireless/Discovery.zip • Pemulihan Semula Perisian Tegar v1.9.0.4 di http://dlcdnet.asus. com/pub/ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Rescue.zip • • Utiliti Pencetak Windows v1.0.5.5 di http://dlcdnet.asus.com/pub/ ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Printer.zip Utiliti tidak disokong pada MAC OS. 4.
4.2 Pemulihan Perisian Tegar Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar) digunakan pada Penghala Wayarles ASIS selepas penataran perisian tegar yang gagal dijalankan. Utiliti ini memuat naik fail perisian tegar ke penghala wayarles. Proses ini mengambil masa kira-kira tiga hingga empat minit. PENTING: Lancarkan mod menyelamat sebelum menggunakan utiliti Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar). NOTA: Ciri ini tidak disokong pada MAC OS.
4. Dari desktop komputer anda, klik Start (Mulakan) > All Programs (Semua Atur cara) > ASUS Utility (Utiliti ASUS) > Wireless Router (Penghala Wayarles) > Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar). 5. Untuk menavigasi ke fail perisian tegar, kemudian klik Upload (Muat naik). NOTA: Utiliti Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar) tidak digunakan untuk menatarkan perisian tegar bagi Pengha Wayarles ASUS yang berfungsi.
5 Menyelesai Masalah Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di: https://www.asus.com/support/ untuk maklumat produk lanjut dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS. 5.1 Penyelesaian Masalah Asas Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian lanjut.
Periksa jika kabel Ethernet dipalam dengan betul. • Apabila kabel Ethernet menyambungkan penghala dengan modem dipalam dengan betul, LED WAN akan dihidupkan. • Apabila kabel Ethernet menyambungkan komputer yang dihidupkan anda dengan penghala dipalam dengan betul, LED LAN berkenaan akan dihidupkan. Periksa jika tetapan wayarles pada komputer anda sepadan dengan penghala anda.
5.2 Soalan Lazim (FAQ) Saya tidak dapat mengakses GUI penghala menggunakan penyemak imbas web. • Jika komputer anda diwayarkan, periksa sambungan kabel Ethernet dan status LED seperti yang diterangkan dalam bahagian sebelum ini. • Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang betul. Nama log masuk dan kata laluan kilang lalai boleh ditemukan pada label di bahagian bawah EBA63. Pastikan kunci Huruf Besar dinyahdaya semasa anda memasukkan maklumat log masuk.
Klien tidak dapat mewujudkan sambungan wayarles dengan penghala. NOTA: Jika anda mempunyai isu menyambung ke rangkaian 5GHz, pastikan peranti wayarles anda menyokong keupayaan 5GHz atau ciri dwi jalur. • Di Luar Jarak Lingkungan: Letakkan penghala sebih dekat dengan klien wayarles. • SSID telah disembunyikan.
Internet tidak dapat diakses. • Periks jika penghala anda boleh bersambung ke alama IP WAN ISP anda. Untuk melakukannya, lancarkan GUI web dan pergi ke Dashboard (Papan Pemuka), dan periksa Status Internet. • Jika penghala anda tidak boleh bersambung ke alamat IP WAN ISP anda, cuba mula semula rangkaian anda seperti yang diterangkan dalam bahagian Restart your network in following sequence (Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut) di bawah Basic Troubleshooting (Penyelesai Masalah Asas.
Tidak dapat mengakses GUI Web Sebelum anda mengkonfigurasikan penghala wayarles anda, lakukan langkah yang diterangkan dalam bahagian ini untuk komputer hos dan klien rangkaian anda. A. Nyahdayakan sebarang pelayan proksi yang dikonfigurasikan. Windows® 1. Klik Start (Mula) > Internet Explorer untuk melancarkan penyemak imbas. 2. Klik Tools (Alatan) > Internet options (Pilihan Internet) > Connections (Sambugan) > LAN settings (Tetapan LAN). 3.
MAC OS 1. Dari penyemak imbas Safari anda, klik Safari (Safari) > Preferences (Keutamaan) > Advanced (Lanjutan)> Change Settings... (Tukar Tetapan...) 2. Dari skrin Network (Rangkaian) , buang tanda FTP Proxy (FTP Proksi) dan Web Proxy (HTTP) (Proksi Web). 3. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk ciri bantuan penyemak imbas anda untuk butiran mengenai menyahdaya pelayan proksi. B. Menetapkan tetapan TCP/IP untuk dapatkan alamat IP secara automatik. Windows® 1.
2. Klik Sifat untuk memaparkan tetingkap Sifat Ethernet. 3. Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) atau Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6), kemudian klik Properties (Ciriciri). 4. Untuk mendapatkan tetapan IP IPv4 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). Untuk mendapatkan tetapan IP IPv6 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). 5. Klik OK setelah selesai.
MAC OS 1. Klik ikon Apple terletak di bahagian atas sebelah kiri skrin anda. 2. Klik System Preferences (Keutamaan Sistem) > Network (Rangkaian) > Configure (Konfigurasi)... 3. Dari tab TCP/IP, pilih Using DHCP (Menggunakan DHCP) dalam senarai jatuh bawah Configure IPv4 . 4. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk bantuan dan ciri sokongan sistem operasi anda untuk butiran mengenai mengkonfigurasi tetapan TC/IP komputer anda. C.
Lampiran GNU General Public License Licensing information This product includes copyrighted third-party software licensed under the terms of the GNU General Public License. Please see The GNU General Public License for the exact terms and conditions of this license. All future firmware updates will also be accompanied with their respective source code. Please visit our web site for updated information. Note that we do not offer direct support for the distribution.
When we speak of free software, we are referring to freedom, not price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you have the freedom to distribute copies of free software (and charge for this service if you wish), that you receive source code or can get it if you want it, that you can change the software or use pieces of it in new free programs; and that you know you can do these things.
Finally, any free program is threatened constantly by software patents. We wish to avoid the danger that redistributors of a free program will individually obtain patent licenses, in effect making the program proprietary. To prevent this, we have made it clear that any patent must be licensed for everyone’s free use or not licensed at all. The precise terms and conditions for copying, distribution and modification follow. Terms & conditions for copying, distribution, & modification 0.
You may charge a fee for the physical act of transferring a copy, and you may at your option offer warranty protection in exchange for a fee. 2.
These requirements apply to the modified work as a whole. If identifiable sections of that work are not derived from the Program, and can be reasonably considered independent and separate works in themselves, then this License, and its terms, do not apply to those sections when you distribute them as separate works.
c) Accompany it with the information you received as to the offer to distribute corresponding source code. (This alternative is allowed only for noncommercial distribution and only if you received the program in object code or executable form with such an offer, in accord with Subsection b above.) The source code for a work means the preferred form of the work for making modifications to it.
Therefore, by modifying or distributing the Program (or any work based on the Program), you indicate your acceptance of this License to do so, and all its terms and conditions for copying, distributing or modifying the Program or works based on it. 6. Each time you redistribute the Program (or any work based on the Program), the recipient automatically receives a license from the original licensor to copy, distribute or modify the Program subject to these terms and conditions.
on consistent application of that system; it is up to the author/ donor to decide if he or she is willing to distribute software through any other system and a licensee cannot impose that choice. This section is intended to make thoroughly clear what is believed to be a consequence of the rest of this License. 8.
NO WARRANTY 11 BECAUSE THE PROGRAM IS LICENSED FREE OF CHARGE, THERE IS NO WARRANTY FOR THE PROGRAM, TO THE EXTENT PERMITTED BY APPLICABLE LAW. EXCEPT WHEN OTHERWISE STATED IN WRITING THE COPYRIGHT HOLDERS AND/OR OTHER PARTIES PROVIDE THE PROGRAM “AS IS” WITHOUT WARRANTY OF ANY KIND, EITHER EXPRESSED OR IMPLIED, INCLUDING, BUT NOT LIMITED TO, THE IMPLIED WARRANTIES OF MERCHANTABILITY AND FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE. THE ENTIRE RISK AS TO THE QUALITY AND PERFORMANCE OF THE PROGRAM IS WITH YOU.
Maklumat keselamatan Apabila menggunakan produk ini, sentiasa patuhi langkah berjaga-jaga asas, termasuk tetapi tidak terhad pada berikut: AMARAN! • Kord bekalan kuasa mesti dipalam masuk ke salur keluar soket yang disediakan dengan pembumian yang sesuai. Sambungkan peralatan hanya ke salur keluar soket berdekatan yang mudah diakses. • Jika Penyesuai, jangan cuba untuk membetulkannya sendiri. Hubungi juruteknik servis bertauliah atau peruncit anda.
AMARAN! • JANGAN letakkan pada permukaan kerja yang tidak rata atau tidak stabil. • JANGAN letakkan atau jatuhkan objek di bahagian atas produk. Elakkan produk terdedah kepada kejutan mekanikal seperti penghancuran, pembengkokan, pembocoran atau pencincangan. • JANGAN tanggalkan, buka, gelombang mikro, bakar, cat, atau sumbat sebarang objek asing ke dalam produk ini. • Rujuk label perkadaran di bahagian bawah produk anda dan pastikan penyesuai kuasa anda mematuhi perkadaran ini.
Perkhidmatan dan Sokongan Lawati laman web kami yang pelbagai bahasa di https://www.asus.com/support.